Blogger templates

Sunday 31 August 2014

Spaghetti Bolognese Dan Bebola Daging


Salam semua,

Tengah mood rajin hari tu, masak sampai tak berenti. Hampir separuh hari saya didapur, buat sarapan, lunch dan untuk minum petang pun!
Nanti bila mai penyakit malaih tu, tok sah dok kata apa dah. Memang tak bergerak.

Untuk dinner malam Rabu lepas, saya buat spaghetti. Bukannya ada sapa sangat pun di rumah, cuma Sophie dengan saya saja. Abah dia sampai rumah selalunya dah dekat pukui 9. Selalunya dia dah siap makan kat luar. Tapi dek teringin nak makan punya pasai, saya buat sikit untuk kami bertiga.

Petua dari saya, sos bolognese ni lebih sedap rasanya jika disimpan semalaman, bagi saya lah. Jadi kiranya sos ni saya dah buat sehari sebelum saya nak makan.
---------------------------
Bahan-Bahan nya :

250gm spaghetti pasta

Panaskan air yang dah dicampur dengan sedikit garam dan 2 sudu makan minyak zaitun, rebus sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan spaghetti kedalam periuk dan rebus selama lebih kurang 6 ~ 10 minit.
(Sila lihat di paket pasta ada di tulis berapa minit perlu di masak mengikut jenis pasta yg kita beli)
Angkat keluar dan toskan.

Simpan sedikit air rebusan pasta tadi. Nanti boleh digunakan untuk sos bolognese yang akan kita masak sekejap lagi.
------------------------

Bahan- bahan untuk sos pula :

250 gm daging kisar
4 ulas bawang putih di rincik kecil
2 sudu teh serbuk bwg putih
2 labu bwg besar di cincang kecil
2 biji tomato masak ranum dikisar halus
3 sudu besar minyak zaitun
2 helai daun bay
sedikit italian herbs
sedikit oregano
4 sudu makan sos cili
1 tin sos prego
2 1/2 tin (bekas sos prego) air kosong
1/2  tin (     "          "       ) air rebusan pasta
sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam

1 piring kecil parmesan cheese


1) Panaskan periuk dengan minyak zaitun. Campak masuk bawang besar dan bawang putih.
    Kacau sampai agak layu. Tabur juga daun bay, oregano dan italian herbs.


2) Tuangkan pula tomato yang dikisar tadi. Biarkan lebih kurang 2 minit. Sekarang masukkan pula
    daging cincang tadi dan kacau rata supaya tidak berketul.
    (saya lebih suka menggunakan corned beef sebab rasanya memang sedap tapi hari ni saya gunakan
     daging biasa)

3) Biarkan ia mereneh sehingga jus tomato tadi hampir kering baru dimasukkan sos prego dan sos cili.
    Gunakan tin prego tadi dan isi penuh air kedalam tin itu dan tuang masuk ke dalam sos yang sedang
    direneh itu. Isi air sebanyak 2 1/2 kali dan kali ke 3 kita guna lebihan air rebusan pasta tadi.
    (Teknik ini boleh menjadikan sos kita menjadi lebih pekat dan cantik texture nya.)


4) Buka api perlahan selama lebih kurang 45 minit ke satu jam. Biarkan sos mereneh.
    Di waktu ini, bolehlah dimasukkan garam, gula, serbuk bwg putih dan serbuk lada hitam.

5) Selepas 45 minit ~ satu jam, sos akan memekat dan akan bertukar menjadi merah gelap. Ini menunjukkan
    dah masak. Kalau mahu di simpan di dalam peti sejuk, biarkan ia sejuk betul-betul.

Sos dah siap.
----------------------------------

Kepada yang ingin membuat sendiri bebola daging, bolehlah mencubanya seperti di bawah :

250gm daging kisar (boleh dpt dalam 9 ketul bebola)
2 sudu teh serbuk bwg putih
2 sudu makan serbuk roti (breadcrumb)
1 biji telur
sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung gandum

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sehingga rata dan sekata.
Bulat-bulatkan.

Panaskan periuk yang berisi air dan tunggu sehingga mendidih.
Bila air dah mendidih, campak masuk bebola dan biarkan sehingga bebola mula timbul ke permukaan.


Bila dah timbul, ceduk keluar dan toskan.


Bila dah sedia nak makan, bolehlah kita saute kan didalam kuali dan balik-balikkan sehingga keperangan.


Dan kita panaskan kembali sos spaghetti kita diatas api sederhana perlahan dan tambah lebihan air rebusan pasta tadi.

Biarkan ia mereneh sampai agak likat. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.


Hidangkan dengan menabur parmesan cheese mengikut  selera anda.
Nampak macam susah tapi sebenarnya sangat mudah.


Rose
1st. Sept '14

No comments:

Post a Comment