Blogger templates

Saturday 20 July 2013

Sago Gula Melaka

Salam Ramadhan buat semua,

Semua tentu dah berbuka sebentar tadi. Hari ni kami berempat kat rumah. Saya masak semuanya. Malas nak keluar cari makanan kat luar. Pulak tu, terlebih rajin sikit terus buat dessert iaitu Sago Gula Melaka. Senang sangat2 nak buat dia. Kalau ada yang tak tahu boleh ikut resipi ni.

Kita perlukan :
Biji sago (kuantitinya ikut keperluan di rumah kita sendiri)
1 keping gula kabong dan 5 sudu besar gula merah
sikit garam
santan pekat

1) Pertama sekali rendam sekejap sago tadi biar kembang sekejap. Biarkan.

2) Selepas tu, kita masak gula melaka dan gula merah sekali. Masukkan air anggaran 1 cawan. Kacau sekali sekala. Masak sehingga agak likat. Bila dah masak angkat dan tapiskan kedalam mangkuk.

3) Santan pekat boleh kita beli yang dah siap di market.

Sekarang kita masak sago yang telah kita toskan dulu. Masak air sampai mendidih dan masukkan sago. Paras air lebih kurang dua takat jari kita melebihi sago. Taburkan sikit garam. Sikit saja tau.

Kalau nak buat lebih menarik, boleh masukkan pewarna. Kalau tak biarkan saja warna asli sago tu.
Kalau sentiasa, jangan henti. Bila biji sago dah bertukar warna menjadi jernih atau translucent bolehlah kita tutupkan api dan biarkan sekejap.




Sekarang, bolehlah dicedok masuk kedalam cawan atau mangkok.
https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts


Masukkan sikit santan dan juga air gula tadi. Manisnya ikut keperluan sendiri.

photos by Ahmad Ariff
Costing : Biji sago : RM 1.50
Santan : RM 1.00
Gula Melaka : RM 0.40 ( 2 keping) 
Gua merah : RM 0.30
Jumlah       : RM 3.20 untuk 6 orang


Selamat mencuba.
Salam dari saya,

Rose
20th.July '13


2 comments:

  1. Hmm...delicious recipe. It is very suitable for ramadhan. Thanks.

    ReplyDelete
  2. Yes,very cooling and easy to prepare..

    ReplyDelete