Blogger templates

Monday 26 November 2012

SUP TULANG


                                         SUP TULANG

Salam buat semua,

Tadi lunch makcik/mami Rose masak sup tulang dengan Ikan Sweet and Sour. Jadi sekarang, mai sama-sama kita cuba masak.

Untuk sup tulang, kita perlukan tulang lembu. Bahan-bahan nya pula ialah, bawang putih/halia, (dihiris) serai( diketok),bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis.
Okay,mak cik nak pesan disini, bila masak sup, tak payah tumis sebab minyak dari daging tu sendiri akan keluar dan menjadi minyak. Jadi pemakanan kita lebih sihat.



Mula-mula, selepas tulang dah dicuci, masukkan kedalam periuk bersama air. (air mesti lebih dari daging/tulang) Jangan risau jika kita terlebih air sebab tulang tadi harus dimasak lama. Masukkan satu sudu rempah kurma. 


Setelah itu, masukkan semua bahan berwarna merah diatas. Biarkan anggaran 45 minit. Masa ni sup dah pun mendidih, jadi apa-apa bahan tambahan yang nak kita masukkan dah boleh dimasukkan. Seperti garam secukup rasa, sedikit perisa, satu sudu kecil asam jawa dan kalau nak pedas, patah-patahkan cili api lebih kurang 6 biji dan sedikit lada hitam.

Renehkan sup sehingga daging tanggal dari tulang menandakan sup tadi dah sedia untuk dimakan. Potong daun sup dan taburkan kedalam sup tadi.

Cara memasak supni ada bermacam-macam. Kalau kita nak jenis jernih, tak payah masukkan rempah kurma. Cukup dengan air saja. Kalau kita tak nak pedas, jangan masukkan cili,cukup dengan serbuk lada dan begitulah seterusnya. Kita ikut kreativiti sendiri. Tak perlu seratus peratus ikut resipi yang disediakan.

Mak Cik Rose
22hb.June '12

No comments:

Post a Comment