Blogger templates

Monday 9 September 2013

Tart Multi Lapis

Assalamualaikum semua,

Jenuh juga nak cari resipi apa pulak nak letak dalam entry terbaru saya ni. Jadi bila saya belek2 balik resipi yang dah ada kat blog ni, saya ternampak egg tart resipi yang saya letak dulu. Dari situ saya dapat idea nak buat tart multi lapis ni.
Jom cuba, agak senang tapi banyak kerja. Rasanya? Memang berbaloi, sedap betul.

Untuk pastri, kita perlukan bahan sama macam nak buat egg tart:

i) 50 gm butter (keluarkan dari peti sejuk dulu)
   80 gm gula kastor
   230 gm tepung gandum
   1 biji telur
   sikit esen vanila

Mula-mula pukul gula butter sampai kembang. Warna agak keputihan
Lepas tu, masukkan pula telur dan esen vanila. Pukul lagi sampai sebati elok.
Sekarang masukkan pula tepung dan pukul lagi sampai rata.
Kalau mixer kita dah tak boleh nak pusing adunan tu, kita gunakan tangan.
Adunkan sehingga menjadi doh. (Di sini kita kena tengok tepungnya. Seeloknya tepung tu tak terlalu padat. Sebab kalau terlalu padat, pastri dia tak jadi crumbly (ataupun rangup)


Tengok gambar diatas. Kita nak doh yang mcm ni.
Okay, bila dah siap doh kita, balutkan dalam cling wrap dan simpan dlm peti sejuk dalam setengah jam.

ii) Sekarang kita nak buat filling dia pulak.
    Filling satu : 3 sudu besar seri kaya
                      3 sudu besar susu segar
                      1 sudu besar tepung gandum
( Pasang api perlahan dan masukkan susu segar bersama dengan seri kaya. Lihat kepekatan dia. Kalau agak cair lebihkan tepung. Kalau tidak ikut sukatan di atas. Angkat dan ketepikan )
Atau pun kalau nak kerja senang pakai terus serikaya yang kita beli di kedai tu. Lebih cepat.

   Filling dua  : Santan RM 1.00
                      Sikit garam
                      2 sudu tepung gandum
                      1 1/2 sudu tepung beras
 ( Seperti diatas, buka api perlahan, masukkan santan dan garam dan kacau sebentar. Kemudian masukkan pula tepung gandum dan tpg beras. Sikit pewarna hijau (kalau suka). Kacau sehingga menjadi kental.
Angkat dan ketepikan.

Filling tiga     : 50gm tepung hoen kee (tiub putih)
                      Gula 4 sudu besar
                     Air 1 cawan
(Masukkan kesemua bahan dan masak atas api perlahan sehingga warna hijau tepung ini bertukar menjadi hijau jernih. (Boleh buka tengok resipi kuih tako)



Dah siap semua fillings tadi, kita buat pastri dia pulak. Keluarkan doh dari peti sejuk. Sekarang canaikan doh dan potong bulat-bulat (pakai cawan untuk bulatkan pun boleh)

Kalau nak kulit pastri tebal, tebalkan doh nya. Saya tebalkan doh hampir 34cm, kemudian bila masukkan dalam acuan dan ditekan, pastri dia tak mudah berderai sangat.

Pasang oven pada suhu 170darjah. Bila dah panas masukkan acuan kedalam dan bakar lebih kurang 15 hingga 20minit atau sehingga pastri menjadi keperang-perangan.

Keluarkan pastri dan sejukkan sekejap. Sekarang bolehlah kita isikan inti selapis demi selapis. Boleh letakkan tepung tako paling bawah, kemudian, lapisan kepala santan (lapisan santan ni utk mengimbangi rasa manis yang ada pada inti2 lain), terakhir serikaya di atas. Ikut mana yang kita suka nak buat.




Alhamdulillah, dah pun siap tart multi lapis kita. Masa yang di ambik agak lama iaitu lebih kurang 1  1/2 jam tapi berbaloi. Kulit pastri ni boleh di buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk.



Selamat mencuba!

Rose
9th.Sept '13

No comments:

Post a Comment