Hari ni saya nak share masakan ikan yang sangat mudah, cepat dan sedap di makan. Ada hari kita malas nak masak yang fancy-fancy dan renyah, jadi kita masak macam ni. Tak payah cari lauk lain lagi dah.
1 ekor ikan (ikut selera nak pakai ikan apa)
sikit tepung ubi & garam
(lumurkan tepung ubi dan garam keseluruh bahagian ikan)
gula melaka |
7 biji cili merah
4 ulas bwg putih
(kedua-dua bahan dikisar bersama)
1/4 cawan air asam jawa
1/2 potong gula melaka
1/2 sudu makan cuka
sikit sos ikan
sikit garam
Goreng ikan di dalam minyak yang banyak sampai garing. Angkat dan toskan dulu.
Panaskan kuali dan masukkan sikit minyak.
Campak masuk bahan2 kisar tadi kedalam kuali. (Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili api.)
Kacau sampai naik bau.
Sekarang tuang masuk air asam jawa dan kepingan gula melaka serta cuka. Kalau sos agak kurang, bolehlah ditambah sedikit air.
Terakhir masukkan sos ikan dan kacau rata. Kalau kurang masin, boleh ditambah sikit garam.
Bila sos dah mula memekat, tutup api.
Angkat kuali dan siram sos keatas ikan yang dah digoreng tadi.
Ataupun masukkan ikan semula kedalam kuali sos dan bolak balikkan sos keseluruh bahagian ikan. Kemudian angkat dan hidangkan didalam pinggan.
Hiaskan dengan daun bawang, cili atau apa-apa saja.
Senang kan?
Cepat untuk disediakan dan sedap.
Anggaran masa : Penyediaan 5 minit + memasak 8 minit
Anggaran cost :
Ikan : RM 13.50
Bahan-bahan sampingan : RM 2.00
Jumlah RM 15.50 untuk 4 orang
Selamat mencuba
Rose
4th.Dec '13
No comments:
Post a Comment