Dah lama tak nampak kerang kat pasar. Kerang yang dah siap di kopek ada la. Tapi saya tak berapa gemar sangat kerang tu.
Jadi, pagi tadi bila nampak kerang , terus saya teringat nak buat kerang rebus dan sos manis. Lama sungguh tak buat sos ni .
Jom kita sediakan bahan-bahannya:
1 kilo kerang (dicuci bersih dan di rebus)
Air hanya separuh dari jumlah kerang di dalam periuk.
Bila kulit kerang dah terbuka, tutup api dan toskan.
Untuk sosnya pula :
air nenas anggaran 1/2 cawan |
3 biji cili kering dan 5 cili api di kisar bersama dgn sedikit air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (saya pakai kipas udang)
3 sudu besar gula merah
2 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan kacang tanah
3 sudu makan minyak masak
sikit garam
Kita mulakan dengan panaskan minyak dalam kuali.
Bila minyak dah panas, tuangkan cili kisar tadi dengan sikit air. Biar sampai air hampir kering dan cili masak.
Sekarang masukkan air nenas tadi beserta dengan sos tiram, kicap manis dan gula merah.
Cuba rasa dulu, kalau dah cukup masin, tak perlu tambah garam.
Terakhir masukkan air asam jawa dan taburkan kacang tanah dan tunggu sehingga sos agak pekat.
Bila dah cukup pekat, bolehlah ditutup api dan biarkan sejuk sikit sebelum di sajikan.
Nota : Sos ni juga boleh dimakan dengan lain-lain pembuka selera seperti rojak buah atau salad.
Anggaran Cost :
Kerang : RM 5.00 sekilo
Nenas : RM 1.00
Lain-lain bahan : RM 2.00
Jumlah RM 8.00 untuk 4 orang
Rose
23rd.Nov '13
No comments:
Post a Comment