Blogger templates

Sunday 18 January 2015

Tempat Mandi Paling Cool - Sungai Chiling


Pagi semalam iaitu pagi Ahad (18/1/15), Sophie tak ada kerja atau apa-apa assignment jadi dia ada dirumah dengan saya.

Masuk pukul 10.00pagi dia cakap, "ma, jom keluar pi mana-mana."
Saya jawab, "mama tak da duit.
Dia jawab, "Opie pun tak ada duit, tapi jom kita cari tempat yang tak payah pakai duit."
Saya kata, "ok lah. Opie cari, mama nak clear dapur sat."

Selepas setengah jam macam tu dia kata, "Ma , jom pi waterfall."
"Waterfall? Kat sini, waterfall mana yang dekat dengan kita?"

Ada satu tempat ni nama dia Sungai Chiling, dekat dengan Kuala Kubu Baru. Saya tak pernah dengar pun nama tempat ni. Kalau tambah lagi satu L kat Chiling ni dah jadi Chilling bermaksud menyeramkan didalam bahasa Inggeris. Tapi tak seram pun, indah tempat ni.

Saya tanya Sophie berapa lama nak sampai sana, dia kata dalam satu jam.
Since kami berdua free, saya cakap oklah. Tak sempat nak masak pun.

Kami keluar rumah dalam pukul 11:30pagi dan sampai hampir 12:20tengahari.
Kami tak pakai GPS pun, main agak-agak ja.
Sophie kata dalam article yang dia baca depa tulis sebelum sampai situ, kita mesti pass by satu empangan , nama empangan tu ialah Empangan Sungai Selangor. Besar gila!

Jalan sunyi macam tak ada penghuni. Mula-mula kami agak risau takut tersilap jalan. Tapi kami masih teruskan juga sehingga sebelum sampai kami nampak satu van, ada anak-anak muda mat salleh tengah keluarkan tayar tube dari van mereka.
Saya berpaling pada Sophie dan kata, "memang sah ni tempatnya sebab budak-budak ni for sure nak main tubing."

Memang betul, sat saja selepas tu kami sampai. Percaya atau tidak, punya banyak kereta sampai kami pusing dua kali sebelum dapat parking. Mungkin kami berdua saja yang tak tahu kewujudan tempat ni walhal semua manusia lain dah sampai awal.


Oh ya sebelum saya terlupa, tempat ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Bayaran masuk RM 1.00 saja.


Di sini tak ada jalan besar untuk masuk ke dalam. Ada laluan kecik atau track macam gambar diatas. Ikut saja track ni dan kita boleh buat pit stop kat mana-mana tebing yang kita nak singgah.


Kalau nak sampai ke waterfall nya, kami dimaklumkan perjalanan ambik masa 1 jam pergi, satu jam balik. Eii.. tak sanggup mak cik nak jalan, mau nya terbaring 2 hari kalau berjalan jauh macam tu.

Tempat ni memang bersih. Semasa mendaftar masuk, kerani di situ akan tanya apa barang kita bawa masuk dan kalau ada plastik makanan atau apa apa saja, dia orang dah pesan bawa balik sampah sarap. Saya suka macam tu, elok dan terjaga tempat ni.


Saya nampak ada yang bawa grill sendiri dan bakar makanan kat situ. Ada rapid yang laju dan deras dan ada yang biasa macam gambar yang saya ambil ni.


Ni tempat kami mandi. Track laluan kat sebelah sungai ni saja, walaupun hanya kami berdua di sini tapi tak terasa takut sebab ada ramai yang lalu lalang, semuanya nak ke tempat yang lebih tinggi.

Dan seperti biasa, saya yang umur dah separuh abad ni nak berlagak macam umur 20-an, tergelincir dan jatuh kedalam air. Walaupun betis dan pergelangan buku lali, merah dan sakit, saya buat tak peduli dan rendamkan kaki lama-lama dalam air yang sejuk macam air ais, jadi tak sempat nak bengkak kaki saya tu.
Bangun pagi tadi alhandulillah, tak ada-ada yang teruk dan kami berdua sangat enjoy our outing yesterday.

Sampai ketemu lagi! Salam dari saya,
Rose
19th.January '15

No comments:

Post a Comment