Blogger templates

Saturday 5 October 2013

Kuih Kacang Hijau atau Kuih Kasturi


Salam Sabtu dan selamat petang semua,

Tadi saya buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dibuat minum petang. Ada tiga empat container kat dalam tu yang saya guna untuk menyimpan segala macam bahan. Tinggal yang akhir, saya buka tengok, ada left-over bubur kacang hijau.

Nak buang sayang jadi saya improvise buat kuih kasturi atau cucur kacang hijau. Oh, ada satu lagi nama untuk cucur ni, kuih rengas. Jadi, ikut kitalah nak sebut nama apa.

Kalau ikut resipi kuih ni, kita rebus kcg hijau sampai empuk, sejat air, kemudian masukkan gula, sikit garam dan kelapa parut. Masukkan tepung gandum dalam dua tiga sudu besar utk melekatkan kacang tersebut.



Untuk batter dia pulak, kita pakai tepung beras, tepung jagung sikit, air kapur dan garam. Gaul semua. Batter ni seeloknya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Saya tak bagi sukatan sebab rasanya semua boleh agak nak masukkan banyak mana airnya.

Kerja saya jadi senang sebab semua dah sedia. Saya cuma perahkan keluar lebihan santan pada kuih ni, kemudian saya tambah kelapa parut dan sikit tepung. Itu saja.

Selepas tu, kita ambil sikit dari gumpalan kacang tu dan kita leperkan ia macam gambar diatas,


 Dah siap untuk di goreng dan dah di goreng. Jom kita sit back and have some tea with our traditional Kuih Kasturi.

Tips pesanan : Kalau boleh jangan dibazirkan apa saja makanan yang tak habis. Kita ambik dan simpan dlam freezer (yg mana yg boleh disimpan) dan boleh di olah (atau improvise) untuk buat benda lain ataupun senang cerita kita boleh panaskan semula makanan tu.

Salam dari saya,
Rose
5th.October '13

No comments:

Post a Comment