Blogger templates

Wednesday 25 September 2013

Baklava

Assalamualaikum semua,

Perasan dak kebelakangan ni orang suka makan dessert dari luar negara. Contohnya macaroon dan pavlova. Ada lagi satu, iaitu baklava. Pencuci mulut ni berasal dari timur tengah. Orang Turki kata depa punya. Orang Greek pun kata makanan depa, orang Arab pun mengaku depa punya. Tak palah. Yang tu dia orang punya hal.
Yang saya tau, bila saya cuba buat kat rumah malam kemarin, rasanya memang teramat sedap. Bagi saya lah. Kalau pada orang lain saya tak berani jamin.
Dan untuk memuaskan hati saya samada baklava saya ni menjadi atau tak, Saya potong dua keping dan minta suami saya beri kepada pelancong dari Arab (Oman) untuk merasanya. (Kami terlibat di dalam sektor pelancongan)
Alhamdulilah, pelancong tu telefon saya sendiri dan bagi tau memang sedap, rasa macam dari buatan negaranya sebab rasanya yang masih fresh. Memang fresh sebab semua bahannya saya baru beli .
Agak senang untuk membuatnya cuma harus lebih teliti dan sangat renyah.

Baiklah, jom kita mulakan dengan bahan2nya :


1 kotak pastri Fillo/Phyllo (pastri  ni  agak sama dgn kulit popia tapi lebih fragile)
   
Saya letak serba sikit jenis kcg supaya senang pembaca nak tengok .

 Untuk fillings/ inti :

1 1/2 mug kcg pistacchio
1 1/2 mug almond
1 mug kcg walnut
(kacang2 ni boleh dikurangkan kuantitinya tp kalau nak rasa sedap dan lemak bolehlah ikut sukatan di atas)
Semua kacang diatas kecuali bread crumb, haruslah di kisar bersama. Jangan terlalu halus.

1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh serbuk k.kayu manis
1/2 mug bread crumb/ serbuk roti

Bila dah kisar, barulah kita campurkan semua bahan lain seperti bread crumb, serbuk buah pala dan k.kayu manis. Ketepikan.

Tiga jenis kcg yg di kisar bersama



      Untuk Sirap gula
Lemon - ambil jus nya saja
2 cwn gula pasir
1 cwn madu
1 sudu besar jus lemon
1 1/2 cawan air
1 keping kulit kayu manis

Masak semua bahan ( didalam tulisan biru) hingga larut. Masak sehingga sirap ini menjadi agak likat. Jangan terlalu cair dan jangan pulak terlalu pekat.
Bila dah masak biarkan betul betul sejuk dan ketepikan. Elok dimasak 3 atau 4 jam lebih awal.

1  1/2 senduk besar butter yg di cairkan. 
Masak lebih awal juga. Boleh dilakukan sama masa seperti sirap gula tadi.
Ketepikan dan biar sejuk.

Sekarang kita mula buat baklava. Sediakan loyang. Saiz ikut sendiri. Tapi filo pastri ni besar potongannya. Sedangkan loyang saya kecil. Jadi saya potong siap-siap ikut ukuran loyang saya.
Pembaca juga boleh buat yang sama.

Okay, griskan dulu bahagian bawah loyang dgn melted butter kita tadi. Sekarang letakkan sehelai filo pastri dan lekapkan dengan mengguna berus yg agak lebar.
Ulang lagi dengan meletakkan sekeping filo pastri dan griskan lagi.
Ulang perkara yang sama sehingga dapat 8~ 10 keping pastri.


Tengok gambar seperti di atas. Setiap helai kita griskan dengan mentega cair.
Sekarang, kita taburkan kacang kisar tadi diatas pastri. Ikut kita samada nak tabur banyak atau sikit.
Kita masih ada banyak layer lagi nak buat. Jadi buat anggaran yang tepat.

Ini first layer. Untuk layer seterusnya, kita letakkan lagi sehelai demi sehelai pastri tapi kali ni, tak perlu sampai lapan layer, cukup dengan 4 layer sahaja.
Di ikuti dengan taburan kacang. Kita lakukan sampai kcg habis.
Bila dah habis kacang, kita lapikkan lagi dengan empat atau lima layer. Griskan dengan melted butter dan sedia untuk di bakar.
Sebelum di masukkan kedalam oven, ambil pisau yang tajam dan potong seperti gambar di bawah dgn hati-hati sbb pastri ni sgt mudah terkoyak. Tak perlu potong sampai ke bawah sangat.
Sedia untuk di bakar. Dah di griskan dan di spray air.

Sementara tu, pasang oven pada suhu 160 darjah Celsius dan biarkan betul betul panas.
Sebelum kita masukkan Baklava ke dalam oven, ambil spray air, dan spray sikit diatas permukaan atas baklava tadi.
Sebabnya pastri ni cepat kering jadi dia akan cepat terbakar.
Harus di masak selama lebih kurang sejam.

Setengah jam pertama, kita tengok, kalau permukaannya dah keemasan, keluarkan dan tutup dengan aluminium foil. Masukkan semula kedalam oven dan bakar lagi setengah jam.
Baklava dah masak
Sekarang, Baklava kita dah masak. Keluarkan dan ambil sirap gula kita tadi dan tuangkan perlahan-lahan kesemua bahagian Baklava tadi. Semasa sirap dituangkan, akan terhasil bunyi seolah-olah kita menggoreng, bermakna dah masak elok Baklava kita. Tuang lagi sampai air gula itu sampai kesemua tempat.
Saya tak pakai semua sirap ni sebab terlalu manis buat saya.
Ini rupa baklava selepas empat jam

Untuk result yang terbaik, biarkan Baklava ini selama lebih kurang tiga atau empat jam supaya semua air gula itu dapat meresap kesemua bahagian.

Memang agak renyah menyediakan pencuci mulut ini tapi utk special occasion boleh lah kita cuba buat sekali sekala.

Note : Filo pastri cepat kering. Seeloknya kita ambil sekeping atau dua dulu, dan tutup dengan plastik bagi yg belum digunakan. Bila nak guna baru buka dan ambil lagi.

Cost : (Anggaran)
Fillo pastry              : RM 15.00
Semua jenis kacang : RM 35.00
Mentega                 : RM    2.00
Lain lain bahan        : RM    3.00

Jumlah                    : RM 55.00

Resipi yang paling mahal sepanjang saya menulis blog masakan ni.

Salam hormat,
Rose
25th.Sept '13



2 comments:

  1. Thanks for the recipe.. nanti saya nak cuba buat.

    ReplyDelete
  2. noemilita, silakan. baklava ni betul2 sedap, cuma banyak kerja sikit..

    ReplyDelete