Tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan pengat pisang. Dulu arwah tok rajin buat pengat pisang ni. Pengat pisang yang saya nak kongsi ni ada sikit kelainan, saya buat kuah santan berasingan. Jadi bagi sesiapa yang menjaga pemakanan bolehlah ikut resipi ni. Makan pengat saja tanpa santan didalamnya.
Bahan yang di perlukan :
7 biji pisang masak ranum (pisang emas lebih manis)
1 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula putih
3 sudu makan gula merah (utk memberi warna)
1/2 cawan air
sikit garam
UTK sekaya pandan pulak :
1 cawan santan
sikit garam
2 sudu besar gula putih
2 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan air pandan
Cara nak buat sekaya pandan ni, senang saja. Sediakan periuk kecil, masukkan air pandan, gula putih dan garam. Bila gula dah larut, masukkan pula tepung ubi. Bila dah agak pekat baru dimasukkan santan. Tutup api dan angkat.
Pisang yang di lenyek |
Mula-mula kisar pisang agak kasar (tengok gambar di atas)
Di dalam satu mangkuk asing, campurkan tepung ubi, kedua2 jenis gula, garam, air dan gaul sekata.
Kemudian masukkan pisang tadi kedalam campuran tepung ini.
Gaul hingga gula hancur dan sebati.
Panaskan steamer kita. Griskan sikit permukaan loyang. Tuangkan adunan pisang tadi kedalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
Tutup api dan keluarkan dari steamer.
Penat bekerja? Take a break dengan pengat pisang |
Biarkan betul betul sejuk. Bila dah sejuk, potong kecil2 pengat tadi dan tuangkan sekaya pandan keatasnya.
Nota : Pada saya, saya lebih suka pengat pisang saya dimasak memakai tepung ubi drp tepung gandum yang selalu kita guna. Tepung ubi rasanya lebih "light" atau ringan pada perut. Bak kata orang Kedah, tak sebu perut.
Anggaran Cost :
Pisang : RM 2.00
Santan : RM 2.00
Lain-lain bahan : RM 1.00
Jumlah : RM 5.00
Rose
16th.Nov '13
No comments:
Post a Comment