MEE KARI
Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua. Hari ni dah masuk hari ke 22 kita berpuasa.
Hari ni free sikit so Mak Cik Rose nak masak Mee Kari untuk buka puasa petang nanti.
Ini adalah diantara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat karinya:
4 ulas bwg merah & 4 ulas bwg putih
Sikit halia
1/2 inci belacan,
(semua bahan ini dikisar sekali)
Sikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
3 sudu besar cili kering yang dah dikisar
2 sudu makan rempah kari daging (semua bahan ini dicampur sekali dengan 1 gelas air)
2 pelepah daun kari,
2 batang serai diketuk,
200gm isi ayam
1 mangkuk isi kerang
4 butir tauhu kering dibelah dua
1 lapis fish cake dipotong panjang (lihat gambar)
Tumis bahan didalam tulisan warna biru sehingga kuning.
Masukkan daun kari dan serai.
Kemudian masukkan pulak pes rempah (didalam tulisan merah) .
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula cili kering yang telah dikisar dalam 3 sudu besar. Ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas lebihkan cili, kalau tak suka pedas kurangkan cili.
Tuang masuk air dalam 2 setengah cawan besar. Masukkan juga sedikit isi ayam yang telah dicincang kecil.
Setelah ayam empuk, bolehlah dimasukkan santan anggaran RM2.00 yang boleh dibeli dipasar dan juga kerang yang telah dikopek kulitnya.
Setelah itu, bolehlah dimasukkan sedikit gula, garam secukup rasa dan asam keping (gelugur).
Terakhir sekali, masukkan fish cake atau tauhu bulat (kalau ada) dan juga kacang panjang.
Dah pun masak.
Untuk mi nya pula, celur mi didalam air yang mendidih. Biar sekejap dalam 2 minit. Kemudian angkat dan disiram dengan air sejuk. Toskan.
Untuk garnishing pulak, rebus telur. Setelah masak bolehlah dipotong ikut selera kita.
Hiris cili merah untuk hiasan.
Sedikit bawang goreng dan limau nipis untuk diperah semasa nak makan nanti.
Okay..dah pun siap. Petang ni kalau tak ada idea nak masak apa, boleh la cuba kat rumah.
Photos by Arif Ismail |
https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts |
Salam dari saya,
Rose
11th.Aug '12
No comments:
Post a Comment