Blogger templates

Wednesday 18 September 2013

Sotong Asam Berempah


Salam semua,

Tadi tengahari saya masak yang ringkas-ringkas saja. Masak kari ikan, sayur campur dan sotong asam yang akan saya tulis resipinya di bawah. Masak asam macam ni sedap di makan bila mulut rasa payau (bahasa kedah. Saya tak tau tempat lain sebut apa.

Jom kita tengok bahan2nya:

Bwg putih/merah, halia dan rempah garing

Sotong 6 ekor (dipotong dan dikelar sikit serta dibelah dua)
6 tangkai cili kering
Bwg putih, bwg merah dan halia
1 sudu makan sos sotong
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar rempah daging
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu besar santan
Batang saderi di potong memanjang

Kita mulakan dengan menumis rempah daging dulu. Tumis sedikit bwg putih dan merah dan masukkan rempah daging tadi bersama dengan serbuk cili. Bila dah pecah minyak, masukkan pula santan.
Masak sehingga rempah menjadi garing dan hampir kering. Ketepikan dulu.

Sekarang dengan sedikit minyak, di dalam kuali berasingan, masukkan cili kering dulu dan goreng sekejap. Selepas tu baru dimasukkan bwg putih/mreah dan halia, tumis sehingga naik bau.

Ambil sos sotong dan kicap manis  dan masukkan kedalam tumisan kita tadi. Tambah sikit air.


Bila semua dah sebati, baru campak masuk sotong kita tadi. Tak perlukan garam tapi kalau rasa kurang masin, bolehlah di tambah sikit garam.

Gaul sebentar. Masukkan air asam jawa dan juga batang saderi.

Terakhir baru dimasukkan rempah garing yg kita goreng awal tadi.



Tengok dah pun ready sotong asam berempah kita. Sedap tau. Tak payah makan dengan lauk lain lagi dah. Makan ni dengan nasi pun dah cukup sedap.

Costing : Anggaran
Sotong 6 ekor                       - RM 3.00
Santan                                   - RM 0.50
Bahan bumbu                        - RM 1.00
Bahan hiasan & rempah ratus - RM1.00

Jumlah                                  : RM 5.50 untuk 4 orang


Rose
18th.Sept '13




2 comments: