Blogger templates

Tuesday 22 October 2013

Pulut Serunding Ala Sushi

Salam semua,

Saya baru buat pulut untuk makan petang semalam. Serunding hari Raya Haji pun masih ada. Jadi saya terfikir macamana nak buat bagi nampak cantik dan menarik pulut serunding ni.
Lepas tu saya dapat satu idea. Saya ikut macam Jepun buat sushi.
Kita kena ada bahan dia. Tapi tak mahal pun.

Tikar sushi
Tikar sushi ataupun sushi rolling mat, harga dia dalam RM4.00 macam tu saja. Kat kedai barang-barang plastik pun ada jual.

Nori seaweed ataupun rumpai laut
Dan lagi satu ialah nori seaweed. Ni pun tak mahal sangat. Saya beli dengan harga RM7.90. Boleh simpan lagi sebab tak guna semua. Rasanya kat semua pasaraya pun ada.

Jadi macam mana, nak try dak? Okay kalau nak try, jom kita buat. Untuk pulut, saya tak payah tunjuk lagi dah sebab dalam post yang lalu dah ada. Ini link dia: Pulut Inti .

Nak resipi serunding juga? Actually resipi serunding sama macam kita nak buat rendang. Tak kiralah rendang daging ke, ayam ke, sama ja. Tapi tak apa. Saya tulis juga serba ringkas

Bahan2 untuk serunding:

1/2 kilo daging
Daun kunyit dihiris halus
serba sikit kulit k.manis, buah pelaga, bunga cengkih/lawang
3 sudu besar cili kering yang di kisar
3 sudu besar kerisik
4 sudu besar gula merah
sikit jintan manis dan serbuk ketumbar

1 inci lengkuas & sikit halia hidup
5 ulas bwg merah/ 4 ulas bwg putih
sikit kunyit hidup
(semua bahan dlm tulisan biru di kisar)

Mula-mula tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Selepas tu masukkan semua bahan (dalam tulisan biru) dan biar sampai naik bau dan agak kekuningan.


Sekarang masukkan cili yang dikisar tadi bersama dengan daging.
Masak sehingga daging betul-betul empuk. Jangan lupa masukkan garam dan gula merah serta serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar.
Didalam serunding kita kena lebihkan sikit gula sebab ia akan menjadi inti untuk makanan yang lebih dominan seperti pulut. Baru naik rasa dia.


 Masukkan air sehingga menutupi daging dan tutup dengan tudung periuk.Masak sehingga kuahnya betul betul kering. Kalau ada non-stickpan lagi senang. Saya tak pakai santan. Tanpa santan makanan boleh disimpan lebih lama.

Bila dah kering angkat. Disini saya buat kerja senang. Masukkan kedalam blender dan kisarkan daging tadi sehalus mana yang kita mahu. Separuh orang suka carik2kan daging tu. Saya suka jadi halus. Ikut selera kita.
Daging dah dikisar
Bila dah selesai kisar, saya masukkan balik kedalam kuali dan masak lagi tanpa minyak atas non-stick pan sampai betul-betul kering dan seroi.
Kalau rajin, bila dah siap masak daging ni, bawa keluar kat depan atau belakang rumah, tengok matahari terik, jemurkan dalam 3 jam macam tu. Bawa masuk dan masak lagi sekali  diatas api perlahan tanpa minyak.

Boleh di simpan dengan lebih lama.



Selesai sudah cara nak buat serunding. Sekarang kita cuma nak balut pulut kita dengan serunding.
Mula-mula letakkan tikar sushi dulu. Lepas tu saya lapikkan dengan aluminium/tin foil supaya tak melekat pulut di tikar nanti.
Sekarang ambil sekeping nori sheet dan letakkan diatas tikar/aluminium foil. Tengok gambar diatas.

Tarik nori sheet sampai kehujung tikar kemudian mula gulung. Gulung dengan kejap (makna kejap ketat atau kuat)

Bila dah habis gulung, buka perlahan-lahan sebab nori sheet ni senang koyak. Oh ya, saya sapukan sikit butter kat nori sheet ni supaya tak  senang koyak.


Tengok, dah siap pulut serunding ala sushi. Walaupun kita jarang buat benda-benda macam ni, elok juga sekali sekala kita buat terutama kalau ada jamuan makan atau harijadi di rumah. Nampak lebih menarik.
Dan rasanya, sangat sedap sebab nori seaweed ni kalau makan macam tu saja pun sedap.

Anggaran cost :

Pulut 1/2 kilo    : RM 2.50
Nori sheet        : RM 2.00 ( 3 keping)
Daging 1/2 kilo : RM 12.00 (daging segar)
Bahan2 lain      : RM  3.00

Jumlah             : RM 19.50

Salam hormat dari saya
Rose
22nd.Oct '13

No comments:

Post a Comment