Blogger templates

Saturday 23 August 2014

Sandwich Goreng


Assalamualaikum semua,

Petang semalam saya buat Sandwich Goreng buat minum petang. Resipi ni saya nampak di TV, iaitu ketuk ketuk Ramadhan, Sheila Rusly hos nya. Tapi malangnya saya tak sempat tengok sampai habis sebab terpaksa bergegas ke tempat lain. Apa pun saya sempat tengok cara dia sediakan roti ni tetapi intinya saya buat inti lain sebab tak tau apa inti yang Sheila Rusly pakai.

Bahan-bahan yang kita perlukan :

1 loaf roti (saya pakai Gardenia)
Minyak untuk menggoreng

3 biji telur direbus
3 sudu makan mayonnaise
sikit garam
sikit lada sulah

1 labu bawang besar di cincang kecil
sedikit daun salad di cincang kecil
sedikit tomato dipotong kiub kecil

Cara membuat nya :

Mula-mula ambil telur rebus tadi dan lenyek sehingga lumat. (Lebih senang di lenyek semasa telur masih panas)


Kemudian campurkan mayonnaise, garam dan lada sulah kedalam telur dan gaul rata.

Sayur yang dipotong tadi di campur dan di gaul sekali  kedalam telur dan ketepikan dulu.


Sekarang ambil 2 keping roti dan lekapkan bersama.

2 keping roti yg dah di gelek menjadi begini 

Kemudian ambil kayu pencanai dan gelekkan keatas roti tadi sehingga mampat.
Bila mampat ia kelihatan sangat nipis dan leper.
Sekarang ambil mug yang besar dan tekapkan ke atas roti tadi.

Ataupun boleh juga di potong segi empat tepat supaya kita tidak membazirkan roti tadi.

Sekarang panaskan api dengan api yang sederhana perlahan. Jgn tunggu sehingga minyak terlalu panas sebab roti kita akan terlebih masak dan hangus.


Goreng sekejap, (jangan di tinggalkan) dan balikkan ia supaya masak sama rata.

Bila dah kekuningan angkat. Tunggu sekejap biar sejuk sedikit.


Kemudian ambil pisau kecil dan di hiriskan di satu hujung untuk membuat sedikit bukaan.


Terakhir, ambil inti telur tadi dan masukkan ke dalam roti yang dah di goreng itu. Dah siap untuk di makan.

Anggaran Cost    :
Roti                    : RM 2.60
Telur                  : RM 1.20
Lain lain bahan   : RM  2.00

Jumlah               : RM 5.80 (boleh dapat dalam 8 keping)

Masa penyediaan  dan menggoreng : Lebih kurang 15 minit sahaja.

Rose
24th.Aug '16

No comments:

Post a Comment