Dah lama juga saya tak menulis ni. Kering idea. Tadi semasa membelek face book yang jarang-jarang saya buka, ada banyak jugak teman-teman face book yang meng upload gambar makanan, baik yang dimakan di restoran luar atau yang dimasak di rumah.
Jadi datanglah sikit idea nak tulis hari ni. Kita semua, manusia sejagat telah di ciptakan Allah harus makan untuk hidup. Jadi disebabkan terlebih asyik dengan makan juga, Allah SWT telah berfirman untuk kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan supaya dapat merehatkan perut dan membaik pulih sistem pencernaan kita.
Jadi, what's the big deal dengan makan ni? Mau nya tak big deal. Kita sanggup tinggalkan kerja yang belum pun separuh siap bila nampak makanan. Kita boleh bermasam muka dengan adik abang sebab makan tak ingat orang belakang dan kita sanggup bayar dengan harga yang tinggi untuk sepinggan hidangan.
Dulu-dulu, diawal tahun 70-an saya kesekolah (rendah) dengan duit poket yang tok (nenek) bagi cuma 0.20. Kadang-kadang kalau dia tak sempat buat breakfast, dia bagi saya 0.30sen. Dengan duit yang banyak ni, saya dapat beli nasi lemak sebungkus, air satu cawan dan sikit gula-gula. Mewah juga dulu-dulu dapat makan macam tu dengan hanya 0.30.
Sekarang ni? Kuih sepotong 0.40. Belum lagi air. Saya tengok sekarang ni trend kat mall-mall di serata tempat. Air minuman segelas saja, dah lima atau enam ringgit harganya. Kenapa la jadi sampai macam tu tamak manusia sekarang. Saya faham mungkin sewa tapak atau kedai mahal, tapi air sepatutnya dijual pada harga yang berpatutan sebab makanan yang dijual dah tersangat mahal. Saya bagi contoh, hari tu saya teringin nak makan mee rebus. Kebetulan saya berada di dalam shopping mall ni. Di bahagian bawah ada satu tempat nama Little Cravings. Saya dengan Sara saja hari tu. Saya pun order mee rebus satu, kuih lapis dua potong dan air teh o ais serta kopi o panas. Sara tak nak makan. Bila saya pergi membayar, harga untuk yang saya makan tadi RM 17.80. Lagi sekali saya katakan saya faham, sewa kedai yang mahal. Tapi yang saya tak faham, dia orang dah boleh dapat untung yang sangat besar dah daripada makanan yang disajikan (seperti mee yang saya order), sepatutnya air tu dikurangkan sikit harga dia.
Lagi satu kedai, ini bukan di mall tapi deretan rumah kedai. Jadi saya rasa sewanya tak terlalu mahal. Hari ni saya tak makan sebab sarapan tadi agak lewat. Jadi Sara sorang saja yang makan. Dia minta nasi briyani ayam dan Milo ais manakala saya pulak Teh O Ais Limau. Harga yang patut dibayar? RM 21.40. Saya tak tahu nak kata macam mana tapi itulah ya, kalau kita rasa kita punya lebih wang untuk dibelanjakan, bolehlah kita berbuat demikian sekali sekala. Kalau tak, baik kita goreng telur, masak ayam kicap dan buat kangkung goreng belacan kat rumah. Lebih selesa, lebih sedap dan lebih jimat.
Kesian bagi anak-anak muda yang baru mula bekerja. Alamatnya setiap hari berbekal saja lah ketempat kerja. Kalau kita tinggal kat kampung, lebih senang nak cari kedai makan yang murah sebab kalau kat kampung siapalah yang nak buang duit banyak-banyak untuk semangkuk mee rebus.
Yang paling best sekali waktu makan ialah kalau kita tinggal di rumah kampung, kat laman rumah pulak ada pangkin, tau tak pangkin tu apa?
Saya ambil gambar ni dari azeli blogspot |
Kepada yang tak tau, inilah rupa pangkin. Kita bakar ikan sikit kat luar ni biar berkepul-kepul asap naik, (baru nampak meriah) Lepas tu kita buat sikit air asam nak cicah dengan ikan bakar tadi, Cari pucuk ubi muda atau kacang kelisa untuk buat ulam, then kita buat sikit kari ayam yang pekat dan kaw, sikit sambal tumis udang and last sekali kita goreng telur dadar sikit. Ambik satu jag besar dan kita perahkan pulak limau kasturi buat air limau. Penambah-nyedapan untuk hidangan ni? Semua adik-beradik yang gila-gila sikit dan rapat dengan kita ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Ehmm...maunya makan sampai tak sedar diri.
Bila dah cakap pasal makanan ni, saya nak share sikit makanan kegemaran saya. Saya sangat sukakan pulut dan durian. Saya boleh ja makan pulut kosong tanpa ada bahan-bahan pengiring. Saya kurang suka makan nasi, tapi tetap makan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tapi kalau dihidangkan dengan nasi minyak ke atau nasi briyani ke atau apa-apa jenis nasi lain, haa, itu saya minat. Tapi makanan yang ultimate bagi saya ialah yang berasaskan roti. Saya suka roti canai dan capati. Saya juga suka croissant (selalunya saya makan kosong saja), semua jenis baguette dan juga jenis roti yang orang turki selalu makan tu. Apa juga kegemaran kita, harus diingat jangan terlebih dari yang seharusnya. Bukan apa, untuk kesihatan kita juga di kemudian hari.
Sekarang ni kebanyakan orang tak dapat atau tak sempat nak sediakan makan di rumah disebabkan kekangan masa. Jadi nak tak nak terpaksalah juga membeli diluar walaupun mahal. Saya dulu sewaktu masih bekerja akan buat begini, katakan saya masak kari ikan, selalunya saya buat lebih, sebelum masukkan ikan atau kacang bendi atau pun lain-lain, saya akan senduk keluar separuh dari kuah tu, kemudian saya akan simpan di dalam freezer. Begitu juga kalau saya buat kuah kacang untuk cucur udang, Saya buat banyak sekali, saya hanya tinggalkan sikit untuk makan waktu tu, selebihnya saya simpan dalam freezer. Untuk daging pulak saya potong kecil siap siap dan rebus 3/4 empuk. Saya bahagikan portion siap2 untuk berapa kali masak, kemudian terus juga disimpan didalam freezer.
Sayur-sayuran pulak saya siap cuci dan potong mengikut kesesuaian. Semua ni saya buat supaya bila balik dari kerja saya hanya perlu keluarkan dari freezer untuk defrostkan bahan-bahan tersebut. Jadi saya tak membuang masa. Saya mungkin hanya mengambil masa 20~30 minit untuk memasak hidangan lengkap untuk makan malam yang sedap.
Jadi, ada apa dengan makan? Makan ni boleh menjadi racun dalam jangka masa yang panjang kalau kita tak mengawal pemakanan kita. Ditambah pula zaman sekarang, manusia menjadi sangat haloba sampai sanggup buat apa saja supaya makanan mereka terjual. Kita pula menjadi pengguna yang bila nampak makanan akan terus menginginkannya tanpa berfikir samada kita perlu memakannya ataupun hanya sekadar nafsu.
Okaylah, dah panjang sangat saya membebel. Nanti semua baca separuh jalan saja. Sampai jumpa lagi di entri akan datang. Salam hormat dari saya,
Rose
6th.April '14
No comments:
Post a Comment