Friday, 20 December 2013
Ayam Cili Hijau
Salam semua,
Rasanya dalam banyak-banyak masakan bagi kita orang melayu Islam di Malaysia ni, ayamlah bahan yang paling banyak kita gunakan. Jadi dalam mana-mana blog masakan pun, ayam lah yang mendominasi segala jenis masakan dan memberi variety kepada masakan kita.
Hari ni kita cuba buat Ayam Cili Hijau pulak. Kalau sesapa yang suka lebih pedas, bolehlah di kisar sekali dengan cili api untuk memedaskan lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan :
5 ketul ayam di potong ikut keperluan (goreng separuh masak)
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 batang serai
6 biji cili hijau
5 biji cili api
3 sudu makan sos cili
( semua bahan ni dikisar sekali dengan sedikit air)
2 helai daun bay
1/4 cawan santan
1/2 cawn air
2 helai daun limau purut di carikkan
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula merah
sikit garam
sikit bijan yang di sangai kering
Cara memasak sangat mudah :
Mula-mula panaskan kuali dan tumis semua bahan-bahan di dalam tulisan biru.
Bila dah agak kering airnya dan naik bau, masukkan ayam yg digoreng separuh masak tadi dan gaul rata.
Setelah tu, masukkan pula 1/2 cawan air dan tutup kuali.
Biar sehingga ayam empuk. Sekarang tuangkan pula santan, gula merah, daun salam dan daun limau purut serta garam.
Biarkan mendidih dan kuah agak kekeringan.
Terakhir masukkan air asam jawa. Kacau sebentar dan tutup api.
Taburkan biji bijan yang disangai tadi.
Dah boleh dihidang.
Masa penyediaan : 10 ~ 15 minit / Masa memasak 10 minit
Anggaran cost :
Ayam : RM 5.00
Santan : RM 1.00
Cili & tomato : RM 2.50
Lain-lain : RM 2.00
Jumlah : RM 10.50 untuk lima orang
Rose
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment