Blogger templates

Monday, 26 November 2012

GULAI IKAN MASIN


  GULAI IKAN MASIN

Salam Ramadhan buat semua,


Bahan-bahan yang diperlukan :

6 ketul ikan talang masin,
2 sudu besar rempah ikan,
sikit bwg merah/putih, halba campur,
6 cili kering disangai,
50gm santan,
1 biji terung dibelah 2,
beberapa urat kacang panjang,
separuh buah nenas dihiris nipis.
1 sudu teh gula

Mula-mula rendam dulu (ikan talang masin) untuk mengurangkan rasa masin yang berlebihan.

Sekarang kita mula memasak:

Ambil rempah ikan dan gaulkan dengan segelas air utk jadikan pes.
Masak rempah ini diatas api sederhana. Ubi kentang dan terung, eloklah dimasukkan sekali (supaya cepat empuk)
Biarkan selama lebih kurang 7 minit.


** Nota: Rempah tidak akan pecah minyak sebab kita tak masukkan minyak untuk menumis

Setelah itu, masukkan ikan masin tadi bersama-sama dengan nenas dan kacang panjang. Juga masukkan santan.

Cuba rasa samada kuah kita dah cukup masin. Kalau kurang masin, bolehlah ditambah sikit garam. Masukkan juga sikit gula.
Biarkan mendidih.  Tutup api.



Di kuali berasingan, goreng bwg merah, bwg putih,halba campur dan daun kari semua sekali.
Bila dah kekuningan angkat dan terus masukkan kedalam periuk gulai tadi. Selepas dituang masuk, tutupkan periuk dengan penudungnya. Ini dinamakan tumis darat.

Gulai ikan kering kita dah siap di masak.

Rose 
21st.July '12

3 comments:

  1. Oyh, ini gulai ikan masin - tumis daratnamanya...mmm.sedap mmg favorite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tumis darat. Sapa ni, tak bagi nama pun.

      Delete
    2. Kawan lama masa sekolah dolu dolu...x ingat ka..ya la mana nk ingat masa sekolah dulu saya ni x glamor..plajaran pun x sehebat rkan2 yg lain...

      Delete