Lama sungguh saya tak update blog masak ni. Malam tadi kami tinggal dua beranak saja, Sophie dan saya. Si Sara balik Langkawi sebab nak ambik result SPM.
Jadi, atas permintaan Sophie, saya buat salah satu jenis dim sum. Saya buat dumpling pakai udang dan ayam.
Sangat mudah dan elok untuk diet kita. Tak terlalu berat sebagai makan malam.
Jadi,jom sama-sama kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:
10 ekor Udang segar (dibuang semua kulitnya)
2 ketul isi ayam (anggaran tapak tangan kita)
Sikit garam
Sikit lada putih
1 sudu makan gula
1 sudu makan sos ikan
Segenggam daun ketumbar
1 packet kulit wantan
Kulit wantan |
Kemudian baru dikisar udang bersama dengan daun ketumbar tadi.
Sekarang campurkan semua bahan-bahan seperti lada putih, garam,gula dan sos ikan. Gaul sehingga mesra dan sebati.
Cuba rasa dulu, sekiranya kurang masin, boleh ditambah sikit garam, kalau terlebih masin pula taburkan sikit demi sedikit tepung jagung sehingga kurang masinnya. Kalau agak keras, tambah sikit air utk melembutkan semula.
Sekarang ambil sehelai kulit wantan, letakkan dalam bekas yang mendatar. Ambil sesudu (sudu yang bersaiz sedang ) dan letakkan diatas kulit wantan.
Tarik dua penjuru dulu dan pegang, kemudian ditarik dari 2 belah penjuru pulak dan pintalkan.
Dah siap.
Di atas dapur, panaskan steamer kita. Kalau ada bakul dim sum macam di dalam gambar boleh pakai bakul ni. Kalau tak ada pun tak apa, masukkan terus ke dalam steamer kita.
Bila air dah mendidih, letakkan satu persatu dumpling kita dan tutup. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
Bila dah masak, angkat keluar dan dah boleh dihidangkan.
Saya juga ada menggoreng sedikit daripada dumpling ni. Biasalah, orang kita kan suka makanan bergoreng. Juga sangat sedap. Jadi bolehlah kita mencuba kedua-dua versi. Pilih mana yang lebih kita suka.
Sosnya saya padankan dengan sos siam. Kalau tak ada, ini cara termudah untuk membuat sos manis.
Kita perlukan cili merah, bawang putih, cuka, garam, gula, air dan sikit minyak zaitun. Panaskan minyak zaitun tumis sebentar kemudian masukkan semua bahan dan masak sehingga sos menjadi pekat. Mudah kan?
Jadi buat semua, selamat mencuba!
Salam dari saya,
Rose
20th.March '14
No comments:
Post a Comment