Assalamualaikum semua,
Dah selesai ibadah puasa kita dan telahpun kita sambut aidil fitri. Now back to kehidupan harian kita.
Kemarin Mak Cik Rose buat Pulut Seri Muka, jadi saya nak share cara nak buat seri muka ni. Kalau anak-anak atau sesiapa saja nak cuba bolehlah cuba nanti ya..
Kita perlukan:
beras pulut (anggaran setengah kilo)
i) Santan ( RM 3.00) ..Santan ni yang sebetulnya ikut kegemaran masing2. Kalau suka lebih lemak bolehlah kita lebihkan. Kalau tak , kita kurangkan.
ii) Santan 2 rgt (untuk membuat lapisan atas)
3/4 cawan Gula (sama juga dgn gula, klu nak manis lebihkan, kalau nak kurang manis, kurangkan.
sikit garam
sebiji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Daun pandan (blenderkan dan ambil airnya anggaran 1/4 cawan).
Sikit pewarna hijau
Jom kita mula :
Rendam beras pulut dulu (lebih kurang 3 jam) supaya cepat lembut.
Selepas 3 jam, toskan beras pulut tadi hingga kering air.
Panaskan steamer kita kemudian kukus sehingga lembut. (anggaran masa 15 min kalau beras pulut siam)
(Kalau tak tahu macam mana bila lembut, ambik dua tiga butir dan cuba makan macam nasi, kalau rasa berbiji, bermakna belum masak lagi)
Setelah pulut masak. Angkat, sediakan satu mangkuk besar dan masukkan pulut tadi kedalam mangkuk. Tuangkan santan (RM 3.00) yang telah kita campur dengan garam secukup rasa kedalam pulut tadi.
Kacau sehingga pulut sebati dengan santan, kemudian barulah dimasukkan kedalam loyang.
Part ni penting, apabila pulut dimasukkan kedalam loyang, pulut tu harus ditekan dengan kuat menggunakan sudip ataupun daun yang lebar supaya pulut tadi padat. (Kalau tak tekan kuat2, pulut akan kelihatan seperti tidak melekat atau berderai )
Setelah itu, masukkan semula pulut ni kedalam periuk pengukus dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
Sementara itu, untuk membuat bahagian atas pulut, cara paling senang adalah dengan blenderkan bahan-bahan seperti santan ( santan RM2.00), gula ,secubit garam, sebiji telur dan tepung gandum dan tpg beras dan pewarna hijau serta air daun pandan (anggaran suku cawan).
Bila semua bahan-bahan ni dah di blend, tuang perlahan lahan keatas permukaan pulut yg sedang kita kukus.
Kemudian tutup rapat. Penutup periuk tadi elok dialas dengan kain supaya wap tidak menitik kedalamnya.
Biarkan sejuk dan sekarang bolehlah dihidangkan untuk minum petang.
Wassalam,
Rose 5th.Sept '12 (updated on 5th.Nov '13)
No comments:
Post a Comment