Blogger templates

Saturday 28 February 2015

Roti Naan Di Jalan TAR

Salam semua,

Raya Cina baru baru ni semua ada kat rumah kecuali anak sulung yang tak dapat balik. Sophie ajak kami semua keluar makan pada hari raya Cina yang pertama tu, iaitu hari Khamis. Dia belanja!

Dia nak bawa kami makan kat satu restoran mamak kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), nama restoran tu ialah RSMY House Of Real Briyani.

Yang special kat sini ialah roti naan dia, iaitu Cheese Naan. Punya la banyak cheese yang di letak didalam roti tu sampaikan kalau makan kosong tanpa apa-apa kuah atau kari pun sedap.


Suasana dalam restoran ni macam kedai makan biasa saja. Tak ada apa-apa yang menarik perhatian, cuma semasa kami sampai, meja semua penuh. Nasib baik tak payah tunggu lama.


Ini dia roti cheese naan tu. Kami order juga daging kima dan ayam tandoori.


Ini rupa daging kima, tak sempat saya nak ambik gambar elok-elok. Bila berjumpa adik beradik macam ni la depa. Boleh tahan juga rasa daging ni.


Ayam Tandoori ni sangat tasty.


Ni dia star menu depa, roti naan. Macam selalu, disebabkan saya diabetic, sepatutnya tak boleh makan banyak cheese tapi malam tu saya bedal juga dua keping penuh. Ambik kau!

Harga tak la mahai sangat, RM 60.60 untuk 3 cheese nan, 1 garlic Naan, 1 Set Nasi Beriyani, I Daging Kima, 1 Ayam Tandoori dan air setiap seorang. Untuk cheese naan tempat ni, saya secara peribadi bagi 4 ****.


Ini nama restoran tu, RSMY House Of Real Beriani. Kalau susah nak cari, look out for Hotel Lotus ataupun Harrisons, kedai kain yang besar tu. Restoran ni terletak tak jauh sangat dari Harrisons. Anggaran saya lebih kurang 200 meter.

Ok lah. Nanti di lain kali saya update lagi di tempat lain pula.

Salam dari saya,
Rose
1st.Mar '15

No comments:

Post a Comment