Salam buat semua,
NASI AYAM
Tengahari kemarin, mak cik Rose rajin sikit, so buat nasi ayam sebab semua ada kat rumah.
Masing-masing tentu ada cara tersendiri menyediakan nasi ayam.
Di bawah adalah Nasi Ayam yang selalu mak cik Rose sediakan di rumah.
Mula-mula ambil ayam yang telah dicuci rebus separuh masak (ayam juga boleh dikukus) Ikut cita rasa masing-masing.
Setelah hampir sejuk, perapkan ayam bersama dengan bawang merah/bwg putih dan sedikit halia (yang telah dimesin), sos tiram, lada sulah, sedikit madu dan sedikit minyak bijan.
Biarkan lebih kurang 40 minit.
Setelah 40 minit, ayam tadi bolehlah digoreng atau dipanggang.
Sementara itu, mesin cili merah (6 biji dan bawang putih 5 ulas) dan ketepikan.
Air rebusan ayam tadi jangan di buang. Gunakan untuk memasak nasi dan selebihnya untuk sup.
i) Untuk mendapat nasi yang kekuningan masukkan setengah sudu kecil kunyit kedalam beras. Biarkan sekejap.
Kemudian ambil air rebusan ayam tadi dan masukkan kedalam rice cooker bersama beras tadi dan masukkan juga stok pati ayam (maggi). Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
Biarkan nasi tadi kering dan dibiarkan sekejap sebelum mengacaunya.
ii) Untuk sos cilinya pula, panaskan kuali kecil. Masukkan sedikit air rebusan ayam tadi (dalam 3 sudu besar) dan campurkan dengan cili merah dan bawang putih yang telah dimesin tadi. Sedikit garam. Biarkan ia mendidih. Setelah itu, masukkan 4 sudu besar sos Thai. Kacau lagi dan biarkan ia mendidih dan menjadi sedikit pekat. Kemudian barulah diangkat.
iii) Untuk sos kicapnya pulak, kita guna lebihan dari perapan ayam tadi ditambah dengan sedikit kicap manis, lada hitam dan sedikit lagi sos tiram. Tambahkan air biar sedikit cair. Selepas itu masaklah sehingga sos kicap agak pekat.
Sup bolehlah direneh seperti biasa.
Photos by Ariff Ismail. https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts |
Photos by Ariff Ismail https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts |
Selamat menjamu selera.
Rose
8th.July '12
No comments:
Post a Comment