Blogger templates

Tuesday 1 December 2015

Makan- Makan Di Alam Budiman

Salam semua,

Hari Ahad lepas ( 29hb.Nov), saya bersama Sophie dan Sara tidak kemana-mana, kiranya free lah hari tu. Sophie ajak saya dan adiknya keluar makan. Saya tanya nak makan kat mana, dia kata kat mana yang kereta kita bawa kita pergi.

Jadi, kami  jalan-jalan ke arah Puncak Alam ambil tengok rumah-rumah kediaman yang banyak dibina disitu.
Kami ikut sehingga jalan menunjukkan kami menghala ke Shah Alam. Kami melepasi satu lampu isyarat apabila saya ternampak satu deretan shop lot disebelah kanan kami. Di salah satu papan tanda disitu tertulis Restoran Haji Sharin Low.



Restoran ini terletak di Alam Budiman, Shah Alam.  Kami sampai agak awal, iaitu baru pukul 12 tghari. Sebelum kesini, saya dah biasa nampak restoran ni di tempat lain, maknanya ada beberapa cawangan di sekitar Selangor ni tapi tak pernah berkesempatan nak menjamu selera disini.


Apa yang saya suka disini ialah, menu yang disediakan adalah mesra pelanggan. Semua orang boleh makan disini. Kita sedia maklum yang makanan Cina selalunya agak mahal (selalunya melebihi bajet kita), tetapi disini menunya  disediakan dengan cara set menu.

Walaupun jenis setnya ialah satu set merangkumi 1 nasi dan 1 jenis lauk, tetapi kita mempunyai pilihan untuk membuat pesanan mengikut kegemaran kita.


Ini set yang Sara minta, nasi and sour & sour sauce. Kalau tak silap harganya RM 9.00



Yang ini pula Sophie punya, Kung Pao Chicken.


Dan ini yang saya order, Kam Heong Fish. Saya order yang ini sebab waiter tu cakap rasanya pedas. Itu sebabnya saya order yang ini, tapi pedasnya lebih kepada pedas rempah kari bukan cili.


Side order kami ialah lemon chicken. Kenapa banyak sangat chicken sebab budak budak ni hanya akan rasa lebih hidup kalau dapat makan ayam..hai..tak tau nak kata apa lagi dah!

Apa pendapat saya tentang restoran ni? Jawapan nya ialah tidak mengecewakan. Servis agak cepat. Kami hanya tunggu lebih kurang 10 minit sebelum pesanan kami sampai.
Saya kira ada lebih kurang 5 orang waiter dan 5 orang tukang masak. Itu yang saya nampak pada waktu itu. Semua budak lelaki jadi mereka lebih pantas bergerak.

Tentang makanannya pulak, juga tidak mengecewakan. Kalau drp 5 bintang, saya bagi 3 bintang. Portion makanan agak besar dan rasa rempah ratusnya ada.

Harganya? Bagi saya sangat berpatutan. Kesemua hidangan diatas yang kami makan ditambah dengan 3 gelas air, semuanya pada harga RM 45.10.

Macam mana? Harganya agak munasabah kan? Cuma satu yang saya kurang pasti, adakah cawangan nya ditempat lain mempunyai servis yang cergas seperti disini dan bagaimana pulak kualiti makanan di cawangan lain itu?

Apa pun, I was very happy we picked this place for our girl's day out lunch!
Happy makan semua.

Rose
2nd.Dec '15

No comments:

Post a Comment