Blogger templates

Friday 5 July 2013

KUAH ROJAK

Salam semua dan selamat menyambut Ramadhan yang akan tiba dalam dua tiga hari lagi.
Hari ni mak cik nak share dengan semua macam mana nak buat kuah rojak buah. Mana tau bulan puasa nanti teringin nak makan, nak beli kuah rojak tak ada pulak kedai yang menjual.

Kita perlukan bahan-bahan ni:

gula yang baru nak di masak

* 1 keping gula kabung
* 3/4 cawan gula putih
* 3 sudu makan cawan gula merah
* 1 cawan air
 (semua gula ni di satukan dan di masak dengan air diatas api sederhana. Bila semua gula dah hancur tapiskan kedalam bekas dan biarkan dulu)

* sikit minyak untuk menumis
* 3 /4 cawan cili kering yang di kisar (cili kering ni direbus dulu kemudian baru dikisar)
* 2 sudu makan belacan yg dah di bakar sikit dulu (pecah-pecahkan sehingga menjadi serbuk)
* sikit garam
* suku botol kecik kicap manis (saya pakai kicap kipas udang)
* 2 sudu makan sos tiram
otak udang dan bijan

* 2 sudu makan otak udang ataupun petis udang
* 3 sudu makan bijan

* segenggam kacang tanah di sangai tanpa minyak dan dikisar

Sekarang kita mula:
Panaskan minyak dan tuangkan cili kisar bersama dengan belacan tadi. Masukkan air dalam 1 cawan.
Biarkan sehingga cili betul2 pecah minyak. Kacau rata.


Selepas tu, tuangkan pula air gula yang dah dimasak tadi. Masukkan juga sikit garam. Kacau lagi.
Biarkan sehingga agak sedikit pekat.

Sekarang, masukkan pula  petis udang, bijan, sos tiram serta kicap.
Masak dengan api yang perlahan dan biarkan sehingga kuah pekat.
Lepas tu bolehlah diangkat dan dibiarkan betul2 sejuk.

Kuah yang baru masak tadi masih belum betul2 pekat. Biarkan dulu.

kuah rojak baru di masak

Bila dah sejuk bolehlah disimpan didalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk.

Kacang tanah yang di kisar tadi bolehlah ditabur diatas rojak ini.

** Mesti cuba. Memang betul-betul sedap.
Sempena nak masuk Ramadhan ni, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap kata.

Rose
5th.July '13



No comments:

Post a Comment