Blogger templates

Monday 26 November 2012

Puding Jagung


Assalamualaikum buat semua,

                                                          PUDING JAGUNG

Dah banyak kali kita masak lauk pauk untuk makan tengahari kan? Hari ni, jom kita buat
pencuci mulut yang amat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan. Resipi mudah ni khas untuk orang-orang bujang nak sediakannya dibulan puasa yang akan datang.

Bahan yang perlu ada cuma susu cair, jagung berkrim, gula dan tepung kastard dan sikit garam.


Mula-mula, masukkan susu cair setengah tin bersama gula sebanyak 3~ 4 sudu besar. (tak perlu banyak gula sebab jagung berkrim tu dah manis)
Kacau sehingga gula larut. Kemudian masukkan tepung kastard lebih kurang dalam 4 sudu besar. Apabila puding tadi mula mengental, masukkan 1/2 gelas air.
Garam tadi boleh dimasukkan tapi sikit saja, hanya untuk menaikkan rasa puding itu.

Kacau tanpa henti. Puding kita akan mula mengental lagi, sekarang masukkan jagung berkrim tadi dan kacau lagi sehingga mendidih.
Kemudian bolehlah ditutup api dan masukkan ke dalam bekas.

Biarkan ia menjadi suam kemudian barulah dimasukkan kedalam peti sejuk.
Ehmm..sedap dimakan waktu tengahari.

* Nota: Tepung kastard boleh dilebihkan sekiranya anda suka puding yang lebih kental (iaitu yang boleh dipotong menjadi kepingan)

Rose
26/11/12

No comments:

Post a Comment