Blogger templates

Sunday 13 October 2013

Macaroni Daging

Salam semua,

Dah jemu nak makan nasi malam ni? Tak tau nak masak apa untuk famili? Jom kita cuba masak makanan kegemaran mat salleh pulak. Macaroni. Tapi saya tak buat yang selalu dia orang buat tu iaitu macaroni and cheese. Saya buat macaroni dan daging. Rasanya lebih sesuai dengan selera kita di sini.

Bahan yang diperlukan :
170gm daging cincang (saya guna corned beef)
1 labu bwg besar dipotong nipis
2 ~ 3 ulas bwg putih di rincik kasar
2 sudu minyak zaitun
1/2 sudu teh serbuk cili kasar (chili flakes)
1 tin tomato puree
segenggam daun ketumbar (dipotong kasar)
1 sudu besar lea & perrin sauce
sikit serbuk lada hitam, sikit garam dan sikit gula

Semua barang dah ada kan? Jom kita mula:

Kalau hidangan untuk 4 orang, kita pakai lebih kurang 250gm macaroni cukup lah. Jangan buat semua nanti membazir pulak.(dipacketnya ada tertulis)
Panaskan air dulu sehingga mendidih. Tuangkan sikit minyak zaitun anggaran 1 atau 2 sudu.Lepas tu baru masukkan macaroni tadi dan biar sehingga lebih kurang 10 min. Angkat dan toskan.



Sekarang kita mula masak :
Seperti biasa panaskan minyak zaitun didalam kuali. Kemudian masukkan daging cincang tadi dan masak sampai agak kekuningan.

Kalau kuali agak kering, tambah sikit minyak dan masukkan pula bwg besar dan bwg putih. Kacau lagi sampai bawang merah jadi layu.


Sekarang masukkan tomato puree tadi bersama dengan garam dan gula serta serbuk lada.Kalau nak pedas, masukkan serbuk cili, kalau tak suka tak payah. Kacau biar rata. Sekarang bolehlah di campak masuk macaroni yang dah kita masak tadi dan gaul rata. Terakhir masukkan lea n Perrin sos dan juga daun ketumbar.


Kacau sebentar dan dah boleh di angkat.
Hidangan yang senang dan murah utk disediakan.

Selamat menikmati hidangan anda.

Anggaran Costing :
Daging 250gm          - RM 4.50
Macaroni  (1/2 pck) - RM 2.50
Lain-lain bahan         - RM 2.00

Jumlah                        RM 9.00 utk 4 orang    

Salam dari saya,
Rose

1 comment: