Blogger templates

Tuesday, 8 April 2014

Nasi Lemak Sambal Udang

Assalamualaikum semua,

Haa, mesti semua terfikir kenapalah nak letak resipi nasi lemak ni. Ehh, jangan tak tau dalam sepuluh orang mungkin ada dua orang yang tak tau nak masak nasi lemak ni dan mungkin juga cara penyediaannya berlainan. Saya tujukan khas resipi nasi lemak ni buat anak bongsu saya, Siti Sara yang masih belum boleh memasak hidangan ni. Nanti bila dia orang ada rumah tangga sendiri, boleh rujuk di sini.

Jadi jom kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan:

2 cawan beras
1/2 cawan santan (ikut selera sendiri, kalau suka lebih lemak, sila lebihkan santan)
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang merah di mayang
sikit halia juga di mayang
2 helai daun pandan
2 gelas air (anggaran)
1 kulit kayu manis
sedikit garam

Cara penyediannya:

Cuci beras dan toskan dulu.


Panaskan rice cooker dan taburkan sikit minyak masak. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan daun pandan.


Biarkan sekejap sampai naik bau. Bawang tak perlu garing.


Sekarang masukkan beras dulu dan kacau rata. Proses ni untuk membuatkan beras tidak melekit. Kalau tak guna minyak, nasi akan jadi melekit.

Masukkan santan dan garam. Saat ini, baru kita tengok berapa banyak air yang diperlukan. Selalunya setelah kita masukkan santan, kita hanya masukkan air anggaran satu inci melebihi paras nasi.

Sekarang, biarkan sehingga nasi masak. Setelah masak, biarkan sekejap anggaran sepuluh minit baru dibolak balikkan nasi tu.


Nasi akan jadi lebih berderai dan cantik. Macam ni.
Senang kan?


** Kalau guna beras Basmathi, air boleh di lebihkan sebab beras ni tidak cepat lembik macam beras biasa.

Disini saya masukkan juga resipi sambal tumis untuk tatapan semua walaupun saya pasti semua tahu cara membuat sambal tumis ni.

Kita perlukan:

Beberapa ekor udang (ikut selera kita, nak pakai udang, sotong atau apa-apa saja)
4 sudu makan cili kering yang dah dikisar
1 sudu teh belacan (optional)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(semua bahan dikisar)

3 sudu teh gula merah
1 cawan air
sikit air asam jawa
sikit garam

Mula-mula, kita tumis bahan dalam tulisan biru.
Bila dah agak kekuningan dan naik bau, baru dimasukkan cili. Kacau lagi biar agak kering.
Sekarang masukkan air anggaran satu cawan. Air yang banyak ni saja saya lebihkan supaya cili masak dengan sempurna.
Biarkan sehingga air menyejat dan cili dah mula menjadi sambal.
Sekarang bolehlah dimasukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau sebati.
Terakhir baru dimasukkan udang dan biarkan lebih kurang dua atau tiga minit saja diatas api supaya tak terlalu masak.
Dah boleh diangkat.

Yang lain-lain tu kita sediakan seperti biasa. Kita boleh goreng atau rebus telur, goreng ikan bilis dan kacang dan juga goreng sedikit ayam. Potong sikit timun dan voila! dah boleh dimakan.

Sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Ini sajian yang akan saya sediakan untuk makan malam pada hari saya malas.

Anggaran Cost :

Udang            : RM 7.00
Santan            : RM 2.00
Telur & Bilis   : RM 3.00
Lain-lain         : RM 2.00

Jumlah Cost   : RM 14.00 untuk 4 ~ 5 orang

Salam dari saya,
Rose
8th.April '14




No comments:

Post a Comment