Blogger templates

Tuesday, 29 April 2014

Roti Pita Inti Daging

Salam all,

Makan lagi. Pagi breakfast, tengahari lunch, ni nak dinner pulak. Letih nak fikir nak masak apa pula selepas setiap satu hidangan.

Saya kerosek dalam peti sejuk tengok apa yang ada. Ada mixed vege, dalam pantry ada satu tin corned beef dan dalam bakul bawang ada ubi kentang lagi. Nak masak apa ni? Ting.. idea sampai. Buat roti pita dengan daging cincang. Kalau untuk kami yg perempuan dah cukup tapi bagi yang lelaki pulak dah tentu tak kenyang. Apa susah, nasi tengahari tadi masih ada baki, jadi buat saja nasi goreng sebagai tambahan.
Yang saya perlukan sekarang hanyalah roti pita. Minta salah sorang keluar beli dan okay, we're ready to cook for dinner.

Kita perlukan :

Roti pita (ada dijual di supermarket)
300 gm daging cincang atau 1 tin corned beef
4 sudu makan mixed vege
1~ 2 biji ubi kentang dipotong dadu
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan rempah daging
1/2 cawan air
sikit garam
1 sudu teh gula
sikit serbuk lada hitam
2 sudu teh chili flakes (kalau tak suka tak perlu)
1 sudu makan kicap manis
2 labu bawang besar yang di potong dadu
2 ulas bwg putih di cincang halus



Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu


Kemudian  masukkan daging cincang tadi dan juga ubi kentang dan kacau supaya tak berketul.




Sekarang masukkan pula garam masala, chili flakes (serbuk cili kasar) dan rempah daging bersama dengan setengah cawan air.
Biarkan lebih kurang lima minit.
Sekarang bolehlah dimasukkan mixed vege, garam, lada hitam, gula dan juga kicap.


Kacau sampai inti jadi agak kering. Tutup api dan biarkan sejuk.

Ambil sikit lettuce, tomato, timun dan apa saja sayuran yang anda suka dan carik-carikkan.



Sekarang, ambik sekeping roti pita dan potong dua.
Letakkan non stick pan di atas api perlahan. Bila dah agak panas, bakar sekejap roti pita kedua-dua belah dan angkat.
Ambil pisau dan toreh ditengah-tengah roti tadi dan buka biar luas.
Sekarang baru masukkan segala salad tadi beserta dengan inti daging yang kita masak tadi.


Roti pita Inti daging untuk makan malam. Cepat dan mudah.

Anggaran masa penyediaan : 10 minit
Anggaran memasak             : 15 minit

Anggaran cost :

Roti pita            : RM 5.80
Corned beef      : RM 4.50 (separuh tin)
Lain-lain bahan  : RM 4.00

Jumlah               : RM 14.30 untuk 5 orang

Selamat mencuba dan salam dari saya,
Rose
29th.April '14

No comments:

Post a Comment