Assalamualaikum semua,
Dalam peti sejuk saya, masih banyak lebihan dark coklat dan single cream yang saya buat cracker coklat hari tu. Jadi daripada membazir, baik saya buat sikit dessert yang saya pasti ramai yang akan sukakannya.
Resipi ni saya ambil dari blog yang sama iaitu taste.com.au
Ada sikit persamaan dengan creme brulee. Kalau creme brulee pakai fresh cream whereas coklat kastad ni pakai single cream. Creme brulee pakai gula putih, yang ni pakai gula merah. Lain-lain bahan tu lebih kurang sama ja.
1 cawan susu segar
1 cawan pouring cream atau single cream
100gm dark coklat,pecahkan kecil2
4 kuning telur
1/3 cawan gula perang
1 sudu teh vanilla extract
** Kalau tak ada single cream, saya rasa fresh cream pun boleh sebab creme brulee menggunakan fresh cream. Cuma kurangkan sikit kuantitinya menjadi 3/4 cawan instead of 1 cawan.
Panaskan oven pada suhu 150 darjah celsius.
Masukkan susu dan cream kedalam saucepan dan masak pada suhu sederhana.
Kacau jangan henti selama lebih kurang lima minit. Bila nampak ada bubble kecil dah keluar, tutup api.
Sekarang masukkan kepingan coklat dan kacau sehingga licin dan halus.
Satukan kuning telur, gula perang dan vanilla extract kedalam mangkuk . Kemudian tuangkan campuran ini kedalam campuran susu dan cream di atas. Guna whisker atau pemukul telur dan whisk semua bahan ini menjadi licin halus dan sekata. Tangan harus cepat sebab kalau kita lambat takut telur kuning tu jadi telur dadar pulak.
Sekarang sediakan mangkuk kecil (yg tahan panas) atau ramekin.
Ini bekas ramekin. Kalau tak ada bekas ni cari bekas yang tahan haba oven . |
Ceduk sikit adunan coklat tadi dan masukkan kedalam ramekin. Jangan terlalu penuh.
Letak satu pelapik atau dulang yang agak dalam didalam oven dan isikan sikit air panas mendidih.
Sekarang letak ramekin kedalam dulang ini.
(Anggaran air didalam dulang ialah separuh dari bekas ramekin itu.)
Bakar selama lebih kurang 45 minit. Jangan di tutup ramekin itu.
masih agak runny sebab baru masak. |
Bila dah masak keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian masukkan dalam peti sejuk.
Saya buat malam tadi, masih panas.
Hari ni bila keluarkan dari peti sejuk dan saya makan sikit, tersangatlah sedapnya sebab dah jadi kastad dan sejuk pula.
Coklat kastad ni juga boleh disajikan dengan buah-buahan segar atau buah dalam tin.
Salam dari saya,
Rose
28th.Nov '13
No comments:
Post a Comment