Blogger templates

Monday 26 November 2012

AYAM GORENG TEPUNG BERSOS


Assalamualaikum,

                               AYAM GORENG TEPUNG BERSOS

Hari ni mak cik Rose nak masak yang simple ja. Anak-anak kecik tentu suka makan sebab tak pedas.
Kita masak Ayam Goreng Tepung Bersos.

Okay,bahan bahan yang kita perlukan :

5 ketul ayam di potong kecik2. Potong dadu pun boleh. Buang tulang
1/2 cawan tepung goreng (jenis tepung adabi atau tepung KFC)
3sudu besar cili kering yang dah di mesin
4 sudu besar sos cili. (Kalau kat rumah mak cik Rose pakai sos cili maggi.) Actually apa2 sos pun boleh.
3 sudu teh sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Kalau suka boleh perahkan sikit air limau nipis.


Baiklah, sekarang kita start masak.
Mula-mula goreng ayam bersalut tepung tadi. Jgn terlalu masak. Separuh masak ja.
Angkat dan letak ditepi dulu.




Untuk masak sos dia, mula2 kita masukkan minyak. (ingat, selalu pakai sikit saja minyak)
Lepas tu macam biasa, tumis bwg putih, bwg merah dan halia.



Bila dah kuning, masukkan sedikit cili (dalam 2 atau 3 sudu besar) bersama air.
Tunggu sehingga cili betul2 masak.
Lepas tu baru masukkan sos cili tadi dengan ayam yang digoreng separuh masak tadi.
Kalau semasa masukkan sos dan ayam tadi, kuahnya dah pekat, masukkan balik air dlm 3/4 gelas sederhana.
Masukkan sos tiram dalam 1 sudu besar
Ini supaya ayam tadi masak dengan elok.
Lepas tu kalau nak nampak cantik, potong timun dan bawang besar (dlm bentuk kiub) dan masukkan dalam kuah tadi.
Jangan lupa masukan garam secukup rasa. (jgn terlebih garam sebab sos tiram dah masin)
Terakhir perahkan air limau nipis (anggaran 1 sudu makan).
Tunggu sehingga sosnya agak pekat barulah ditutup api dan bolehlah dihidang.




Rose
18th.June '12

No comments:

Post a Comment