Blogger templates

Tuesday, 3 December 2013

Ayam Panggang

Hello semua dan salam dari saya,

Hari ni saya nak share resipi diatas dengan pembaca semua. Tak, tak, ni bukan resipi saya. Ini resipi dari Chef Wan. Hari tu saya tengok dia masak masakan ni nampak sedap. Jadi dua hari lepas tu, saya cuba sendiri kat rumah.
Pada pandangan saya, resipi ni memang resipi yang orang melayu suka sebab semua jenis herba atau rempah ratus ada didalamnya. Bagi saya pula, saya lebih suka masakan yang ringkas dan mudah disediakan.
Apa pun, apa salahnya sekali sekala kita mencuba resipi sebegini untuk majlis keramaian atau menjamu tetamu yang berkunjung kerumah.


Bahan2nya (A):

6~7 biji cili merah
2 hiris lengkuas (hirisan nipis)
sikit halia
5 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
6 biji buah keras
3 helai daun purut (buang tulangnya)
sikit kunyit hidup (dlm 1/2 inci)

(semua bahan A di atas di kisar bersama dgn sedikit air)

Bahan (B) :

Ayam sebelah (dibelah dua lagi) : Kalau ramai dirumah, boleh gunakan ayam lebih lagi
4 sudu besar kerisik
segenggam nenas yang dirincik halus
santan RM2.00
Sikit air asam (ataupun jus limau kasturi)
Garam
sikit gula

2 helai daun pandan (yg dicarik dan disimpul)
2 batang serai yang di titik

Sekarang kita mula masak:


Panaskan minyak didalam kuali besar. Masukkan serai dan daun pandan kedalam kuali.


Bila dah panas, tuangkan bahan2 (A) iaitu bahan2 yg di kisar tadi.
Biarkan sehingga pecah minyak.

Sekarang masukkan ayam tadi dan gaulkan rata.
Kalau kuahnya kurang tambahkan air. Masak atas api sederhana.



Bila dah mula mendidih, tuangkan santan, air asam dan nenas.
Terakhir masukkan kerisik, garam dan gula.

Kuah dah masak dan ayam kita dah separuh masak, tutup api dan angkat ayam keluar dari kuali.
Pada masa yang lain panaskan oven atau pemanggang. Kalau guna oven, panggang pada suhu 160c selama 30 minit.


Sekarang masukkan ayam ke dalam oven dan biarkan sehingga warna keemasan. Jangan lupa terbalikkan ayam setiap 15 minit. Kalau masih kurang masak biarkan sebentar lagi.


Bila dah masak keluarkan dan siram kuah yang kita masak tadi keatas ayam. Ataupun jika suka boleh digaulkan sehingga ayam bersalut dengan kuah tadi. Ikut selera kita.

Disini saya asingkan kuah nya.

Inilah rupa Ayam Panggang Seri Menanti kita.

Rose
3rd.Dec '13

2 comments:

  1. kak rose...
    selalunya sy buat ayam panggang simple2 jek...yg kak rose punya alaaahaiiiiii...macam sedappp jekk...macam best jekkkk...kikiki

    ReplyDelete
  2. yan, resipi ni kak rose tgk chef wan masak hari tu. Itu yang try tu. Banyak kerja tapi sos dia memang sedap sbb semua cukup lengkap..

    ReplyDelete