AYAM MASAK JINTAN
Bahan-bahan yang diperlukan :
Ayam dipotong mengikut kesukaan kita
Bawang merah dan bawang putih ,Halia
6 ~ 7 Cili kering yang disangai (Jangan terlalu hitam)
( Bahan-bahan ni di kisar)
1/2 sudu makan serbuk jintan putih,
1/2 sudu makan serbuk jintan manis ,
1 sudu teh serbuk ketumbar
(Semua bahan ni di perap bersama ayam selama lebih kurang 40 min)
Setelah di perap goreng ayam separuh masak dan ketepikan dulu.
Bahan-bahan lain yg diperlukan :
Santan (suku cawan)
3/4 sudu makan serbuk kari daging (campur dengan 1 cawan air),
kerisik 1 sudu besar,
bawang goreng 1 1/2 sudu besar,
1 s/t serbuk buah keras
6 ~ 7 biji s/t serbuk almond (yang disangai terlebih dulu)
garam, sedikit gula
Daun kari
Cara menyediakkannya :
Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi.
Bila dah agak kuning masukkan pes rempah daging, serbuk buah keras dan juga serbuk almond..
Biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang diperap tadi dan satu cawan air.
Sekarang masukkan garam dan sedikit gula.
Biarkan sehingga ayam hampir empuk. Masukkan pula santan suku cawan.
Bila dah hampir masak, masukkan bawang goreng dan daun kari kedalam kuah tadi dan kacau rata.
Biarkan sehingga agak kering dan bolehlah diangkat.
Saya taburkan sikit biji bijan yang disangai untuk menaikkan bau.
Petua memasak :
i)Jangan panik kalau terlebih air didalam sesuatu masakan berkuah seperti kari atau lain-lain.
Besarkan api dan biar kuah itu kering dengan sendiri. Cuma kalau ada ikan atau sayuran,
keluarkan dulu supaya tak terlebih masak. Kalau daging atau ayam boleh dibiarkan sebab
lambat sikit nak empuk.
ii) Jangan terlalu bergantung kepada resipi yang ada. Ikut kreativiti kita.
Rose
30th.Oct '12
No comments:
Post a Comment