Blogger templates

Sunday 29 September 2013

MEE KUAH MYANMAR



Salam semua,

Kebanyakkan kita suka makan mee,kan? Tak kiralah mee apa pun, baik mee goreng mau pun mee rebus, semua kita suka. Jadi, saya pun fikir, resipi mee apa pulak saya nak letak kat sini. Saya tak nak lah yang selalu kita buat kat rumah. Cari punya cari, saya dapat resipi mee ni dari satu blog Myanmar. Saya tak ikut 100 peratus sebab nak ubahkan sikit ikut selera kita. Dalam resipi asal mereka gunakan terlalu banyak stok ayam jadi saya kurangkan sikit di sini.

Bumbu bwg besar, bwg putih, kunyit dan halia
Jadi. jom kita cuba buat sama-sama :

1 biji bwg besar dipotong kecil
3 ulas bwg putih
1 inci kunyit hidup
sikit halia
( keempat2 bahan ni dikisar sekali)

Sikit garam dan lada hitam
2 sudu besar tepung kcg kuda (gaulkan dgn stok maggi 1/2 cawan) *

Stok ayam maggi (belum di campur tpg kcg kuda)


3 ketul isi ayam dipotong kecil ( digaul dengan garam dan lada hitam)
2 biji telur  (direbus sehingga masak) dan dipotong spt gambar di atas
1/2 cawan stok ayam maggi dicampurkan dengan 1/2 cawan air (untuk kuah)
5 keping tauhu kering ( dibelah dua)
1 sudu teh serbuk chili thai (kasar)
1 cawan santan


Mula-mula panaskan kuali dan goreng kilas ayam yg disalut garam dan lada tadi. Biarkan separuh masak. Angkat dan ketepikan.


Sekarang, tumis bahan kisar kita tadi sehingga naik bau. Selepas tu masukkan kunyit dan serbuk cili.


Sekarang masukkan ayam, stok ayam, sikit garam dan tpg kcg kuda. Masak sehingga sepuluh hingga lima belas minit gitu. Terakhir masukkan santan dan telur yang direbus dan di hiris nipis tadi.
Kalau nak lebih cair, boleh tambah air. Ikut selera masing-masing.
Warna mee ni memang agak pudar

Ini dia, mee kuah Myanmar. Pendapat saya? Boleh tahan lah rasa dia. Tapi my other half (suami saya) suka, dia kata sedap. Anak-anak dan teman2 kat luar sana boleh cuba sebab cepat dan mudah sangat nak buat. Bahan dia pun senang nak cari.

Salam hormat dari saya,

Rose 29th.Sept '13



No comments:

Post a Comment