Blogger templates

Monday 10 December 2012

Roti Arab

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Malam tadi untuk dinner Mak Cik Rose buat roti Arab. Roti ni pun ada banyak versi. Mak Cik Rose ikut dan tukar sikit-sikit. Anak-anak kata sedap. Yang bestnya anak lelaki ingat beli kat kedai. Amboi! Dia ingat mak dia tak boleh masak ka?
Tapi apa pun, mesti kena cuba buat kat rumah sebab mudah sangat, cuma kena ada kari yang kaw baru best.

Okay, let's start.
Kita perlukan tepung gandum 500gm (separuh plastik 1 kg tu)
susu tepung (6 sudu besar) ..saya pakai susu nespray berkrim
Yis kering
Air ( boleh pakai air suam atau air biasa)
sikit garam dan sikit gula

i) Mula-mula, masukkan yis kering dalam 3 sudu kecil dan juga gula kastor (2 sudu besar) bersama air 1 cawan.
   Biarkan sehingga kita nampak ada buih (itu menunjukkan yis aktif)
ii) Mangkuk berasingan, kita campurkan tepung gandum, garam dan susu tepung. Gaulkan rata.

Sekarang, bila yis tadi dah ada buih, masukkan campuran tepung kita tadi sikit sikit dan uli.
Adunan akan melekit sikit. Uli lagi kalau terlalu melekit tambah sikit tepung.
Adunan yang elok ialah kalau tepung tu masih melekit sikit sikit ditangan, kalau tak melekit langsung itu tandanya roti akan menjadi agak keras. Dah tak fluffy seperti yang sepatutnya.

Bila dah habis uli, rehatkan doh tadi untuk lebih kurang sejam. Tutp dengan tuala kecil.

Selepas sejam, doh dah boleh di buat bulat-bulat dan rehatkan lagi lebih kurang 10 minit.

Okay sekarang canaikan dan dah boleh di bakar dengan minyak yang sikit.
Nak pakai minyak masak pun boleh, mentega pun boleh, minyak sapi pun boleh. Ikut selera kira.


Ini lah roti arab versi Mak Cik Rose. Cuba na and let me know jadi ke tak.
Simple ja nak buat roti ni tapi memang sedap!!


Petua: Bila nak buat roti, buat permulaannya yis jangan dicampur dengan garam sebab ini akan menyebabkan yis mati dan roti kita tak naik.

Rose
10th.December '12

No comments:

Post a Comment