Blogger templates

Friday, 12 July 2013

Jalan-jalan cari makan diLangkawi



Assalamualaikum semua,

Entri Jalan-Jalan Cari makan ni saya postkan pada 12hb.Julai 2013. Sekarang dah penghujung 2015. Jadi seeloknya saya update sikit untuk tatapan pembaca semua.

Dua hari lepas saya kembali ke pulau yang memberi begitu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang 20 tahun saya bermastautin disana. Anak sulung saya, Ahmad Ariff masih disana jadi tak perlu saya nak cari hotel untuk penginapan.

Ramai pembaca saya yang menjadikan post ini sebagai panduan untuk mencari tempat makan sebelum ke Langkawi. So, hari ni saya akan update sikit tempat makan yang baru dan buang yang lama untuk kemudahan anda di sana nanti.


(Sambil membaca blog ini, anda boleh mencuba link diatas untuk menambah side income anda, terutama pada yang tidak bekerja. Tidak perlu mengeluarkan wang untuk apa-apa pendaftaran. Anda hanya ikut pautan ini dan register sebagai ahli. Sekiranya anda berjaya memberi traffic yang dikehendaki oleh website ini, anda akan dibayar mengikut traffic yang diterima.)

Kita mulakan dari Kuah menghala ke jeti. Dalam 500meter sebelum sampai kejeti tu, ada medan selera sebelah kanan kita. Kedai yang first dari arah kita datang tadi, dia punya laksa boleh tahan. Kawan saya dari Kuala Lumpur suka makan kat sini sebab antara bahan sayurnya ialah pucuk gajus (kalau sebelah sini orang sebut janggus) Ikut musim juga nak dapat pucuk ni. Ada banyak lagi hidangan lain macam bubur kacang dan beberapa jenis bubur lain serta makanan asas yang selalu ada di gerai makan melayu. Sama deretan dengan gerai ni tapi disebelah hujung sekali, ada satu gerai nasi lemak, Nasi lemak Saloma nama gerai tu. Boleh tahan la nasi lemak dia tapi disebabkan kurang "mesra alam" saya dah malas nak ke sana lagi dah.

Restoran 1 Malaysia

Masih di kawasan jeti Kuah lagi, sekarang ada satu restoran baru buka. Saya tak berani jamin berapa lama restaurant ni akan buka sebab tempat ni selalu bertukar tangan, tak berapa nak menjadi. Nama restaurant ni ialah Restoran 1 Malaysia. Bersebelahan dengan Dataran Lang. Nampak presentable tapi saya tak sempat nak menjamu selera sebab masa terhad.

Ada satu restaurant yang namanya Restaurant Aji kat marina Pekan Rabu. Maksud Marina ialah tempat bot-bot mewah dan yacht berlabuh gitu. Kalau datang dari arah jeti menghala ke Pekan Kuah, landmarknya ialah Masjid Al Hana. Nampak saja masjid ni, bagi signal masuk kiri. Drive sampai betul-betul berdepan laut. Nampak terbentang restaurant ni. Tapi dia buka sebelah malam saja. Harga kat restaurant ni sangat berpatutan. Baik Western food dia maupun makanan melayu.

Bagi saya, saat masuk saja ke sini, iaitu Kompleks Pekan Rabu Langkawi ni, anda dah tak perlu nak pi jauh-jauh lagi dah cari makan, sebab semua jenis makanan ada disini. Dari nasi lemak sebungkus seringgit hingga ke seafood yang beratus ringgit. Semua dah tersaji. Jadi anda tak perlu membuang masa nak cari di tempat lain.

Di Jalan Penarah pulak, dulu ada satu kedai nasi campur bersebelahan dengan Istana Kondo (apartment). Nama kedai tu Pak Aq nasi campur. Kedai Pak Aq ni dah tutup. Sedih, dah tak dapat nak makan gulai ikan kering dia lagi dah.
Kalau nak juga nasi campur di dalam pekan Kuah, cuba masuk ke area Pandak Mayah. Bila nampak Cimb Bank, Maybank dan RHB, anda berada dikawasan yang betul. Jalan terus hingga melepasi satu restaurant masakan Siam, saya lupa nama restaurant tu. Kedai nasi campur ni ke belakang sikit drp Restaurant Thailand tadi.

Rest Haji Ali
Kalau nak nasi kandar yang sedap atau boleh tahan di Langkawi ni, pergi ke Rest Haji Ali. Kalau kita dari jeti menghala ke ke pekan Kuah, bila jumpa lampu trafik yang pertama, ambik kiri. Perlahankan kereta dan dah boleh nampak restoran tu dari dalam kereta. Terletak di sebelah kanan kita. Sepinggan nasi dengan seketul ayam, seketul ikan dan sayur lebih kurang RM8.00. Tapi biasa la, standard harga kedai mamak memang  macam ni. Saya sangat suka nasi kandar disini.

Restoran Bamboo
Sekiranya anda berada di jalan Penarak pula, iaitu jalan yang menempatkan kedai coklat/hotel  Hj Ismail, keluar saja dari bangunan dia, ambik kiri. Terus memandu melepasi Kondo Istana, (harus menghala ke jeti) jalan terus hingga anda nampak Hotel Seaview, terus lagi sehingga nampak macam jalan mati. Belok kanan (tak boleh kedepan lagi dah sebab laut didepan), lebih kurang 50 meter, ada Restoran Bamboo didepan. Kepunyaan orang Melayu juga. Makanan laut dia agak sedap tetapi bagi saya sedikit over priced.
Yang bagusnya, restoran ni sudah semakin berjaya, ditapak yang sama mereka membina motel juga.

Dari pekan Kuah menghala ke Padang Matsirat pula. Selepas Restoran Hj Ali, tengok deretan medan selera sebelah kiri. Berhentikan kereta dan park kat mana-mana yang kosong, cari EE Burger. Tapi dia orang buka sebelah malam ja. Hari Jumaat tutup. Kedai ni semua pekerja dia budak lelaki. Sambil menunggu order saya sampai, sempat saya menghitung ada lebih kurang 15 orang pekerja yang saya nampak pada waktu tu. Cepat gerak kerja mereka dan pesanan kita pun cepat sampai. Harga fish & chips dia, kalau tak silap dalam RM9.00. Semua harga kat sini sangat-sangat berpatutan. Anda nak nasi lemak? Ada, Anda nak spaghetti? Ada. Anda nak satay? Pun ada. Burger dah tentu ada sebab nama dia  pun EE Burger. Harga setiap burger dia pun murah, tak lebih dari RM5.00. Namakan saja apa yang anda nak, kebanyakannya ada di sini.  Sebab tu, kedai ni tak pernah putus pelanggan. Kalau tengok dari depan, nampak outlet ni macam buruk dan tak bermaya. Tapi bila dah masuk, ok juga kat dalam, luas dan lapang. Dia orang boleh buat delivery lagi.

Ada lagi satu kedai makan macam ni. GM Burger. Bekas staff EE Burger ni dulu. Kedai dia terletak di Kelibang. Perjalanan menghala ke Padang Matsirat juga. Betul-betul selepas stesyen minyak Shell Kuah. Buka sebelah malam juga. Menu nya sama macam kat EE Burger. Semua ada. Tapi bagi saya, saya lebih suka EE punya makanan. Pun ada delivery.

Bagi sesiapa yang menginap di Hotel Langkasuka Kuah, ada satu gerai kuih, terletak bersebelahan dengan Langkawi Parade. Betul-betul sebelah shopping mall ni. Banyak kuih muih yang dijual disebelah petang, kurang sedap kalau dibanding dengan tempat lain di Langkawi.

Restoran Thai yang paling top di Kuah ialah WanThai Restaurant. Nama tempat Pokok Assam. Kalau tak dapat cari juga, guna Waze cari location Kamdar. Ia tak jauh dari situ. Cuba makan kuih lompang dan pulut mempelam dia. Sedap gile!

Apa yang boleh saya katakan disini, anda tak perlu risau bila berada di Langkawi sebab memang tersangat banyak orang Melayu menjual makanan.

Kuih Muih di Langkawi

Gerai menjual goreng pisang atau kuih kuih ada dimerata tempat. Paling sedap di Pekan Padang Matsirat. Bersebelahan dengan masjid Pdg Matsirat. Kuih Tepung Talam Ubi Kayu dia, memang authentic. Seratus peratus rasa ubi kayu. Begitu juga dengan kuih-kuih lain. Lagi satu gerai kuih yang sedap ialah di Ulu Melaka bersebelahan dengan Restaurant Kak Yan. Kecik aje gerai dia. Mak cik tua yang membuat kuih2 ni tapi anak perempuannya yang menjual.

Bagi yang menginap di Pantai Cenang, jangan risau, anda pandu saja ke Temoyong atau Kedawang, sepanjang jalan ada ja gerai kuih muih yang sedap-sedap belaka.



Salah satu gerai kuih muih yang anak saya suka ialah gerai ini. Cari Petronas Kedawang, gerai nya seperti didalam gambar. Kalau tak silap nama si penjualnya Cek Kar. Anak saya kata nasi lemak bungkus dia sedap.


Ada satu lagi gerai kuih bertentangan dengan Fave Hotel, Warung Desa Tanjung.  Kuih Isabella (kuih ubi kayu yg digoreng) digerai ni memang terbaik. Kalau sebelah petang, beratur orang ramai membeli di sini.  Nama tempat ini ialah Padang Putih. Berhampiran Pantai Cenang dan Pantai Tengah.

Dah habis bab kuih muih. Sekarang balik ke makanan ruji kita, nasi. Masih di kawasan sini.


Tak jauh dari Fave Hotel dan Aseania Resort, ada restoran nasi kandar, nama Restoran Tomato. Boleh tahan juga. Kebanyakan tukang masaknya diimport dari India.  Bersebelahan dengan Tomato, ada Restoran Lubuk Buaya. Harga berpatutan, dibuka hingga jam 2 pagi. Di seberang jalan pula, sama juga, ada restoran lagi, Restoran Mangga 2. Lama dulu saya pernah makan direstoran ni, tapi cawangan Pantai Tengah. Sedap juga masakan dia. Tetapi sekarang saya tak tahu dah samada depa masih menggunakan tukang masak yang sama.


Dipenghujung stretch Jln Pdg Putih ni, ada satu lagi restoran yang dibuka oleh anak muda kita, kenalan anak saya, nama kedai tu Submarine Cafe. Tengahari buka utk nasi campur, malam utk western food.

Apapun, kalau nak makan yang murah dan cara kampung, ikut jalan ni saja, maksud saya jalan Padang Putih ni. Berlambak kedai makan macam cendawan tumbuh lepas hujan. Rumah penginapan dan homestay pun bercambah.


Dulu semasa saya masih tinggal di Langkawi kedai makan D Warung ini menjadi salah satu pilihan saya selang sehari disebabkan harganya yang murah dan masakannya masakan kampung. Banyak jenis ulam, kerabu, ikan bakar, sayur keladi dan segala jenis lauk pauk yang banyak membuatkan kita rambang mata.
Dua hari lepas (16hb.Dec '15), saya melewati kedai ini untuk mengambil gambar dan masukkan kedalam blog, tetapi saya terlupa yang kedai ni hanya buka utk lunch saja. Jadi saya tak dapat nak huraikan lebih lanjut tentang masakannya pada masa kini. Ohh lagi satu, mereka juga sudah semakin berkembang dengan membina motel kecil diatas premis makanan ini. Tahniah kepada orang Melayu di sana.
Kat mana kedai ni? Kalau dari arah Pantai Cenang menghala ke Pdg Matsirat, perlahankan kereta bila melepasi Hotel Pelangi. Ada junction disitu, belok kanan. Lebih kurang 100 meter anda akan sampai kekedai ini, terletak disebelah kiri anda.

Kalau nak makanan laut diPantai Cenang yang halal, bolehlah ke Orkid Ria. Salah sorang owner, nama dia Mr Loh, dah agak berumur tapi baik orangnya. Seingat saya dari anak2 saya masih kecil kami selalu makan di kedai dia. Makanan dia pun agak sedap tapi sedikit mahal. Kalau sekali sekala nak cuba ikan segar, apa salahnya.

Lagi satu restoran nama dia Restoran Seashell. Cari hotel Casa Del Mar. Betul-betul bertentangan dengan Casa Del Mar dan tak jauh dari Orkid Ria. Anda dapat tengok bangunan Muzium Laman Padi. Didalam kawasan Laman Padi ni ada satu restoran yang agak baru sebab dulu semasa saya disana belum ada lagi restoran ni. Suasana yang sangat menarik. Boleh makan dalam pondok-pondok kecil yang dibina didalam sawah. Boleh kata semua jenis makanan ada terjual disini. Lagi satu bonus makan kat sini, senang nak park kereta.

Kita  ke Padang Matsirat pulak. Ada satu kedai ikan bakar yang paling laris di sini. Nama kedai tu Jom Ikan Bakar. Saya cuma kenal tuan kedai tapi selalu terlupa nama kedainya. Memang berpatutan harga lauk pauk dia. Ramai orang setiap hari kat sini sampai kadang2 tu malas pulak saya nak singgah sebab terlampau ramai. Untuk semua yang melancong bersama keluarga, tempat ni tak mahal jadi tak la sakit sangat bila nak bayar tu.

Kat mana kedai ni? Ok, kalau anda ikut highway dari Kuah, pandu terus mengikut papan tanda menuju ke airport. Bila dah nak sampai airport, anda akan jumpa 1st round about (lebih kurang 1 km dari airport). Terus lagi,  akan jumpa second  round about . Ikut turutan  pukul 3 dan anda akan menghala ke Padang Matsirat. Terus lagi dalam 300~ 400 meter, perlahankan kereta. Kedai ni di sebelah kanan. Landmark kedai ni, bertentangan dengannya ada medan selera ber bumbung tinggi. Tengok ada ramai orang, hah, kat situlah tempat dia. Dia bukak untuk lunch saja.


Chef Corner. Restoran ni pun terletak berdekatan dengan round about airport juga. Boleh nampak dia punya signboard. Sedap juga kat sini pun. Ada macam-macam hidangan. (Saya tak sempat tinjau samada Chef Corner ni masih beroperasi ataupun tidak sebab kesuntukan masa). Pada sesiapa yang berkunjung dan berpeluang makan dissini, boleh tolong updatekan saya tentang kedai ini.


Alright.. kat mana lagi nak saya bawa anda makan?  Ok..ada satu lagi tempat yang saya nak syorkan kepada anda semua. Gerai makan kecil yang biasa saja berhampiran makam mahsuri. Nama kedai ni Nasi Dagang Pak Malau. Sayang sekali, hari Rabu (16hb.Dec ;15) saya ke situ, kedai Pak Malau tutup. Tak dapat saya nak merasa makanan nya. Ikut kata kawan-kawan yang pernah ke situ, sedap juga nasi dagang dia dimakan bersama kurma kambing. Saya agak skeptikal sikit mengenai ini sebab selalunya kuah jenis kurma ni orang Penang yang hebat dalam penyediannya. Tapi saya tak ada hak nak memberi pendapat sebab belum sempat mencuba.
Kat mana kedai dia? Ok sebelum sampai ke makam mahsuri, kita akan jumpa kedai gamat Rojam dulu. Dari sini, pandu masuk menghala ke Makam Mahsuri. Saya tak dapat nak agak berapa jauh jarak dari Rojam ke kedai Pak Malau tapi apa yang dpt saya katakan, kalau tak nampak kedai ni, cuba cari masjid Bukit Temin. Haa.kedai ni berada betul2 bertentangan dengan masjid ini.

Seafood di Langkawi. Hemm kat mana ya? Dekat jalan Bukit Malut ada satu kedai nama dia Restoran Selera Nelayan. Mungkin ramai yang dah tahu pasal kedai ni. Tak terlalu mahal dan agak sedap makanan dia. Dari arah Kuah ke Pdg Matsirat, bila sampai berdepan dengan hospital Langkawi, ada 1st punya traffic light. Jalan terus. Selepas lebih kurang 100 meter, ada satu lagi traffic light. Haa, kat sini ambk kiri. Drive perlahan2 dan dalam 200 meter di depan sampai lah ke restoran ni. Dia agak kedalam. Harus perhati betul-betul.


Di Bayas, ada satu lagi restoran seafood, bernama? Saya tak tahu nama, Mee Udang Sempoi kot macam gambar di atas. Kat mana Bayas? Ini satu masalah, macam mana saya nak describe. Okay kita ambil jalan dari Kuah nak ke Pdg Matsirat. Anda akan melewati Hospital Langkawi. Ada dua traffic light di area hospital ni. Jangan belok mana-mana, ikut terus. Selepas hampir 1 kilometer ada lagi satu traffic light.Jalan terus juga. Kedai ni terletak disekitar kawasan ni disebelah kanan jalan.

Lagi satu restoran seafood ada kat Kuah. Chinese restoran. Wonderland nama kedai ni. Restoran ni sama deretan dengan EE Burger cuma deretan dia ke depan lagi. Sentiasa penuh dengan pelanggan.


Kalau teringin nak makan pek nga (ni sebutan orang utara. Menurut arwah tok saya maksud pek nga tu tempek di belanga) Kalau sebutan sebelah selatan lempeng lah. Ada satu tempat di Langkawi yang saya tahu jual makanan ni untuk breakfast. Di Padang Matsirat (sebelah klinik Delima) dekat sekolah menengah Tunku Putra. Kedai kopi ni semua ada kecuali roti canai sebab dia orang dah buat pek nga ni. Pulut dan ikan masin ada, mee/bihun goreng ada, roti jala ada, nasi lemak ada dan sedap. Harga pun murah.

Pasar malam kat Langkawi. Hari Isnin kat Ulu Melaka.Hari Selasa kat Kedawang (Padang Wahid), hari Rabu, Kuah, hari Khamis kat Temoyong (sebelum Pantai Cenang), hari Jumaat (Air Hangat), hari Sabtu di Kuah sekali lagi dan hari ahad di Padang Matsirat. Kebanyakan peniaga nya orang yang sama, jadi kita dah boleh agak makanan mana yang sedap. Saya suka satu gerai murtabak disini, nama gerainya Murtabak Sintok.

Panjang jugak menulis pasal tempat nak makan ni ya. Kalau ada sesiapa nak tanya lebih lanjut, boleh email kepada saya. Ada banyak lagi tempat-tempat makan ni tapi dah panjang sangat nanti anda semua malas nak baca pula.
Jadi sampai disinilah dulu. In sya Allah, lain kali kita berjumpa lagi.

Salam Ramadhan dari saya,
Rose (13th.July '13)

(updated on 18th. Dec '15)
 (updated on 3rd.Jan 2014)

25 comments:

  1. salam kak,restaurant yang best2 lg ade x

    ReplyDelete
  2. harom aroma tu mmg mahal. saya makan kat situ pon terkena. perhatikan dia kira org lain punye pon mahal.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, terlampau sangat harga dia.

    ReplyDelete
  4. Farhana, nanti akak cari-cari lagi restaurant yang best dan masukkan di sini..

    ReplyDelete
  5. Saya pernah makan kat EE Burger.. mmg terbaik laa... 3 kali ke langkawi 3 kali mesti pergi.. hehehe.. pekena sup cendawan dalam roti gedabak dia pergh..Jom ikan bakar tu pulak mmg mampuih den tak jumpo... Cari sampai bebunyik perut plak..Laksa power kat airport mmg tak kena la dgn tekak saya.. tak sama dengan kat jetty kuala perlis tu.. Wan thai sedap dan waiter lawa tapi tecekik sikit bile bab bayar.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya pernah makan kat EE Burger.. mmg terbaik laa... 3 kali ke langkawi 3 kali mesti pergi.. hehehe.. pekena sup cendawan dalam roti gedabak dia pergh..Jom ikan bakar tu pulak mmg mampuih den tak jumpo... Cari sampai bebunyik perut plak..Laksa power kat airport mmg tak kena la dgn tekak saya.. tak sama dengan kat jetty kuala perlis tu.. Wan thai sedap dan waiter lawa tapi tecekik sikit bile bab bayar.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Betul tu hezri, makan kat EE mmg selesa dan murah. Jom Ikan Bakar tu rasanya tak susah sangat nak cari sebab pekan Pdg Matsirat kecik ja..mungkin tak perasan kot.

    ReplyDelete
  8. Salam kak...bole share sikit pngetahuan akak tentang makanan tradisional langkawi.kalau jalan xrasa makanan tradisional macam xsah la pulak...terima kasih

    ReplyDelete
  9. Wsalam Sofiq, pernah dengar pasal kerabu bronok? Bronok ni hidupan laut, bentuk dia ada sikit2 macam gamat. Licin ja badan dia. Kalau kat kedai makan tu, tak semua yang ada jual sebab bronok ni pun tak selalu ada di jual di pasar. Kalau sofiq ada kawan kat sana minta tolong dia orang carikan. Makanan lain tu tak banyak bezanya..

    ReplyDelete
  10. As salam Ros.. tlg bg cdgn kt area mne nk beli ikan bilis yg best & murah

    ReplyDelete
  11. W'salam.. Paling senang pergi kat kuah, cari bangunan kedai lama berhampiran trafik light. Kat situ ada banyak jenis yang elok2. Harga lebih kurang sama dengan tempat lain. Kalau nak cuba boleh juga ke telok ewa, tapi agak jauh..

    ReplyDelete
  12. mohon untuk update tahun 2015 pula yer. saya sekeluarga nak bercuti bulan january 2016 nih. hehe... tq

    ReplyDelete
  13. Insya Allah, kalau tak ada aral, saya balik ke Langkawi hujung bulan ni, saya cuba cari tempat baru.. terima kasih..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. saya selalu pegi jom ikan bakar. tiap tahun ke langkawi mmg singgah. tapi dah mcm ramai sangat orang. ada x kedai ikan bakar lain yg sedap mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba satu kedai makan ni kat Candek Kura.. Nama kedai tu Warung Jati Aisha..Kalau ikutkan harga, sini mahal sikit dari Jom ikan Bakar. Banyak jenis lauk pauk dan ikan bakar.. Masakan dia pun sedap juga.

      Delete
  16. baru pulang holiday seminggu di langkawi ni. hehe..tq sebab sharing ni. banyak info yang menarik tentang makanan ini. banyak gak yang dapat merasa. ada yg best, ada gak yg macam kureng sket. hehe.. btw, tqvm sharing semua tempat2 ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. alhamdulilah dah pun dpt bercuti sekali lg di sana..

      Delete
  17. Salam...
    Akak ada map langkawi x? Nak minta email boleh? Dok tny kwn2 yg bru balik semua buang... Kalau ada minta tlg email saya diana.ramdan1204@gmail.com
    Nak study jln kat sana dulu...nnt xdela sesat n buang masa...
    Kalau akak ada no utk mangrove boleh share kat sini... Tqvm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa"alaikumsalam fazerin, maaf akak tak ada map langkawi.
      Kalau nombor untuk pergi mangrove ada. Nama tuan punya mangrove tour Harun dan ni nombor hp dia 0194792296.

      Delete
  18. Assalam..akak..blh sy minta email akak? Senang utk sy dptkan mklumat dr akak kl tdk kberatan..sy akn ke langkawi 27hb april nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Alias, ini email akak : roserahim63@gmail.com

      Delete