Blogger templates

Wednesday, 7 May 2014

Yogurt Cheesecake With Crumbled Cookies

Assalamualaikum semua,

Saya ni bukanlah pakar dalam bidang membuat kek dan cookies. Saya lebih kepada hidangan semasa. Tetapi hari ni saya nak letak resipi cheesecake yang menjadi gilaan ramai tu. No,no,no..bukan saya yang buat tapi anak lelaki sulung saya iaitu, Ahmad Ariff. Dia pakar dalam bidang buat kek dan cookies ni sebab memang kerja dia pun buat kek setiap hari di hotel tempat dia bekerja. Nak tau dia kerja di mana? Saya boleh bagi tau tempat terdahulu yang dia biasa kerja, iaitu hotel Tg Rhu Resort, Sheraton dan juga The Danna Hotel di Langkawi. Ketiga-tiga hotel ni bertaraf lima bintang dan dia dah berpengalaman selama lebih kurang 7 tahun dalam bidang ni.

Bukan saya nak riak kata anak hebat kerja kat situ tapi supaya orang tak kata saya main suka-suka saja letak resipi walaupun tak berapa mahir nak buat kek.

Untuk pengetahuan pembaca, semua resipi yang saya paparkan disini dari dulu sampai sekarang, sama seperti apa yang saya masak di rumah. Kalau sesiapa yang pernah mencuba dirumah tapi tak berapa menjadi, itu mungkin disebabkan sukatan yang kita gunakan tidak sama. Walau apapun saya ingin memohon maaf sekiranya cubaan anda tidak menepati apa yang anda harapkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian : Cara membuat cheesecake yang saya kongsi dibawah adalah bagi teman2 yang tak ada  mixer atau pun mixer rosak. Untuk membuat seperti biasa sila lihat dibahagian paling bawah, saya tulis serba ringkas resepinya.

Sekarang jom kita tengok bahan apa yang diperlukan :

Biskut utk base cheesecake dan dark choc untuk hiasan

500gm cream cheese ( keluarkan dari peti sejuk dan biarkan cheese ini pada suhu bilik.)
250gm whip cream
60gm yogurt
4 biji telur
200gm biskut tiger atau biskut yg macam dalam gambar ni
60gm gula (sukatan ni ialah sukatan kurang manis)
130gm butter tanpa garam ataupun unsalted butter
1 keping dark chocolate

Untuk loyang saya pakai loyang yang boleh ditolak base nya supaya senang nak keluarkan kek itu nanti.
Saya pakai loyang segi empat sama dengan ukuran 6 x 6 x 3.
Loyang yg boleh ditolak keluar bahagian bawahnya
Dah siap semua bahan? Okay jom kita mulakan.

Pertama kita buat bahagian bawah kek dulu. Separuh orang pakai sponge kek untuk bahagian bawah kek ni tapi saya suka cookie base sebab lebih rangup. Jadi kalau nak tukar pakai base lain pun boleh.
Ramaskan biskut sehingga hancur. Kalau boleh jangan guna blender sebab mungkin terlalu halus.
Panaskan butter didalam kuali sehingga betul-betul cair.


Bila dah cair, angkat dan tuangkan kedalam biskut yang diramas hancur tadi lalu kita gaulkan sehingga sekata.

Sediakan loyang. Sekarang masukkan biskut ini kedalam loyang dan tekan hingga mampat. Ketepikan dulu.

Ambil cream cheese dan gula tadi dan letakkan didalam satu bekas.


Panaskan kuali besar yang leper ataupun periuk yang luas dan masukkan sikit air.
Kemudian letakkan bekas yg berisi cheese dan gula tadi kedalam kuali seperti di atas dan kacau diatas api tersebut.

Proses ini dinamakan double boiling. Kacau jangan henti sampai cheese menjadi lembut dan licin.


Bila dah lembut, angkat dari api. Teruskan mengacau cheese tersebut sambil menuang yogurt ke dalam adunan tersebut.
Sekarang angkat adunan ini dan letakkan kembali kedalam kuali yang berisi air tadi dan kita lakukan proses double boiling sekali lagi.

Kacau sampai  halus dan licin. Angkat dari api dan letakkan diatas meja. Teruskan mengacau.
Sekarang pecahkan telur dan tuang masuk kedalam adunan ini dan kacau lagi jangan henti.


Terakhir, tuang masuk whipping cream dan kacau sehingga betul-betul halus, sebati dan licin.


Lihat gambar diatas. Adunan harus menjadi begini.

Panaskan oven pada suhu 150darjah. Letakkan satu bekas berisi air didalam oven.
Tuang adunan tadi kedalam loyang yang berisi biskut crumbled tadi.


Masukkan adunan kedlam bekas berisi air (didalam oven) dan bakar selama satu jam (atas dan bawah). Jangan lupa periksa dengan mencucuk dengan garfu utk melihat samada kek dah masak.

** Disebabkan saya menggunakan loyang yang boleh ditolak dari bawah, maka saya harus melilit sekeliling loyang dengan menggunakan aluminium foil. Kepada yang memakai loyang biasa tak perlu melakukan seperti yang saya lakukan.



Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sekejap. Selepas lebih kurang sejam, masukkan kedalam peti sejuk dan simpan selama lebih kurang 45 minit.
Keluarkan, kemudian bolehlah dihiaskan megikut citarasa kita. Untuk cheesecake ini, kami menggunakan dark chocolate yang di parut nipis kemudian ditaburkan diatas kek ini.

Gambar oleh Ahmad Ariff


Ini dia cheesecake 500gm yang pure cheese nya tanpa tepung.



Ariff membuat kek ini menggunakan kaedah double boiling sebab mixer saya rosak, jadi dia harus membuatnya secara manual atau menggunakan tangan.

Secara ringkasnya kalau menggunakan mixer masa dapat dijimatkan dengan ketara.  Kita hanya perlu,
Campurkan gula kedalam cream cheese dan putar dengan mixer pada kelajuan perlahan dulu sampai cheese menjadi lembut, kemudian baru di tukar ke tahap sederhana.
Masukkan semua telur dan putar lagi (speed perlahan).
Sekarang masukkan whipping cream dan yogurt sekali. Putar pada speed perlahan sehingga halus dan licin.
Bila adunan dah jadi cantik tuang masuk kedalam loyang crumbled cookies tadi dan mula masak. Mudahkan.

Jadi disini ada dua pilihan dan cara yang boleh kita guna pakai untuk membuat cheese cake yang sedap gile ni.


Masa penyediaan : 30 minit / Masa memasak : 1 jam

Anggaran cost    :
Cream cheese    : RM 15.00
Dark choc         : RM    1.00 (saya hanya pakai sedikit utk hiasan jadi saya kurangkan kosnya disini)
Whip cream      :  RM   6.50
Telur                 : RM    1.60
Biskut               : RM    3.00
Butter               : RM    3.20 (separuh)
Yoghurt            : RM    1.90

Jumlah                 RM 32.20

Kalau kita tengok pada anggaran kos ni, kita boleh agaklah ya kenapa cheesecake ni di jual pada harga yang sangat mahal walaupun hanya sepotong.

Selamat mencuba,

Rose
7th.May '14 (1710hrs)

2 comments:

  1. The cheesecake lookkkk soooo amazingg kakk...!!!
    Terus lapo dh ni

    ReplyDelete
  2. Agreed. Looks good and taste lagi sedap..

    ReplyDelete