Blogger templates

Thursday, 6 February 2014

Sa Hor Fun


Salam semua,

Sa Hor Fun, makanan kegemaran masyarakat Cina di negara kita. Saya sendiri sangat sukakan makanan ni. Sangat mudah nak buatnya. Macam nak goreng koay teow juga.

Ikutkan kita perlukan sejenis koay teow yang lebih lebar kepingan nya tapi saya tak jumpa. Lagipun kalau jumpa, mugkin pulak saya was-was nak guna. Jadi cara terbaik, kita gunakan koay teow saja.

Anyway, jom kita cuba buat :

1 kilo koay teow
1 biji telur
Setengah cawan stok ayam
2 cawan air kosong (kalau sukakan kuah lebih, boleh dilebihkan air, begitu juga sebaliknya)
6 ekor (atau lebih) udang yang dibuang kulit
2 ketul ayam yang dipotong nipis
2 sudu besar kicap cair masin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dan digaul dalam suku cawan air
sikit lada putih
sikit garam
4 ulas bwg putih dirincik kecil (separuh untuk digoreng kilas dengan koay teow dan separuh utk kuah)
2 ketul tauhu (ikut selera nak goreng sikit dulu ataupun nak masak terus secara mentah)
3 pokok sayur bak choy
Separuh lobak merah dipotong bulat

Antara bahan yang diperlukan

Mula mula tumis separuh dari bwg putih yg dirincik tadi. Bila dah agak kekuningan, masukkan koay teow dengan sedikit kicap manis dan goreng kilas didalam minyak tersebut.


Kacau rata, angkat dan ketepikan dulu.

Tumis separuh lagi bawang putih di dalam minyak yang sama.
Masukkan ayam dan tau hu dan goreng sebentar.

Sekarang tuangkan air dan juga stok ayam dan kacau lagi. Kemudian, masukkan kicap cair, sos tiram, lada dan sedikit garam.



Bila dah mendidih, masukkan pula sayur-sayur
Sekarang masukkan udang. (Saya letak udang hampir akhir sebab udang cepat masak)
Masukkan pula campuran tepung jagung dan kacau rata. Sos akan mula mengental.


Terakhir masukkan telur dan kacau supaya telur hancur .


Sediakan koay tewo yang digoreng kilas tadi didalam pinggan. Sekarang ambil kuah yang kita masak tadi dan tuangkan keatas koay teow tadi.

Inilah dia Sa Hor Fun versi saya. Sangat mudah dan sangat sedap.

Masa penyediaan : 10 minit / Masa memasak 7 minit

Anggaran kos :
Koay Teow
Telur                 : RM 0.40
Sayur                : RM 3.00
Udang/Ayam     : RM 3.00
Lain-lain            : RM 2.00

Jumlah              : RM 8.40 untuk 4 orang

Rose
6th.Feb '14

No comments:

Post a Comment