Selamat petang,
Fish & Chips ni rasanya memang kegemaran ramai kan? Macam makanan harian orang Malaysia pulak. Walhalnya makanan orang British. Tak apa lah. Okay, selalunya saya buat kerja senang iaitu saya pakai bread crumb, tepung dan telur secara berasingan. Saya terlebih rajin jadi semuanya saya buat sendiri, bak kata orang home made. Saya buat tartar sauce sendiri, saya buat potato wedges sendiri.
Hari ni kita buat secara batter pulak. Sorry saya cari perkataan batter dalam bahasa melayu tak jumpa.Cara ni pun sama senangnya dengan cara dry batter tu. Pilih saja mana yang kita suka.
Bahan yang amat mudah nak di cari :
1 cawan tepung
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan air
2 biji (putih telur saja)
1/2 sudu teh baking soda
sikit garam dan lada hitam
Gaulkan semua bahan diatas kecuali telur dan air.
Bila dah gaul, baru masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan semua takut cair pulak nanti.
Pecahkan sebiji telur dan pukul lagi. Tak perlu kembang sangat.
Sekarang tengok, kalau batter dia pekat sikit dari batter goreng pisang, dah kira elok.
Kalau agak pekat pecahkan sebiji lagi telur dan pukul lagi.
Senang kan? Kita cuma perlu sediakan ikan yang dah di fillet. Beli kat supermarket ja, senang cerita.
Potong ikan ikut kesukaan kita dan celupkan kedalam batter tadi. Kemudian goreng.
Siap. Kalau nak nak lebih rangup buat yang macam selalu kita buat. Ambil ikan pedap ke telur, kemudian tepung kemudian breadcrumb. Jadi boleh pilih nak yang macam mana. Dua-dua pun sedap.
Resipi kedua : Tartar Sauce
Capers |
1/2 cawan mayonnaise
2 sudu makan chopped pickles (kalau tak ada pun tak pa)
3 sudu sour cream
1 sudu besar capers (dicincang halus)
sikit garam dan gula
1 sudu olive oil
2 sudu teh perahan lemon
(Gaul semua sekali)
Dah siap. Ringkas kan makanan barat.
Anggaran Coast :
Ikan : RM 13:50
Telur : RM 1.20
Ubi kentang : RM 0.60
Lain-lain bahan : RM 5.00 (serba sedikit capers/sour cream/lemon/mayo dan lain2)
Jumlah : RM 20.30 untuk 5 orang
Masa penyediaan : 20 minit Masa memasak : 30 minit
Rose
13th.December '13
No comments:
Post a Comment