Blogger templates

Monday 26 November 2012

Ayam Pandan


                                                     AYAM PANDAN

Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca blog mak cik Rose,

Tadi tengahari mak cik Rose buat ayam pandan. Saja nak tukar selera. Ada banyak versi dan cara untuk membuat ayam pandan ni.
Jom kita cuba buat.
Bahan-bahan diperlukan :





STEP 1:
Ayam yang dirincik halus (lebih kurang 7 ketul sederhana besar - isi sahaja)
Bawang putih di rincik halus
Daun kari dan daun ketumbar yang dipotong halus

* 1 sudu teh serbuk ketumbar * 4 sudu teh serbuk cili * Sedikit serbuk kunyit
* 1 sudu teh serbuk jintan manis * 2 sudu teh minyak bijan
* Garam , gula dan lada putih  
(Semua bahan diatas di gaulkan sekali kedalam ayam tadi dan di perap untuk 40 min)

STEP 2:
Ambil daun pandan yang berdaun lebar dalam 10 helai.


Buka daun pandan macam nak buat ketupat pulut dan masukkan perapan ayam tadi kedalam balutan pandan itu.
Cucuk dengan lidi kecil supaya tak terbuka.
Sekarang bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana panas.
Ayam pandan ni boleh makan begitu saja ataupun dengan sos siam pun sedap.


Kalau api terlalu pelan, ayam jadi lembik macam tak masak tetapi kalau api terlalu besar pulak takut tak masak didalam.

** 7 ketul ayam tadi boleh dapat lebih kurang 12 ayam pandan.

Petua masakan : Gula boleh diganti daripada menggunakan Aji No Moto.



Rose
2-11-2012

No comments:

Post a Comment