Blogger templates

Monday, 31 December 2012

Tepung Talam Ubi Kayu

Salam semua,

Suka makan Talam Ubi Kayu dak? Dah cuba buat sendiri kat rumah?
Nak buat dia tak susah sangat cuma renyah sikit la.

Jom kita mula dengan bahan yang di perlukan:

Lapisan bawah
Ubi kayu 3 ketul (2 sedang/ 1kecik) cukup untuk 1 loyang kecil
Gula 1 1/4 cawan (jangan penuh sangat)
Sikit garam
4 sudu besar tpg gandum kalau nak lebih padu, boleh lebihkan tepung)
Air 1/2 cawan
sedikit pewarna kuning
(setengah orang pakai santan utk bahagian bawah, ikut selera kita)

Jom mula :

Mula-mula sagat/parut ubi kayu tadi.
Lepas tu perah (pakai kain kasa lebih senang) sikit air ubi kayu tu tadi.
(Ini utk membuang sikit rasa pahit ubi tu) .. saya tak perah buang sbb suka rasa pahit dia)
Sekarang campurkan semua bahan di atas dan masakkan sekejap diatas api perlahan.


Kacau sentiasa sebab adunan ni akan melekat di kuali kalau dibiarkan.

Sudah hampir jernih

Masak sampai ia bertukar warna jernih.

(Sementara tu, di dapur satu lagi, pasangkan steamer kita.)

Sekarang alihkan masuk ke loyang dan letak ke dalam steamer yang airnya dah mendidih.
(Tekan lapisan ubi kayu ini ke loyang biar padat.)
Masak lebih kurang 20 minit.


Kepala santan/Bahagian atas
Lapisan Atas
Santan ( RM 3.00)
Sikit garam
Tepung Gandum 4 sudu besar
Tepung Beras 3 sudu besar

Gaulkan semua bahan sehingga rata dan tidak berbiji


Okay, sekarang lapisan bawah dah masak, kita tuang masuk lapisan atas (tulisan berwarna biru) perlahan-lahan dan tutup. Biar di atas api selama lebih kurang 15 minit.



Tengok, dah pun masak.
 Mesti kena cuba kat rumah sebab pertama, Talam Ubi ni memang sedap dan sebab kedua ubi kayu banyak kandungan B17 (untuk melawan atau mencegah cancer)


Tips : Se eloknya jangan guna banyak santan dalam masakan apa pun. Tak perlu terlalu lemak.
         Begitu juga dgn gula.

Anggaran Costing :

Ubi kayu 3 ketul : RM 1.50
Santan                : RM 3.00
Lain lain bahan    : RM 1.50

Jumlah                : RM 6.00 untuk 6 orang




Rose
1st.Jan 2013

Sunday, 30 December 2012

Beef Patties

Salam semua,

Dinner malam tadi, Sophie masak. Dia balik bercuti jadi mak dia dapat la relaks sikit.
Dia buat yang simple ja. Nasi goreng and Beef Patties. Senang saja nak buat beef patties ni.

Bahan yang kita perlu :
Daging cincang (kalau buat 1/2 kilo boleh dpt dalam 10 ketul saiz sedang)
Sikit garam dan lada hitam.
2 sudu besar tepung gandum

Defrost dulu daging cincang tadi dan biarkan sehingga lembut.
Bila dah lembut, campurkan garam dan lada hitam sekali.
Kemudian renjiskan tepung gandum sikit sikit ke dalam daging tadi.
Sekarang boleh-lah di bulat dan leperkan daging tadi (macam daging burger)

Panaskan api dan taburkan sikit minyak.
Bila dah panas, baru letakkan daging tadi dan masak mengikut kesukaan kita, kalau suka garing, masak sampai garing dan begitu juga sebaliknya.

Ok, daging kita dah siap.
Sekarang nak masak sos dia pulak.
Tomato ceri ( dalam 8 biji)
Sos cili, sos tomato
Sos ikan ( 1 sudu makan)
Kicap cair dan sikit sos tiram serta lada hitam
3 ulas bwg putih.

Mula-mula, tumiskan bwg putih sampai naik bau, Lepas tu masukkan tmato ceri.
Sekarang masukkan sos cili dan sos tomato dan air (setengah cawan).
Biarkan ia mereneh sekejap.
Sekarang masukkan pulak kicap cair dan sos ikan serta sos tiram.
Masak lagi sehingga agak pekat.

Angkat dan tuangkan sos ini kedalam pinggan yang berisi patties tadi.
Dah boleh di hidangkan.

Selamat mencuba.

Friday, 28 December 2012

When is the end of the world/ Bilakah Kiamat akan Berlaku




Assalamualaikum buat semua muslimin dan muslimat semua,

Apa khabar semua? Hendaknya kita di beri kesihatan yang baik dan kehidupan yang lebih bermakna.

Baru-baru ni kita semua agak teruja nak tahu pasal kalendar orang Maya tu, yang katanya dunia akan kiamat pada 21hb.December 2012. Semua orang suspen juga kan dok tunggu ada apa-apa kelainan ke pada hari-hari sebelumnya? Dah la 21hb. tu jatuhnya pada hari Jumaat, kiamat pun akan terjadi pada hari Jumaat. Tapi, itulah. Hal sebegini hanya Allah S.B.T saja yang tahu. Kita boleh buat ramalan tapi tak ada sorang manusia pun akan tahu rahsia hari terakhir ini.

Kita orang Islam wajib percaya akan adanya hari kiamat. Kebanyakan kita pun dah tahu tanda-tanda kiamat seperti yang tertulis di dalam Al Quran dan Hadis.
Tapi saya hanya nak berkongsi lagi bersama dengan teman-teman semua.

Jom kita tengok apakah tanda-tanda besar sebelum datangnya Kiamat:

* Asap (Dukhan) yang akan menyelubungi manusia seluruh alam maya selama 40hari. Asap ini akan
   menyebabkan penyakit seperti selsema.

* Dajjal: Makhluk ini (dia manusia menurut apa yang saya baca) mempunyai mata kiri seperti biji kismis
   yang kecut dan mata kanan nya pulak agak terbonjol keluar. Dia akan mengisytiharkan dirinya tuhan.
   Orang Islam walaupun yang tidak tahu membaca akan dpt melihat tertulisnya huruf Kaf Fa Ra di dahinya
   setelah dia mengaku tuhan. Allah akan memberi izin kepada Dajjal untuk menyesatkan manusia dgn
   memberinya kelebihan seperti menghidupkan orang yang telah mati, menurunkan hujan dari langit dan
   banyak lagi.
   Kelihatan bersama dgn Dajjal ini juga adalah apa yg nampak seperti Syurga dan Neraka. Apa yg dikatakan syurga olehnya adalah neraka dan begitu juga sebaliknya. Diwaktu ini ramai yg akan tersesat dan
   mengikut Dajjal kerana apa yang dpt diberikan kepada manusia memandangkan pada waktu itu, dunia
   sudah menjadi kering tanpa air dan makanan yang cukup.

* Dabbah : Binatang ini akan keluar dari perut bumi dari satu tempat berhampiran Mekah (Bukit Syafa).
   Bersama binatang ini di bawanya tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. Dari apa yang saya baca,
   Dabbah ini akan mengetuk hujung tongkat ke dahi seseorang, maka akan bertanda di dahinya Islam atau
   Kafir. Begitu juga dengan cincin, sekiranya di oleskan ke muka seseorang, akan bercahayalah wajah orang
   itu sekiranya Islam dan gelap wajah sekiranya kafir.

* Matahari akan terbit dari sebelah barat. Apabila ini  terjadi, maka dunia sudah hampir ke penamatnya.

* Tuhan akan menurunkan Nabi Isa ke dunia untuk mententeramkan manusia yang telah menjadi berpecah
   belah dan kacau bilau. Sebelum Nabi Isa, Imam Mahdi akan turun dan memerintah dunia selama 7 tahun
   ( separuh menyebut 9 tahun) dengan adilnya.

* Yajuj dan Majuj : Kaum ini adalah satu kaum yang ganas. Mereka telah di kurung disatu tempat oleh Zulkarnain dengan menggunakan besi panas bercampur tembaga. Ada setengah pendapat mengatakan bangsa ini terkurung berhampiran Laut Caspian ataupun dekat dengan Kaukasia. Wallahu'alam.

* Gempa bumi  yang besar yang pertama berlaku di sebelah Timur. (Mungkinkah tahun 2004 dulu di Acheh)

* Gempa Bumi kedua akan berlaku di sebelah negara Barat.

* Gempa bumi ketiga akan berlaku di semenanjung Arab

* Kaabah akan di robohkan oleh bangsa Habsyah

* Api besar yang akan bermula dari bumi Yaman selepas gempa bumi dan api ini akan membawa manusia
   ke Syria.

Sebelum adanya tanda-tanda besar ini, tanda tanda kecil sesetengahnya sudah kita nampak
Diantara tanda-tanda kecil ini adalah:

* Anak-anak sudah hilang rasa hormat dan bersifat derhaka terhadap ibu bapa mereka.
* Penaklukan BaitulMuqaddis
* Membina dan menghias masjid dengan indahnya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk
* Muzik yang bermaharajalela dan penyanyi wanita lebih ramai dari lelaki.
* Wanita yang memakai baju tapi kelihatan seperti tidak berbaju (telanjang)
* Bulan sabit kelihatan lebih besar dari biasa
* Bumi Arab yang kita tahu panas dan kering akan menjadi subur dan hijau
* Akan berlaku peperangan yang besar di kawasan Kaukasas.
* Akan sampai satu waktu apabila seorang itu berjalan melintasi kubur lantas dia berkata, Alangkah
   bagusnya kalau aku berada di tempatnya. (memandangkan manusia telah hilang adab dan sopan)
* Satu kaum yang akan mewarnakan rambut mereka hitam supaya kelihatan muda)
* Seks sebelum kahwin seolah-olah perkara biasa dan mempunyai anak luar nikah tanpa segan silu.

Inilah yang dapat saya kongsikan bersama teman-teman. Kalau ada yang tersilap dimana-mana tolong beritahu saya untuk pembetulannya.

Salam ikhlas dari saya,
Rose
28th.December '12

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hello all,

Merry Chrismas to all !
How's everyone doing? There's nothing better for me to hear than that everybody was given a clean bill of health and living in a safe environment wherever you are.

According to Mayan calender, 21st.December was said to be the end of this world. In other words, the Doomsday. The world will vanish altogether from the face of the earth. Nothing left. Nothing at all. Yet, today , we are all still alive and breathing. Truth is, nobody in this world could actually know for certain when the actual date is.

Each and every religion has their own belief when it comes to doomsday. Since I am a Muslim, I wish to write a little about doomsday according to Muslim faith.
According to Holy Quran and Hadith ( a collection of traditions containing sayings of our Prophet, Muhammad), there will be big signs or forewarning  prior to the destruction of the earth.

Below are the big signs irrespective of  which comes first:

1.) Smoke : There will be smoke or fog-like smoke shrouding over our heads which causes some kind of flu throughout universe. The shrouding smoke will cloud the earth for 40 days.

2) Dajjal : He is a one-eyed person ( one side of the eye is small, blind and wrinkled like a dried raisin and the other is slightly protruding. He will claim godhood and has supernatural powers such as bringing back life of a dead person, causing the sky to bring down rain at his command and many more.
He will have with him what resemble Heaven and Hell. The one he claims to be Heaven is actually hell and vice versa. During that time, many tend to follow him as the world will be under severe drought and food and water are scarce.

3) Dabbah : An animal that speaks. He will emerge from a place somewhere close to Shafa Mountain in Mecca. He will carry with him Prophet Moses' cane and Prophet Soloman's ring. He will use the cane to tab on a person's forehead and marked it as Muslim or Non Muslim.

4) The sun will rise from west instead of east. When this happens, the world has come very close to the end.

5) God will send Jesus to earth to guide mankind. In Islam, Jesus was not crucified, thus he is still alive. He was lifted by God and was replaced by someone else that resembled Jesus. By now the world has no peace and people have lost themselves in their own greediness towards wealth and lost compassion towards others. In other words, it's a cruel world.
Prior to Jesus, Imam Mahdi will be send to this world and he will rule the world justly. Some hadith says he will rule for seven years, some says for 9 years.
After the death of Imam Mahdi, Jesus will take over. He will kill Dajjal.

6) Gog and Magog : These ethnic already exist in this world. They were the most vicious people. They were being trapped in a strong iron and molten copper cage somewhere in this world and will only be let out when God wills it.

7) Earthquake : There will be three mega earth quake that will occur starting from the east.( Some says the first had happened;  Remember Acheh, earthquake and Tsunami in 2004.

8) The second one in the West

9) The third will be somewhere in Arab Peninsula.

10) The demolition of Kaabah (in Mecca) the Holy site for Muslims by the Habsyah people. It was said
      during the invasion and commotion caused by these people, Jesus was killed and died (correct me if I am
      wrong).

11) Fire that breaks from a powerful earthquake in Yemen. This will cause panic and send human screaming, crying and running to all directions. Some by foot, some by whatever type of vehicles they may possessed. The fire will herd the people to Damascus.

Prior to the big signs, we can already see some of the smaller signs today.
That is : * Children have lost their respect towards their parents and treating them like slaves.
             * The invasion of Jerusalem
             * Build and decorate mosques just for a show and being proud about it
             * Too much music and female singers outnumbered the male by a big margin
             * The crescent moon look bigger than usual
             * Middle East countries were known for their deserts but there will come a time when these
                countries land will change to become fertile and prosperous with rivers full of water.
             * There would be war somewhere in Caucasus.
             * There would come a time when a person walks past a graveyard and said I wish I am dead! This
                is because the world has become a place unsafe to live in.
             * There would be an ethnic who would color their hair black so that they would appear younger.
             * Sex without marriage is everywhere and child out of wedlock is a common sight.

We are currently living in a short transition in this world before being permanently resurrected in the after world. For those who has faith in God, we still have time to kneel upon Him and ask for His forgiveness.
Let us together create a better world to live in and be grateful with what we have.

Have a nice evening,
Rose
28th.December '12



Tuesday, 25 December 2012

Kuih Tako


Salam sekali lagi,

Suka makan kuih tako dak? Kat rumah mak Cik Rose, semua suka. Sedap dan senang saja nak buat.
Yang merumitkan sikit, nak buat kotak kecik pandan nak isi kuih tu. Tapi, tak pa.
 Bukak YouTube www.youtube.com/watch?v=Yec0J5l. Tengok cara nak buat kotak pandan tu.

Bahan bahan yang kita perlukan:

Untuk lapisan bawah:


1/2 tiub tepung hoen kee  tiub putih ( 50 gm)

sikit garam
1/2 cawan gula (ikut manis yang kita suka)
2  1/2 cawan air kosong
3/4 cawan air pandan (dari 2 helai daun

Untuk lapisan atas pula :


Santan RM 3.00 
1/4 cawan air
sikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras




i) Sekarang, masukkan semua bahan untuk lapisan bawah kedalam periuk dan masak atas api perlahan.
Adunan akan menjadi sangat cair, jangan risau.
Kacau jangan henti. Masak sehingga adunan tadi bertukar menjadi hijau jernih dan mula bubbling dan mengental (tak tau nak guna perkataan apa yang betul.)
Angkat dan mula cedok masuk ke dalam bekas pandan tadi ataupun bekas kecil.


Masak sampai tepung hijau tadi tukar jadi jernih mcm ni

Tunggu sekejap, jangan masak lapisan atas dulu, sebab kita nak biarkan lapisan bawah tadi cool off dan mengental (lebih kurang 10 minit)

ii) Ok, Sekarang masukkan pula semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk dan masak dengan api yang kecil juga. Kacau sehingga tepung mula mengental dan bubbling (jangan biar terlalu banyak bubble). Kalau kurang kental, boleh tambah sikit lagi tepung.


Bila dah masak, angkat dan cedokkan masuk ke dalam lapisan bawah yang kita biar sejuk tadi. Harus dilakukan dengan cepat supaya tepung tidak menjadi kental.




Dah siap. Biarkan sekejap. Lepas tu bolehkan di masukkan kedalam peti sejuk. Kalau tak mau pun boleh juga. 


Nota :Kalau tak ada tepung hoen kee, tepung jagung pun boleh juga.


          ** 50 gm tepung boleh dapat dalam lebih kurang 18 biji kuih tako.(kalau dalam bekas pandan)

              

Senang dan sedap. Tak banyak bahan yang perlu di cari.


Rose
26th.December '12

Wednesday, 19 December 2012

Menunaikan Solat

Assalamualaikum buat semua,

Sedap suasana pagi ni. Hujan sikit dalam pukul enam lebih tadi. Sudah solat subuh terus saya ke dapur nak cari bahan untuk buat breakfast pagi ni. Dah tak banyak yang tinggal sebab tak sempat nak tambah stok.  Nampak kotak pancake belum buka lagi, tengok ada mee hoon sikit, kira boleh lah tu. Buat sikit-sikit, tak payah keluar beli breakfast lagi dah.

Tadi semasa sedang solat, saya dapat merasakan tahap khusyuk' saya hari ni agak tinggi, mungkin sebab sunyi suasana sekeliling membuatkan saya menangis semasa solat itu. Rasa hiba sangat di hati. Terlalu banyak kesalahan dan dosa saya kepada Dia. Terlalu banyak kelalaian dari diri saya untuk melakukan apa yang telah ditetapkanNya. Saya pernah berasa terlalu marah terhadapNya sehingga membuatkan saya menyoal apakah kebaikan yang ingin di berikan kepada saya dengan membiarkan saya melalui kehidupan yang amat payah ini. Na'uzubillah.. saya cepat tersedar. Kadang-kadang kita leka di dalam kesulitan hati dan perasaan sendiri hingga tak dapat nak fikir atau lihat atau nilai, rahmat yang di sediakan untuk kita di penghujung hari.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya dapat faham bila ulama atau ustaz cakap, solat biar sempurna. Itu akan menjauhkan kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kalau dulu, bila ustaz cakap macam ni, perkataan tu hanya saya dengar saja tapi tak dapat nak menghayati nya. Tapi sekarang saya faham, bila kita dah buat solat dengan elok, kita khushuk' mengerjakannya, perasaan tenang dan dekat denganNya dapat kita rasakan.

Kebanyakan daripada kita mengerjakan solat sebab ia salah satu perkara wajib. Bila cukup time, kita ambik wudhu' dan pergi solat. Bila solat pun kita nak cepat habis sebab boring buat benda yang sama setiap hari, lima kali pulak tu. Mana nak ambik wudhu' lagi, mana nak kena salin pakai telekung lagi dan bila dah habis nak kena lipat atau gantung pulak semua tu.. haih, banyak benda nak buat sebelum solat ni. Kalau kita duduk tengok TV senang ja. Kita baring terbongkang kat depan TV tu, pegang remote dan tukar channel. Tak payah gerak kemana dan happy lagi sebab cerita-cerita menarik dan menghiburkan.

Sebab itulah saya ingin mengingatkan diri saya sekali lagi dan juga sesiapa yang mempunyai fikiran seperti saya, bila buat solat apapun, saya harus buat dengan hati yang ikhlas bukan sebab wajib saja. Bila kita buat sebab wajib saja, saya takut kita tak mau berusaha memperbetulkan ayat-ayat yang kita baca dan sebut berulang kali, tata tertib semasa mengerjakan solat dan paling penting keikhlasan hati kita untuk mengadap Allah. Ikhlas kah kita bila dalam hati kita terfikir, "lambatnya nak habis sembahyang" atau " baru ja habis buat maghrib, satgi nak kena buat Isyak pulak".
Solat adalah perkara wajib dan ia juga bagi pendapat saya, macam kita nak bagi hadiah kepada Allah sebagai menunjukkan rasa syukur sebab telah mencipta dan meletakkan kita di muka bumi ini. Jadi bila nak bagi hadiah kena lah yang cantik dan menyenangkan hati sesiapa yang menerimanya.

Percayalah, bila kita dah dapat rasa kemanisan solat itu, dengan sendirinya kita takut nak buat benda-benda yang mungkar baik yang kecil mau pun yang besar. Betul! Terus terang saya katakan, sekarang kalau saya ambik satu pelepah daun kari kat rumah sebelah pun rasa macam berat sangat. Tapi sebab saya dah minta sebelum tu dan dia dah cakap ambik, ambik sajalah sebab banyak.

Maaf kan saya. Bila saya menulis hal solat ni, saya bukan berniat nak tunjuk hebat dalam agama atau riak sebab saya masih lagi amat kekurangan dan jahil dalam bab agama cuma ingin berkongsi apa yang saya rasakan. Anak-anak saya kadang-kadang lebih banyak ilmu agama yang dia orang dapat dan tahu berbanding saya. Saya tak malu nak tanya kat depa pasal benda-benda yang saya kurang pasti. Saya masih lagi belajar dan terlalu banyak yang belum belajar.

Jadi, saya harap teman-teman pembaca di luar sana tak marahkan saya. Topik ni datang pun secara mendadak. Bila kita ajar dan kerah anak-anak sembahyang, kita juga seharusnya menerangkan apa sebab kita sembahyang. Jangan pulak bila anak-anak tanya lebih, kita naik angin dan selalunya jawapan yang kita bagi ialah "Buat sajalah. Tuhan suruh kita buat dan ia perkara wajib. Kalau tak buat berdosa besar, masuk neraka". Itu jawapan kita. Kalau jawapan tu yang kita bagi pada anak-anak yang masih kecik (lingkungan umur 6 ~ 8 tahun) mungkin kita berjaya menakutkan mereka dan membuatkan mereka menunaikan solat dengan tekun. Tapi banyak yang saya tengok di sekeliling, anak-anak akan mula meninggalkan solat apabila dia orang dah masuk alam remaja.
Dia orang macam dah tak ada hati nak buat. Sebab dulu dia orang buat sebab mak bapa yang suruh bukan sebab dia ikhlas dan suka solat. Jadi bila dia orang tinggal solat dia tak rasa ralat sangat sebab solat adalah salah satu perkara yang terpaksa dilakukan sebab wajib. Anak-anak lelaki saya pun macam tu, suka-suka buat, suka-suka tinggal. Nasib baik anak-anak perempuan saya tak macam tu.

Jadi, sama-samalah kita memperbaiki solat yang menjadi tiang agama kita. Kita tak perlu berasa malu dan rendah diri kalau kurang pengetahuan di dalam hal-hal ini. Kita boleh belajar dari mana-mana sumber yang boleh kita akses untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Kalau zaman dulu agak payah nak belajar kecuali kalau rajin ke masjid. Arwah tok saya ( tok adalah nenek panggilan bagi orang sebelah utara dan tok wan untuk atok) dulu, dia akan panggil satu ustaz mai kerumah untuk ajar cara-cara nak sembahyang atau hal-hal lain. Seminggu sekali. Saya jadi  budak pengantara untuk bagi tau kawan-kawan dia Ustaz Hassan akan mai mengajar pada sekian-sekian hari. Jadi, pada hari berkenaan, ramailah kawan-kawan dia mai kerumah. Ini part yang saya paling suka.Setiap sorang bawa satu pinggan makanan. Jadi macam kenduri la pulak. Habis belajar ,itu yang saya cari dulu. Dan secara tak langsung, saya banyak menghafal dan memperoleh apa yang diajar oleh ustaz Hassan memandangkan saya akan menjadi tukang tulis untuk tok dan kawan-kawannya yang tak tahu menulis.

Itu time sukar nak mencari ilmu, La ni, bak kata orang sekarang, dunia di hujung jari anda. Kita google saja apa yang kita mau, dalam beberapa saat dah dapat jawapan yang di cari.
Jadi, selamat memperbaiki kelemahan kita dan salam sejahtera semua.

Salam dari saya .

Rose
20th.Dec '12

Monday, 10 December 2012

Roti Arab

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Malam tadi untuk dinner Mak Cik Rose buat roti Arab. Roti ni pun ada banyak versi. Mak Cik Rose ikut dan tukar sikit-sikit. Anak-anak kata sedap. Yang bestnya anak lelaki ingat beli kat kedai. Amboi! Dia ingat mak dia tak boleh masak ka?
Tapi apa pun, mesti kena cuba buat kat rumah sebab mudah sangat, cuma kena ada kari yang kaw baru best.

Okay, let's start.
Kita perlukan tepung gandum 500gm (separuh plastik 1 kg tu)
susu tepung (6 sudu besar) ..saya pakai susu nespray berkrim
Yis kering
Air ( boleh pakai air suam atau air biasa)
sikit garam dan sikit gula

i) Mula-mula, masukkan yis kering dalam 3 sudu kecil dan juga gula kastor (2 sudu besar) bersama air 1 cawan.
   Biarkan sehingga kita nampak ada buih (itu menunjukkan yis aktif)
ii) Mangkuk berasingan, kita campurkan tepung gandum, garam dan susu tepung. Gaulkan rata.

Sekarang, bila yis tadi dah ada buih, masukkan campuran tepung kita tadi sikit sikit dan uli.
Adunan akan melekit sikit. Uli lagi kalau terlalu melekit tambah sikit tepung.
Adunan yang elok ialah kalau tepung tu masih melekit sikit sikit ditangan, kalau tak melekit langsung itu tandanya roti akan menjadi agak keras. Dah tak fluffy seperti yang sepatutnya.

Bila dah habis uli, rehatkan doh tadi untuk lebih kurang sejam. Tutp dengan tuala kecil.

Selepas sejam, doh dah boleh di buat bulat-bulat dan rehatkan lagi lebih kurang 10 minit.

Okay sekarang canaikan dan dah boleh di bakar dengan minyak yang sikit.
Nak pakai minyak masak pun boleh, mentega pun boleh, minyak sapi pun boleh. Ikut selera kira.


Ini lah roti arab versi Mak Cik Rose. Cuba na and let me know jadi ke tak.
Simple ja nak buat roti ni tapi memang sedap!!


Petua: Bila nak buat roti, buat permulaannya yis jangan dicampur dengan garam sebab ini akan menyebabkan yis mati dan roti kita tak naik.

Rose
10th.December '12

Sunday, 9 December 2012

Social Network

Salam sekali lagi buat  teman-teman dan pembaca semua,

Sedar tak sedar dah nak sampai hujung tahun dah! Sikit hari lagi semua orang akan celebrate tahun baru pulak. Saya? Rasanya tak celebrate kot sebab nak masuk lima puluh dah. Lagi pun dah senja-senja ni, perasaan nak enjoy macam muda-muda dulu dah tak ada lagi dah.

La ni saya lebih suka duduk di rumah, buat apa yang patut. Macam semua surirumah yang lain juga. Cuma sekarang ni saya isikan masa lapang dengan menulis blog, macam sekarang ni. Nanti kalau terlebih rajin buat buku pulak..saja pasang angan-angan. Mana tau..

Lain pulak cerita dengan anak-anak kita nowadays. Tambah-tambah musim cuti sekolah ni. Depa boleh duduk dalam bilik berjam-jam, buat apa tau? Twittering ataupun face booking ataupun tengok cerita Korea.
Masyaallah.. Tak tau nak cakap apa dah. Yang bagusnya kita tak payah nak fikir nak bawa bercuti kemana-mana, tapi yang tak syoknya sampai tak buat apa. Dok mengadap I Pad ataupun laptop depa sampai tak ingat dunia.

Jadi, apa pendapat semua tentang social network ni? Bagus ke tak? Kalau bagi saya bagusnya lagi banyak dari tak bagus. Kita ambik contoh facebook. Saya dapat ramai kawan baru dan saya juga berhasil berjumpa semula dengan kawan-kawan lama (yang dari sekolah rendah pun ada). Hebat dak?

Lagi satu, kita tau depa ada kat mana. Bukan tak tau zaman sekarang ni. Setiap hari kita dengar macam-macam cerita yang mengerikan. Anak-anak keluar pi kedai kat depan rumah pun boleh hilang atau kena culik.
Jadi, ini adalah salah satu dari kebaikan social network ni.

Yang tak syok nya, anak-anak ni dah almost jadi anti sosial. Ingat lagi dak dalam blog lalu, saya tulis Sara tak tau nak sembang dengan orang atau tak suka kalau ramai orang. Rasanya, inilah salah satu sebab nya. Dia jadi kaku atau segan nak sembang. Tapi kalau dalam face book bukan main lagi. Masalah ni bukan dengan anak-anak saja, kita yang dah senja ni pun sama kalau tak pandai bagi masa. Kita jadi ghalit (loghat kedah/penang untuk leka). Anak-anak ghalit satu hal, kalau kita pun sama, pakai tak berasap la dapur.

Jadi, apapun kita buat, macam selalu, jangan overdo it atau keterlaluan. Bila keterlaluan tu yang menyebabkan masalah lain timbul. Yang sebetulnya kebanyakan kita pandai mengimbang masa tapi ada masanya kita jadi malas atau rasa sedih atau frust, itu yang buat kita menghabiskan masa dengan cara yang tak sepatutnya. Ada yang setuju dengan saya?

Rasanya sampai sini dulu untuk hari ni, dah tak ada idea nak tulis panjang lebar.
In Sya Allah kita berjumpa lagi di blog akan datang.

Rose
10th.December '12


Hello again,
Like it or not, New Year is just around the corner. In a couple of weeks time, everybody will be celebrating New Year. Me?  Don't think I wanna celebrate coz come May next year I will be half a century years old. What to celebrate? Sounds like an old grandma.

Nowadays, I'd rather be at home, doing what other typical housewives do. Except, I fill in my extra time with writing blog. Who knows one day, I might be up to writing a book. Dream is something that we can do, doesn't matter if it became reality or stay a dream. ZZzzzz...

That is about me filling up my time. What about the children? Oh dear! At this very moment, Sara is watching  some Korean movie or listening to Korean all-girls group singing sensation. Either that or she'd be twittering. She'd be inside her room for hours every day. Good thing is we don't have to worry about going anywhere this school holidays.

So, what do you guys think about social networking? Good, bad, what's your vote? To me, we can use it to our advantage as it is beneficial if used wisely. Why! I found most of my old friends especially my elementary school classmates through this social network. Ain't that something?

Another thing, we know where they are at all time. Everyday, in the news or newspaper, we see young girls being murdered or raped in the broad day light. What a world to live in!So, by being in their rooms, they are much safer than anywhere else.

The bad thing is, they became anti-social. They refused to go out and get some exercise done or mingle with new people. They'd stick to their I-Pad like it's their life line. Come to think of it, not only young children were anti -social, we, the older generations are plunging our lives into it as well. But some of us did it because life has become too stressful or feeling bored and a few other reasons. Anybody agrees with me?

Try balancing it like we used to before these innovative applications found it's way into our lives. However much we reject it, it's here to stay. So, go along with it and enjoy. Just don't over do it.

Gotta go now. Have a good life out there.

Rose 10th.December '12


Tuesday, 4 December 2012

School Holidays and Weddings


Hi all,

I am back! Feeling great after a lousy bout last week. For Malaysian, this is the time of the year where headaches and school holidays bind together equalizing it to total  empty pockets.
For my overseas readers, Malaysian final school term usually ended somewhere in the second week of November and  new term commences just after New Year. So that roughly gives us about one and a half month of school holidays to think and plan what to do, where to go and how to keep the house from falling apart.
The headaches began for parents as soon as the holidays start, especially for working parents. Where to take the children to? One child may want to visit the big city. The other one would readily agreed to mountain climbing. Mum and dad would be happy just to be at home. No expenses needed! The big sister, oh dear, she sure got some expensive ideas. Let's travel overseas. "Mum, dad, lets just go to Australia. It's not that far  away from here." Okaaay..it's not that far away. Then, Dad might have replied, "What's wrong within the country? Still many places we haven't explore." The answer he got, " Dad, all my friends are travelling overseas, some are going to France, some to Egypt, and you expect us to go where, Pahang?" I'd rather be at home STUDYING!! Studying? Literally taken, that sounds good but it may just be a spoken words with no action.
How come it is so different nowadays compared to our time back then? I am sure it wasn't too long ago when we ourselves were young. Or was it? Oh, never mind, whatever it is we were easy to please then. Our parents would just bundle us in a packed old station wagon and drop us right at grandma's doorsteps. Grandma's happy and we're happy. End of story.

Then, there's preparation prior to school re opens. New school uniforms, new stationery, new shoes and etc..etc..
And for those who celebrate Christmas, oh, I can't help thinking how are they going to survive until month end. I am talking about the average people, like me. Best solutions, no new uniforms and no holidays!

This is also the time for couples to get married. If any one of the deeply in love couple were to choose which month to get hitched, they most probably chose within these two months. Getting married, especially among the Malays are a big event. I am sure it's a big thing for everybody but for the Malays, close family involvement were greatly appreciated.

Allow me to elaborate a little on how our wedding goes. I will start with the conveniences of wedding done in November or December. Close relatives and friends were informed and invited at least a month or two prior to the wedding date itself. This is so they could  apply leaves (for those working) or try to free themselves from any other commitment on that special date.
Once freed from working commitment, it will be much easier to plan the trip back to where the wedding takes place since the children will be on school holidays as well.

As done years and years ago, many parents of the brides and grooms still prefer to organize the wedding themselves and done at the comfort of their homes just as their parents and grand parents did way before.
This is the time for re bonding. Sometimes after years of not seeing your cousin, suddenly he or she was at the same place as you and we had at least one or two glorious days to catch up on old stories. This is when sometimes snide remarks such as "You're so fat and wobbly" or "Look at you, I forgot how short you were" can be heard. But no offence taken since we were so busy catching up on stories.
This reunion happened coz we would usually cramped in at the host's house to help out on wedding preparation. Doesn't matter if the house is not in the condition of receiving a few families at one time.

Nowadays many would seek the convenient of food caterer to provide food on wedding day. Some wedding still maintain the old ways., that is cooking being done by friends and local community or by local cook. It's not easy to cook for at least 600 people. That is average count for the invitation. And the best of all, it's being done for free. Friends and neighbours can also be seen helping out in the kitchen department cleaning up beef, cutting vegetables or boiling eggs or whatever things that needed to be done. In Malay we called it "gotong-royong" or helping out voluntarily. The whole village will be there to help in whatever way they can.
 Of course the host, at the end of the day would put aside some token to be given to the cook but for others like us, who were there to help out on spring cleaning, gifts wrapping for guests and food preparation, everything were done sincerely and voluntarily.

Normally,invitation were given out to at least 600 ~ 1000 people. The hosts had to be sure that food will be sufficient for each and every guests that flowed in from lunch time till about six p.m.
This is "akad nikah session" Once the Imam and the groom shook hands,  it confirmed that he is now legally married.

In Islam it should be done moderately but in Malaysia, it has become a custom rather than ostentation. The parents' of either bride or groom will be standing in front of their houses to receive guests. From guests part, upon arriving or departing, a small amount of money rolled inside a little envelope were discreetly passed into the parent's hand as a gift. That is sure to take off some financial burden off their shoulders.
Photos courtesy from my niece, Ika & Ajmain

Wedding anywhere in this world is not cheap.

Wedding day: Bride & groom sitting on a dais for guests to witness that they are now husband & wife
So, who else is having headaches this school holidays? Like it or not, we will have to face it with a big smile. Because that's what we call parenting.

Have a nice evening,
Rose
4th.December '12








Monday, 3 December 2012

Udang Rimau Butter Bercili

Salam semua,

Nak masak apa pulak hari ni? Kadang2 mak cik Rose pun tak tau nak letak resipi apa kat dalam blog ni sebab banyak blog-blog yang hebat dalam hal masakan ni. Tapi bila fikirkan pulak, masakan yang mak cik Rose postkan ni, kita buat secara mudah, tak terlalu banyak rempah ratus dan macam-macam lagi. Jadi senang untuk anak-anak belajar masak the fun way.

Untuk resipi hari ni, mak cik Rose dapat dari sorang kawan Siam, Chailat nama dia. Terima kasih Chailat! Ikutkan banyak lagi bahan2 yang diperlukan tapi mak cik Rose ubah suai dan buat yang paling senang.

Nama resipi ni Udang Rimau Butter Bercili.

Kita perlukan, for sure Udang Rimau ( 6 ~ 7 ekor belah belakang dan buang uratnya)

i) Saute(goreng dengan minyak yang sikit) separuh masak seperti gambar diatas dengan menggunakan butter. Letakkan di tepi dulu.

ii) Dalam mangkuk kecil berasingan, ambik 3 sudu teh susu tepung, 1 sudu teh gula, sedikit chicken stock, air dan sikit garam. (jgn banyak garam sbb stok ayam dan butter dah agak masin) Gaulkan dan biarkan sebelah.

iii) Untuk tumis, ambil 2 atau 3 biji cili merah ( ditumbuk tak terlalu halus) dan 2 ulas bwg putih dan sikit butter.
     1 biji telur ( ambil putihnya saja dan dipukul sikit)

Sekarang kita masak,
Panaskan butter sekejap, masukkan bwg putih yg dah di rincik halus, kemudian terus masukkan cili merah

Bila dah naik bau, masukkan sikit air (anggaran suku cawan) dan tuang perlahan-lahan telur yg di pukul tadi. Sambil tuang sambil kacau utk memecahkan telur tadi.
Bila dah pecah elok, masukkan campuran dari bahan (ii) tadi dan gaul rata. Sekarang masukkan udang separuh masak kita tadi.

Biarkan gravy dia agak pekat sikit dan dah boleh di angkat. (Jangan biarkan udang masak terlalu lama, isinya akan jadi sedikit keras dan hilang rasa manis nya)


Ini dia, Udang Rimau Butter Bercili.

Nota: Kalau nak lebih pedas, tambahkan lebih cili.
         Masakan ni boleh di ubah suai atau di olah semula ikut selera masing-masing.

Rose
4th.December '12

Friday, 30 November 2012

Tepung Bungkus

Assalamualaikum,

Tadi mak cik Rose ada buat sikit tepung bungkus. Nak cuba buat dak? Since kita baru nak mula, buat sikit dulu cukup. Boleh dapat dalam 10~ 12 biji okay la.

Untuk inti kelapa dia, rasanya semua dah tau kan sebab baru 4 ~ 5 hari lepas kita buat pulut inti. Jadi inti tepung bungkus ni pun sama juga. Bila dah masak, kita bulat-bulatkan inti ni kecik-kecik. Lepas tu, letak sebelah dulu.
daun pisang yg dah di layur
Untuk pembalut dia, kita perlukan daun pisang dan layurkan sekejap atas api seperti gambar di atas.

Untuk tepung dia pula, kita perlukan:
tepung beras ( kita pakai 1/2 cawan dulu, jangan penuh sangat)
Sikit garam
Santan Rm 2.00
Air 2 cawan.

Okay, sekarang gaulkan tepung dengan santan, garam dan air. Kalau cair sikit tak apa sebab kita nak masak sekejap.
Masukkan dalam periuk dan letak di atas api yang pelahan. Kacau jangan henti sebab kalau henti tepung tu akan jadi berketul. Tunggu sampai agak pekat dan tutup api.

(Sementara itu, panaskan steamer kita.)

Biarkan tepung tadi agak sejuk. Bila dah agak sejuk, ambil 1 sudu besar tepung tadi dan letak didalam daun pisang tadi. Lepas tu, letakkan pula dua butir inti kelapa tadi. Ambik sikit lagi bancuhan tepung tadi dan tutup permukaan inti.
Balutkan daun pisang itu macam yang selalu kita nmpak orang jual tu.

Okay, air dalam steamer kita pun dah mendidih. Setelah siap, susunkan tepung bungkus kita tadi di dalam steamer dan tutup rapat. Biarkan lebih kurang 20 minit.


Wah, tengok dah siap pun. Tak susah sangat pun.

Nota : Separuh orang pakai tepung pulut untuk balut inti kelapa ni. Mak Cik Rose malas jadi bulat-bulatkan saja. Ikut hati kita kalau nak buat macam tu lebih kemas. Kalau tak mau pun, tak pa, rasa dia tetap sama.

Salam,
Rose
30th.Nov '12

Wednesday, 28 November 2012

Feeling Down

Good morning all,

What shall I write? I'm feeling down, low and depress. Feeling so sad that I don't feel like facing the world today. It's not good for a cancer patient to feel depress. I am sure it's not totally true or otherwise there'd be more deaths caused by depression rather than the cancer itself.

Many time in my life, I received more bad news rather than good news and each time I ward it off bravely. I had my fair share of being turned down or let down because of some technical issues or simply because I just didn't qualify or wasn't good enough to be given the opportunity.
Or rather, I put it this way, "Rose, The Epitome of Sadness." Because that's what I am all about. I represent sadness to the hilt . Even Sara once said to me, "Ma, you've got sad eyes." Whatever it was, I felt the final blow yesterday when, again my only wish for something was being turn down right onto my face. The worse thing was because, it wasn't for me. It's for the children. I want to leave something behind for them before I close my eyes forever, but as usual that was not to happen.

I tried to be strong, positive and lead a normal life, but there were times when one just want to let go everything and think or do nothing. At this moment of time, I wish I am somewhere in a deserted place, having the best of time doing nothing, thinking nothing and happy. Why can't for once, I got what I wish for without the usual heartache. I was so sad yesterday that I had asked everyone to leave the house for a few hours so that I can be on own healing the sick feeling that refused to go away.

As if not enough with my grieving, I realized every time I turn on the T.V or read some articles in the newspaper, there will always be something written or said about cancer. And believe it or not, just the other day, I ( and Sara accompanied me) went for foot reflexology, ( my left foot got swollen for no reason) and we got into a conversation with the lady masseur. Guess what, her mother got bone and cervix cancer and she died last year. How depressing! It's as if this cancer thing wouldn't leave me alone. I had to be reminded about it every other day indirectly. And most of the stories wasn't a pleasant one. How can I live life normally when every day I am being reminded that death is lurking somewhere in the near future?
You think that is depressing? Think about this. Cancer patients had to watch their diet. Oh, by the way, I am suffering from diabetes and hypertension as well. Too much sugar is a no-no thing in my daily diet. I can't take sweet carbonated drinks (for it could trigger my sugar level and also cancer cells love sugar), can't take potatoes, no potato chips or french fries as too salty, no toasted bread or anything toasted (carbon), no cheese or mayonnaise, no red meat, some say no eggs and chickens.

So tell me, what else is there to enjoy? I am not complaining just feeling sorry for myself at this time of the month. Tomorrow it will go away. I write it down so that I can share my feelings with everybody and that I am only human.There are times when we feel we hit rock bottom and there's nothing we can do about it.

Okay, I guessed I had let it out some of the burden off my shoulders and I felt a whole lot better. Come tomorrow I will be my normal self again.

Ciao, until next time.
Rose
28th.November '12


Selamat pagi semua,

Apa nak tulis ya? Saya rasa sedih dan tertekan dan rasa macam tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun hari ni. Perasaan sedih tu tak elok untuk seorang pesakit barah.Kalau betul la macam tu, dah tentu lebih ramai yang meninggal disebabkan perasaan tertekan dan sedih daripada penyakit barah itu sendiri.

Banyak kali di dalam hidup ini, saya terima berita buruk lebih daripada berita yang menyenangkan and setiap kali itu juga saya berjaya menepis dengan yakin. Dan dah banyak kali juga saya di hampakan dan ditolak kerana sebab sebab tertentu. Kekadang saya terasa seperti kesedihan itu adalah lambang hidup saya. Malah Sara, anak bongsu saya pernah kata, "mata mama nampak sedih."
Apa pun, kemarin adalah salah satu daripada hari-hari biasa yang mengecewakan hati saya. Yang paling sedih sebab apa yang saya hendak tu untuk anak-anak, bukan untuk saya. Saya ingin tinggalkan sesuatu untuk mereka sebelum saya menutup mata tapi masih tak kesampaian. Saya sering diduga olehNya berkali-kali.

Saya cuba menjadi lebih kuat dari sekarang dan berfikiran positif tetapi pada masa yang sama rasa macam dah tak larat nak hadapi semua masaalah yang datang tanpa henti. Rasa macam nak pergi jauh-jauh ke tempat yang tak ada sesiapa, boleh jadi diri saya sendiri, tak payah berfikir tentang apa-apa dan happy. Itu saja. Macam kemarin, saya suruh Sara keluar dengan abah dia dan tinggalkan saya sorang-sorang kat rumah sebab saya perlukan masa sendirian.

Seolah-olah tidak cukup dengan kesedihan yang saya rasa, saya baru perasan setiap kali saya buka T.V ka, atau baca surat khabar ka, ada saja berita tentang barah. Itu membuatkan saya rasa lebih tertekan. Semua berita mengenai barah sungguh menyedihkan. Rasa macam penyakit ni tak akan tinggalkan saya sendirian.
Macam mana saya nak teruskan hidup secara normal kalau setiap hari berita yang menyedihkan saja yang saya nampak dan dengar? Mungkin ada yang akan berkata, berita itu untuk memberi pengetahuan kepada semua. Memang betul tapi bagi pesakit itu sendiri lain pulak perasaan dia.

Tak cukup dengan berita tentang barah, dengar pulak pasal makan. Saya ni boleh dikatakan ada semua jenis penyakit. Sekarang ni saya ada diabetes dan darah tinggi campur dengan barah, apa yang boleh dan tak boleh saya makan? Ikutkan saya tak boleh ambik gula berlebihan, tak boleh garam berlebihan, tak boleh makan durian (kegemaran saya), pulut, kentang goreng, makanan berlemak, minuman berkabonat, daging dan banyak lagi. Saya jadi sampai takut nak makan takut barah tu datang balik. Jadi nak buat macam mana?

Saya bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tapi maklum sajalah kita ni manusia biasa, perempuan pulak tu, dah tua-tua ni, rasa sedih cepat hinggap di hati. Jadi sedih jugak lah kadang-kadang tu.
Dah lega sikit dapat tuliskan apa yang terbuku dalam hati.

Okay lah sampai jumpa lagi.

Salam dari saya,
Rose
28th.Nov '12

Tuesday, 27 November 2012

Perhatian/ Attention


Salam semua,

Blog saya baru dinaik taraf hari ini.
Page 'Resipi Dari Rumah' tidak berubah tetapi telah dikemas-kini kan.
Manakala, post- post lain yang bukan resipi telah dikumpulkan dalam satu page yang bertajuk 'Colours of Life'.
Saya menghargai sokongan anda.

Wassalam,
Rose
-----

Hello everyone,

My blog has had a face-lift today.
"Recipe from Home" page remain unchanged but my other blogs was compiled in another page called "Colours of Life".

Thank you for being with me all these while.
I truly appreciate your supports.

Warmest regards,
Rose

Monday, 26 November 2012

Pulut Inti


                                                PULUT INTI

Salam sekali lagi buat semua,
Nak buat pulut inti? Kebanyakan orang tahu nak buat pulut ni. Senang juga kan?
Tapi mak cik Rose masukkan jugak untuk anak-anak yang baru mula belajar memasak.



Untuk pulut kita perlu ada steamer, sedikit garam dan santan.
(Mak cik Rose buat  1/2 kilo pulut pakai santan dua ringgit, jadi kalau sekilo pakai 4 ringgit. Kalau nak lemak lagi,tambah lagi sukatan santan)

Cara membuatnya, seeloknya pulut direndam dulu lebih kurang 2 atau 3 jam sebelum, supaya cepat masak bila di kukus.

Okay, panaskan air dalam steamer kita dulu. Biar sampai mendidih. Api sederhana.
Lepas tu, masukkan beras pulut kedalam steamer dan tutup rapat. Biarkan selama 20 minit.
Angkat dan keluarkan sekejap.
 Ambik santan anggaran dua ringgit
Gaulkan dengan pulut sehingga sebati.
Setelah tu, masukkan lagi sekali kedalam steamer dan biarkan lagi selama lebih kurang 10 minit.
Buka tudung dan rasa sikit. Kalau dah tak rasa berbiji, kira masaklah tu.
Senang dak?



Ni pulut kita yang dah siap.
Okay, sekarang kita nak buat inti kelapa dia pulak.

Bahan utk inti :
Kelapa parut yg tak berkerak ( beli yg RM2.00)
Gula putih 3 sudu besar
Gula merak tiga sudu besar
Sikit garam
Sikit tpg gandum
1/2 gelas air

Masukkan kesemua bahan kedalam kuali kecil dan juga setengah gelas air.
Masak sehingga kedua-dua jenis gula hancur.
Sekarang taburkan sedikit tepung gandum (supaya inti melekat) dan kacau lagi.
Biar sehingga air kering, baru angkat.

Dah pun siap pulut inti kita.


Rose
27th.Nov '12

PACERI TERUNG


                                              PACERI TERUNG

Selamat petang semua,

Dah banyak hari jugak tak update blog masak ni. Hari ni saya buat paceri nenas/terung.
Ikut selera masing-masing, boleh tukar terung dengan nenas ke atau yang lain-lain.

Bahan yang diperlukan untuk menumis:
Bwg merah/bwg putih/halia/daun kari
Kulit k.manis/bunga cengkih/bunga lawang dan buah pelaga

Untuk pes rempah :
3 sudu makan rempah daging (utk 6 orang makan)
1 sudu besar (jangan terlalu penuh) udang kering yang di tumbuk
2 sudu besar kerisik
(semua di gaul sebati dengan air)
2 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
sikit garam
Santan RM1.00 (ambik separuh)

Kita mula masak :

Mula-mula tumiskan bahan-bahan tumis seperti yg ditulis diatas.
Biarkan sehingga agak kuning

Kemudian masukkan rempah yang telah digaul dengan air (air anggaran 3/4 cawan) dan kerisik.
Potong terung dan dibelah dua. Masukkan terus kedalam rempah tadi. Kalau ada nenas, masukkan sekali.
Tutup periuk dan biarkan sehingga pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, bolehlah dimasukkan santan dan garam.
Terakhir masukkan gula putih dan gula merah secukup rasa.


Tunggu sehingga kuah mula mendidih dan memekat. Tutup api dan dah boleh di angkat.
Ini lah paceri terung yang dah siap untuk dimakan.

Nota: Ikut selera kita, kalau nak manis boleh lebihkan gula.
          Begitu juga dengan terung, kalau suka 3/4 masak,terung tadi boleh dimasukkan selepas rempah pecah minyak.


Rose
20th.November '12

Kurma Daging


                                                     KURMA DAGING

Assalamualaikum semua,

Dah agak lama mak cik Rose tak update blog masak ni. Minta maaf, agak sibuk seminggu dua ni.
Cuti sekolah dah mula, jadi ramai ada kat rumah. Hari ni mak cik Rose masak kurma daging. Boleh makan dengan nasi minyak.
Jom kita masak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
*Daging 1/2 kilo dipotong kecil (cukup untuk 6 atau 7 orang makan)
  (Daging ni mak cik Rose rebus dulu 3/4 suku masak)
* Bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
* Kulit kayu manis, bunga cengkih/ bunga lawang, buah pelaga dan daun kari
* Ubi kentang yang dipotong kecil
* Santan ( ambil separuh dari santan seringgit yang kita beli kat market
* Rempah kurma ( satu bungkus setengah) bungkus kecil dicampur air
* Kerisik (anggaran 1 sudu besar)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh ajinomoto
1 keping asam keping
1 labu bwg besar dibelah empat
1 cili hijau dibelah dua


 Mula-mula, seperti biasa, kita tumiskan dulu kulit kayu manis, bunga cengkih/lawang, buah pelaga dan daun kari.
Bila dah naik bau, kita masukkan bwg putih/merah dan juga halia.
Bila dah sedikit kuning, masukkan pula rempah kurma yang dah dicampur kerisik tadi bersama dengan daging dan ubi kentang.

Biarkan sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan lagi air dan biarkan sehingga empuk.
Sekarang bolehlah dimasukkan santan. Kacau biar rata.

Masukkan pula garam, sedikit ajinomoto dan sekeping asam gelugur.
Biarkan sekejap. Masukkan bawang besar (bawang besar dibelah empat) dan cili hijau.
Biarkan sehingga mendidih dan bolehlah ditutup api.


Dah siap menu hari ini, kurma daging bersama nasi minyak.

Petua hari ni : Daging boleh direbus sehari sebelum memasak dan simpan didalam peti sejuk. Rebus anggaran 3/4 empuk dan simpan bersama airnya. Bila kita nak masak bolehlah digunakan dengan airnya sekali dan ini akan membuat kuah kita menjadi lebih sedap. 

Rose
13th.Nov '12

Ayam Pandan


                                                     AYAM PANDAN

Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca blog mak cik Rose,

Tadi tengahari mak cik Rose buat ayam pandan. Saja nak tukar selera. Ada banyak versi dan cara untuk membuat ayam pandan ni.
Jom kita cuba buat.
Bahan-bahan diperlukan :





STEP 1:
Ayam yang dirincik halus (lebih kurang 7 ketul sederhana besar - isi sahaja)
Bawang putih di rincik halus
Daun kari dan daun ketumbar yang dipotong halus

* 1 sudu teh serbuk ketumbar * 4 sudu teh serbuk cili * Sedikit serbuk kunyit
* 1 sudu teh serbuk jintan manis * 2 sudu teh minyak bijan
* Garam , gula dan lada putih  
(Semua bahan diatas di gaulkan sekali kedalam ayam tadi dan di perap untuk 40 min)

STEP 2:
Ambil daun pandan yang berdaun lebar dalam 10 helai.


Buka daun pandan macam nak buat ketupat pulut dan masukkan perapan ayam tadi kedalam balutan pandan itu.
Cucuk dengan lidi kecil supaya tak terbuka.
Sekarang bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana panas.
Ayam pandan ni boleh makan begitu saja ataupun dengan sos siam pun sedap.


Kalau api terlalu pelan, ayam jadi lembik macam tak masak tetapi kalau api terlalu besar pulak takut tak masak didalam.

** 7 ketul ayam tadi boleh dapat lebih kurang 12 ayam pandan.

Petua masakan : Gula boleh diganti daripada menggunakan Aji No Moto.



Rose
2-11-2012

Ayam Masak Jintan


                                             AYAM MASAK JINTAN

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ayam dipotong mengikut kesukaan kita



Bawang merah dan bawang putih ,Halia
6 ~ 7 Cili kering yang disangai  (Jangan terlalu hitam)               
( Bahan-bahan ni di kisar)



1/2 sudu makan serbuk jintan putih, 
1/2 sudu makan serbuk jintan manis ,
1 sudu teh serbuk ketumbar
(Semua bahan ni di  perap bersama ayam selama lebih kurang 40 min)
Setelah di perap goreng ayam separuh masak dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan lain yg diperlukan :
Santan (suku cawan)
3/4 sudu makan serbuk kari daging (campur dengan 1 cawan air),
kerisik 1 sudu besar,
bawang goreng 1  1/2 sudu besar,
1 s/t serbuk buah keras
6 ~ 7 biji  s/t serbuk almond (yang disangai terlebih dulu)
garam, sedikit gula
Daun kari

Cara menyediakkannya :
Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi.
Bila dah agak kuning masukkan pes rempah daging, serbuk buah keras dan juga serbuk almond..
Biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam yang diperap tadi dan satu cawan air.
Sekarang masukkan garam dan  sedikit gula.
Biarkan sehingga ayam hampir empuk. Masukkan pula santan suku cawan.

Bila dah hampir masak, masukkan bawang goreng dan daun kari kedalam kuah tadi dan kacau rata.


Biarkan sehingga agak kering dan bolehlah diangkat.

Saya taburkan sikit biji bijan yang disangai untuk menaikkan bau.

Petua memasak :
 i)Jangan panik kalau terlebih air didalam sesuatu masakan berkuah seperti kari atau  lain-lain.
Besarkan api dan biar kuah itu kering dengan sendiri. Cuma kalau ada ikan atau sayuran, 
keluarkan dulu supaya tak terlebih masak. Kalau daging atau ayam boleh dibiarkan sebab  
lambat sikit nak empuk.
ii) Jangan terlalu bergantung kepada resipi yang ada. Ikut kreativiti kita. 

Rose
30th.Oct '12

AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN


                             AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN

Assalamualaikum semua,

Tengahari ni mak cik Rose tak masak sebab tinggal kami 2 beranak ja kat rumah. Jadi dah agak free sikit, buat ja lah sikit agar-agar yang simple ni untuk dessert.
Untuk anak-anak  yang tinggal jauh dari keluarga, cubalah buat kat asrama ke, dorm ke, mana-mana sajalah.

Kita perlukan:
1 packet agar-agar (macam gambar dibawah)
Air (ikut ukuran plastik)
1/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
sikit garam
1/2 cawan santan
Sebiji telur.



1) Mula-mula basuh agar-agar tu dulu. Lepas tu, masukkan kedalam periuk dan masukkan air. (ukuran air ikut plastik agar-agar tu tadi. Isikan air dalam plastik agar2 tu sampai hampir penuh, jangan terlalu penuh)
***Nota : Kalau pakai separuh saja agar2 tu, air pun separuh plastik saja.

2) Di dapur berasingan masakkan gula merah dengan sedikit air. Bila gula dah pecah dan cair, tapis dan tuangkan kedalam periuk agar-agar tadi. (Ingat, jangan terlebih air semasa masak gula merah tadi)




Bila dah mendidih, masukkan gula putih dan biarkan mendidih lagi. Tadi mak cik Rose saja tambahkan sikit nescafe dlm satu setengah sudu teh untuk menaikkan lagi rasa agar-agar ni.
Ikut hati kita lah..kalau kita nak tambah perisa apapun boleh, janji makan.


 Setelah tu masukkan santan yang dah dipukul dengan telur tadi dan juga sedikit garam.




Biarkan lebih kurang 1 minit kemudian tutup api. Sekarang  bolehlah masukkan kedalam acuan yang sedia ada.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan voila...

Rose
26th.Nov '12

BUTTERED CHICKEN


                                         BUTTERED CHICKEN

Salam semua,
Kemarin mak cik Rose masak ayam butter. Sebelum ni pun dah buat tapi versi India. Depa kat rumah tak berapa suka. Dia orang kata rasa macam kari sikit. Kalau stail melayu dia orang pakai cili api.
So, selepas try 2 tiga kali, mak cik rose came up with this. Campur India dan melayu, kiranya fusion la ni.

Jom sama-sama kita tengok apa yang diperlukan.

Kita perlukan  4 ketul ayam,  4 (potong dadu dlm 2 inci )butter, 3 sudu makan whipping cream, 4 sudu makan yogurt, serbuk cili, bawang putih yang di rincik halus, garam, daun kari dan susu cair.

Okay, mula-mula kita perapkan ayam dulu dengan whipping cream, yogurt, daun kari dan serbuk cili (ikut kalau nak pedas boleh lebihkan.) Mak Cik Rose pakai 3 sudu makan serbuk cili. Biarkan ayam tu lebih kurang 2 jam.

Selepas 2 jam bolehlah dipanggang atau digoreng ayam tadi tiga suku masak. Angkat dan letakkan di tepi  dulu.
Lepas tu dalam kuali berasingan saute kan bawang putih dengan 2 ketul butter. Jangan biar sampai kuning. Masukkan ayam yg dah digoreng bersama dengan lebihan perapan ayam tadi. Masukkan air dalam 1 cawan beserta dengan susu cair dalam suku cawan.

Biarkan ia menggelegak, kemudian masukkan garam. Biarkan sehingga kuah agak pekat barulah diangkat.

Dah pun masak. Senang saja kan? Sedap pulak tu. Ayam ni kalau makan dengan nasi minyak ataupun roti naan ke, capati ke, baru masuk.
Cubalah.. nanti bagi komen sedap ke kurang sedap, okay?

Rose
19th.Oct '12

Egg Tart


                             EGG TART ( TART TELUR)

Siapa suka makan tart ni? Sekarang ni kalau kat bakery shop, dah mahal juga. Kalau kat Langkawi sebutir kalau tak silap RM2.50.
Jadi jom kita cuba buat. Tak elok sangat macam kat kedai pun tak pa, selalu2 kita buat lama-lama jadi cantiklah.

Bahan untuk pastri : 230gm tepung gandum (kalau 1 kg punya tepung tu, anggaran 1/4 )
                               Separuh drp butter yg selalu kita beli tu ( 1buku selalunya 250gm)
                               50gm gula icing, 1 biji telur (dipukul sikit) dan sedikit vanilla essen.

Untuk kastad dia pulak : 3 biji telur, 100gm gula kastor, 220 gm air panas (mendidih)
                                      80 gm whipping cream dan sikit esen vanila

    Untuk Pastri
Mula-mula untuk buat pastri dulu :

1) Pukul butter dengan gula sampai fluffy dan warna agak keputih putihan.(butter mesti dikeluarkan dari peti sejuk  dulu dan biarkan lembut)
2) Masukkan telur yang tadi sikit sikit. Pukul lagi.


3) Sekarang masukkan pula tepung gandum sikit-sikit. Mix lagi.
    Masukkan juga esen vanila tadi. Adunan akan jadi macam gambar di atas.


4) Uli menjadi doh. Rehatkan tepung doh ni selama lebih kurang 40 min dengan membungkusnya dalam wrapping plastic.
Keluarkan dari peti sejuk. Sekarang bolehlah kita gelekkan ia anggaran setebal 1 inci dan potong bulat. (mak cik rose pakai mug saja buat pengukur)


5) Ambil potongan tadi dan tekapkan kedalam acuan seperti gambar diatas. Tekapkan sehingga doh rapat kesemua bahagian.

     Untuk kastad:
1) Masukkan gula kedalam air tadi dan kacau sehingga gula hancur.
2) Didalam mangkuk berasingan pukul sebentar saja telur dan susu cair.
3) Setelah tu, campurkan sekali No 1 dan No 2.

Sementara itu, panaskan oven sehingga ke 200C.
Sekarang tuangkan kastad kedalam acuan kita. Hati-hati, jangan terlalu banyak.
Bila oven dah panas, kurangkan darjah ke 170C dan sekarang bolehlah di masukkan acuan kita kedalam.
Bakar dulu dalam sepuluh minit dan jenguk kalau tepi pastri kita dah agak perang kita slowkan lagi oven tadi dalam 150 dan bukakan sikit pintu oven untuk tidak terlalu panas.


 See..dah pun masak. Sedap tau. Mesti cuba kat rumah. Tak cantik sangat pun tak pa janji kita buat sendiri.

Nak tau kastad tadi masak ke tak, cucuk dengan garpu, kalau tak melekat digarfu kira dah masak lah tu.

Selamat mencuba..
Rose
17th.Oct '12

DAGING BLACK PEPPER DAN SALAD WRAP


                              DAGING BLACK PEPPER DAN SALAD WRAP



Salam semua,
Malam tadi anak mak cik Rose,Sophie dia buat makan malam yang simple sangat dan sedap.
Rasanya anak-anak bujang kita yang duduk jauh dari keluarga pun boleh buat. Jom kita buat sama-sama.


Mula-mula kita beli kulit (wrap) dia dulu. Boleh dapat kat mana-mana supermarket.
 Lepas tu, kita beli daging cincang 1 bungkus.  (lagi banyak inti dia lagi sedap, ya dak?)
Daging ni kita masak dengan black pepper sauce. (yang ni pun senang nak dapat kat frozen shop)
Tak payah masukkan apa-apa lagi dah. Biarkan mendidih. Tutup api.
 Ini rupa daging cincang tadi yang dah dimasak dengan black pepper sauce.
Sudah tu, kita siapkan pulak salad dia. Ikut suka kita nak masukkan sayur apa. Diatas, adalah antara sayur yang Sophie pakai untuk masakan dia.

Bila dah siap semua tu, panaskan wrap tadi kedalam oven untuk 1 minit. Keluarkan, kemudian masukkan daging dan salad tadi kedalam wrap dan gulung. Dah siap untuk dimakan.

Sorry, makcik terlupa nak ambik gambar daging black pepper yang dah siap. Tapi tentu semua dah tahu macam mana nak buat kan?
Selamat mencuba..

Rose
14th.Oct '12

Chili Crab


                                                            CHILI CRAB

Selamat tengahari dan salam buat semua,

Mak Cik Rose baru selesai masak untuk tengahari ni. Hari ni buat kari daging sikit, goreng ikan, last sekali tengok ada ketam sikit lagi dalam fridge terus capai dan masak Ketam Bercili.

Jom cuba masak ketam bercili ni.
Kita perlukan :
Ketam (kuantiti ikut keperluan rumah kita)
bawang putih
halia
cili merah 4 biji ( dikisar)
setengah sudu besar serbuk kari daging
sikit daun kari
1 biji telur (telur putih saja) 
4 sudu makan sos cili.
sikit garam

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, halia yang dah dihiris dan daun kari. Biarkan kuning sikit.



2) Masukkan cili merah yang dah di kisar tadi bersama-sama dengan serbuk kari tadi. Biarkan sampai agak pecah minyak. Lepas tu, masukkan ketam-ketam bersama dengan segelas air untuk mendapatkan kuah yang lebih.

3) Bila dah agak pekat, masukkan sos cili lebih kurang 4 sudu besar dan juga garam.
4) Terakhir, masukkan telur putih dan kacau cepat-cepat. Jangan biar ia berketul disatu tempat. 
    
Taa..Daa..Dah siap untuk di makan Chili Crab kita. 

Rose
6th.Oct '12

Ayam Kicap


                                                        AYAM KICAP

Hello dan salam buat semua,

Jangan buat muka terkejut bila tengok caption kat atas! Kenapa mak cik Rose buat masak kicap? Tak pa lah. Kali ni kita masak masakan yang sangat simple sebab kadang-kadang anak-anak kita yang dok belajar kat luar negara ka, kat college mana-mana ka, teringin nak masak masakan rumah, jadi kalau boleh masak yang simple macam ni, bolehlah jugak dia orang masak kan?

Okay, first kena ada ayam-lah ( 4 ketul) sebab nama pun ayam kicap..Ayam ni ikut suka kita nak potong macam mana. Goreng separuh masak dan letak sebelah dulu.

3 ulas bawang putih dicincang halus
Sikit halia yang dihiris nipis
Suku cawan kicap manis
3 sudu besar sos tiram.
1/2 cawan air
Lagi, kita perlukan sedikit garnishing macam tomato yang di potong kiub, bwg besar, cili merah dan lada hitam (serbuk kasar).

Right, sekarang kita masak.
Mula-mula, masukkan sedikit minyak masak dan panaskan.
Kemudian tumis dulu cili merah untuk keluarkan kepedasan dia (sekejap saja). Lepas tu masukkan bwg putih dan halia dan saute lagi sampai lembik.
Masukkan kicap manis tadi dalam anggaran 4 sudu besar bersama dengan air.
Ayam yang digoreng separuh masak tadi, bolehlah dimasukkan sekali.
 Seterusnya masukkan pula sos tiram juga dalam anggaran 3 sudu besar.  Masak  dengan api sederhana. Biarkan ia mendidih perlahan2. Jgn bubuh garam sbb sos tiram tadi dah cukup masin.
Terakhir, masukkan sedikit serbuk lada hitam dan juga tomato dan bawang besar.
Biarkan sampai kuah menjadi agak kering dan pekat.


Dah pun boleh diangkat dan makan. Hiaskan dengan daun ketumbar dan apa-apa jua yang anda inginkan.

Rose
6th.Sept '12