Blogger templates

Monday 26 November 2012

Kerabu Kacang Kelisa/ Botol


Salam semua,

Hari ni untuk lunch saya buat Kerabu Kacang Kelisa ataupun setengah orang sebut kacang botol.
Sejenis ulam atau salad orang melayu yang berkhasiat.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
(Untuk 4 orang makan)

10 biji kacang kelisa ( dipotong nipis)
 sedikit udang kering  
4 ~ 5 cili api (kalau tak mau pedas sangat pakai cili merah
limau nipis (potong sebelah) atau 4 sudu besar air asam jawa
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu makan kerisik
santan pekat(2 sudu besar),
sedikit garam dan sedikit gula.
2 sudu kacang tanah (yang ditumbuk kasar)

                                   
Kacang kelisa/ kacang botol



Tumbuk cili api tadi (dalam 6 - 7biji) bersama dengan udang kering. Kemudian gaulkan dengan kacang kelisa yang telah dipotong seperti gambar diatas.

Selepas itu, masukkan pula semua bahan yang berwarna merah seperti diatas dan gaulkan sekali.
Asam limau diperah atau air asam jawa dimasukkan setelah semua bahan telah digaul sebati.


Inilah Kerabu Kacang Kelisa yang dah siap.Cubalah ya.. Sedap dan berkhasiat.

Rose
27th.June '12


No comments:

Post a Comment