Blogger templates

Wednesday 23 July 2014

Biskut Coklat Dan Peanut Butter

Salam Ramadhan semua,

Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk 26 hari kita berpuasa hari ni. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk meneruskan perjalanan yang singkat ini.

Kebelakangan ni saya agak sibuk, jadi tak banyak masa yang tinggal untuk memasak. Apapun, memandangkan hari raya akan tiba dalam masa tiga lagi, saya cari satu resipi dari satu website dari  Australia dan saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Mana tau ada yang berminat nak buat cookies yang sangat-sangat mudah ni.

Saya harus bagi credit kepada website ni iaitu taste.com.au.

Jom kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan :


100gm unsalted butter (tengok kat pembalut ada tulis)
200gm dark choklat ( coklat memasak )-hancurkan coklat sehingga menjadi kepingan kecil
1/3 cawan (100gm) peanut butter yang kasar
2/3 cawan gula kaster (150gm)
1 biji telur dipukul sedikit
1  1/4 cawn tepung gandum (185gm)
1/2 sudu teh soda bikarb.
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan kacang tanah (dipanggang dan kirincik kasar)

1) Mula-mula, panaskan oven sehingga 180 darjah C

2) Didalam periuk yang dalam, masak air dengan api sederhana dan biar sampai mendidih. Tutup api.

3) Masukkan butter dan separuh dari coklat kedalam mangkuk yang tahan panas. Angkat mangkuk ni dan letakkan ke atas periuk yang berisi air panas tadi.
Wap dari air panas tadi akan mencairkan butter dan coklat.
Kalau terus jangan henti sampai butter dan coklat menjadi cair dan berkilat.

4) Bila dah elok cairnya dan berkilat, angkat mangkuk dan letak dibawah. Sekarang masukkan peanut butter, gula dan telur.

5) Kemudian masukkan pula tepung yang dah di ayak, soda bikarb dan koko. Sekarang gaul semua bahan sehingga sekata.

6) Didalam mangkuk asing, masukkan lebihan coklat tadi dan juga kacang panggang. Gaulkan sekali.

7) Sekarang ambil dulang yang dah dialaskan dengan kertas minyak. Ceduk sedikit adunan dan buat seperti bebola kecil. Kemudian leperkan dan tekan sikit dipermukaannya (dengan menggunakan belakang sudu) supaya menjadi lekuk. Sekarang ambil campuran coklat dan kacang panggang tadi dan letakkan diatas permukaan cookies tadi.

8) Buat sehingga penuh dulang.

9) Bakar selama lebih kurang 10~15 minit. Keluarkan dan sejukkan diatas rak dawai untuk 5 minit.



Masa penyediaan : 20 minit
Masa memasak    : 15 minit
Boleh dapat dalam 24 keping

Salam dari saya,
Rose
24th.July '14





2 comments:

  1. i will definitely try it before raya...looks yummy....Khairun

    ReplyDelete
  2. Ya and senang nak buat pun..

    ReplyDelete