Kuih dadar ataupun lebih dikenali sebagai kuih ketayap disebelah utara adalah salah satu makanan ringan yang disukai terutamanya buat minum petang bagi kita orang Melayu.
Cara nak membuatnya agak senang. Bahan-bahannya senang didapati dan cepat untuk disiapkan.
**Saya tulis agak panjang, step by step untuk anak-anak yang nak belajar cara membuatnya. Jangan risau, tak susah mana pun.
Kita perlukan untuk intinya :
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan ~ 3/4 cawan air
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula putih
sikit garam
1 sudu makan tepung gandum
Masukkan kelapa parut kedalam kuali. Kemudian tuangkan air kedalamnya.
Buka api pada kadar sederhana.
Terus masukkan semua bahan lain kecuali tepung. Kacau rata dan sekatakan gula merah kesemua bahagian.
Tunggu sehingga air hampir kering, baru lah direnjiskan dengan tepung gandum. Fungsi tepung gandum ialah untuk melekatkan inti kita.
Biar sehingga air kering dan inti jadi sticky barulah ditutup api. Angkat dan biarkan sejuk.
Untuk kulitnya pula :
2 cawan tepung gandum
2 helai daun pandan
1 sudu minyak masak
1 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air
sikit pewarna hijau
1 sudu besar serbuk coklat
Kisarkan daun pandan bersama sedikit air. Tapiskan dan campur sekali dengan santan.
Masukkan tepung kedalam bekas dan tuang masuk santan tadi bersama dengan air.
(Air jangan dituang sekali gus. Harus sikit2 supaya tak terlalu cair)
Sekarang pecahkan telur tadi dan gaul sekali.
(Untuk membuat batter yang lebih halus, saya masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sebentar)
Batter yg dah diblender |
Batter yang elok adalah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
Akhir sekali masukkan sikit garam dan minyak dan gaul sebati.
Untuk batter pertama, kita renjiskan dgn sikit minyak supaya tak melekat |
Ambil sesenduk kecil adunan dan tuangkan kedalam kuali yang dah dilengserkan dengan sedikit minyak. (Kalau ada cooking spray lagi senang kerja kita)
Pegang dihujung telinga kuali dan lenggangkan batter supaya menjadi begini |
Kulit ketayap ini masak apabila warna tepung hilang dan tidak melekat di kuali.
Angkat dan lakukan perkara sama dengan yg lain-lain.
Bila hilang warna putih tepung dan bertukar ke hijau terang begini, bermakna dah masak ketayap kita |
Lapisan ketayap yg dah masak. Letak inti sebegini |
Gulungkan sikit dulu, kemudian lipat dikedua2 belah tepi ketayap ni. Selepas dilipat baru gulung habis |
Ketayap original dan ketayap perisa coklat |
Untuk menambah perisa coklat, kita hanya perlu asingkan sikit adunan tadi menjadi dua adunan.
Satu adunan pandan, satu lagi adunan kita tambah serbuk coklat.
Masukkan semula adunan ini kedalam blender dan kisar sehingga coklat bergaul mesra dengan adunan.
Nampak tulisan saya panjang macam susah je kan? Tapi tak susah mana pun. Saya tulis panjang lebar untuk anak-anak diluar yang baru nak belajar buat kuih ni.
Penyediaan : 20 minit + memasak 20 minit.
Boleh dapat : 16 ketayap
Anggaran costing :
Tepung : RM 0.60
Santan : RM 1.00
Kelapa : RM 2.00
Lain-lain : RM 1.00
Jumlah : RM 4.60
No comments:
Post a Comment