Blogger templates

Sunday 11 January 2015

Jem Nenas

Salam semua,

Dalam peti sejuk saya,ada lebihan nenas yang kakak saya bagi, manis betul. Buah ni pula jenis besar dan dirumah hanya kami bertiga, jadi tak boleh nak habiskan.

Makan dengan rojak dah, paceri nenas dah, terakhir saya fikir daripada membazir, baik saya buat jem. Arwah tok saya dulu, kat belakang rumah dia ada pokok rambutan masam, semua tak mau makan. Jadi buah tu dibuatnya jem. Hah..dah berebut pulak.

Cara nak buat jem ni pun sangat mudah , tak perlu banyak bahan. Kita cuma perlu :

1/2 biji nenas
1  1/2 cawan gula  perang  & gula putih (ikut kesukaan kita, kalau nak lebih manis, lebihkan gula)
sikit garam
sikit tepung
2 cawan air
1 kulit kayu manis (kecil)

Mula mula :


1) Kisar nenas sehingga halus. (Kalau nak kasar, boleh di kisar kasar)
2) Tuang masuk kedalam kuali


3) Masukkan air,gula dan kulit kayu manis. Masak dengan api perlahan.

4) Disebabkan saya menggunakan nenas mentah, saya masak sehingga lebih kurang satu jam.

5) Biar sehingga air mula menyejat dan nenas sudah mula kental.

6) Masukkan sikit garam. Ini utk menaikkan rasa jem yang telah kita maniskan dgn gula yg banyak.

7) Saat hampir masak, sekiranya masih ada air di permukaan, ambil tepung dan renjiskan kedalam jem dengan menggunakan hujung jari.


8) Bila jem dah menyejat dengan sempurna, tutup api dan sejukkan.


Masukkan kedalam botol dan simpan didalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.


Selamat mencuba!

Salam dari saya,
Rose
11th.January '15

No comments:

Post a Comment