Baru-baru ni saya buka satu blog Australia ni: taste.com.au, ada resipi coklat yang menarik perhatian saya.
Agak susah nak faham apa yang dia tulis tapi nasib baik anak teruna saya, Ariff, ada di rumah hari tu. Jadi dia tolong bagi tau apa yang patut di buat. Sebelum ni, tak pernah sekali pun dia buat kek atau cookies kat rumah walaupun itu memang kerja dia di hotel.
Saya ubah sikit2 untuk bagi senang kita nak buat.
Bahan bahan yang diperlukan :
Golden syrup dan single cream |
125gm single cream ataupun pouring cream
1 potong dark cooking chocolate
(kedua-dua bahan utk coklat ganache)
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan golden syrup
1 sudu makan butter
(ketiga-tiga bahan untuk lapisan manis)
120gm butter (di cairkan)
1 packet cream cracker (dihancurkan)
(kedua-dua bahan untuk biskut rapuh)
--------------------------------------------------------------------------------------
saya sengaja pakai cream crackers ni sebab nak contrast kan rasa coklat dan susu yang sangat manis. |
Pakai sepotong saja dah cukup |
Coklat ganache |
Buka api perlahan. Masukkan coklat tadi bersama dengan separuh dari single krim (125gm). Kacau jangan henti sehingga coklat cair dan halus. Tuangkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
Untuk membuat manisan susu pekat pula, masukkan susu pekat, golden syrup dan 1 sudu butter dan masak atas api perlahan sampai butter cair dan semua mixture menjadi sebati. Tuangkan kedalam mangkuk dan biarkan sejuk.
Sekarang nak bakar biskut pulak. Mula-mula panaskan oven kita pada 170celsius.
Pada masa yang sama juga, ambil cream cracker yang dihancurkan tadi dan campurkan dengan butter yang kita cairkan tadi. Gaul rata.
Ambil acuan muffin dan letakkan cup cake liners kedalam acuan (utk mengelakkan dari melekat).
Sekarang ambil adunan crackers tadi dan masukkan kedalam acuan dan tekan kesemua bahagian base/bawah dan tepi.
**Ingat ya, biskut rapuh ni memang betul-betul rapuh. Pegang kuat sikit dah berderai.
Ada satu adunan tu, saya campurkan dengan sikit putih telur utk melekatkan adunan.
Biskut yg dah dibakar. Senang berderai. Mesti dimasukkan ke peti sejuk dulu |
Bakar selama lebih kurang 7 ~ 8minit. Biskut akan menjadi kekuningan seperti diatas. Masukkan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam dulu.
Keluarkan biskut dari peti sejuk. Sekarang masukkan manisan susu/golden syrup tadi (anggaran 1 sudu makan setiap bekas) dan biarkan dulu. Jangan dimasukkan coklat ganache dulu. Lebih elok kalau disimpan didalam peti sejuk selama 20minit.
Selepas 20 minit keluarkan semula dari peti sejuk dan sekarang bolehlah di siram dengan coklat ganache kedalam biskut cracker kita.
Lagi sekali, masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan selama 20 minit. Sekarang barulah boleh dimakan.
https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts pictures by Ariff Ismail |
Sangat sedap! Bahan-bahan yang harus digunakan agak mahal tapi kita boleh simpan untuk masakan lain seperti single cream tadi tu boleh kita gunakan untuk membuat pasta sauce. Coklat pula memang banyak kegunaan dia.
Anggaran cost :
Cooking coklat : RM 3.00 (pakai separuh )
Single cream : RM 4.50 ( " " )
Cream cracker :
Butter : RM 4.00
Lain-lain bahan : RM 3.00
Jumlah RM 14.50
(Boleh dapat 12 biskut)
Rose
19/11/13
No comments:
Post a Comment