Kebelakangan ni banyak yang kita dengar tentang Korea. Produk telefon bimbit nya seperti Samsung yang hebat, kenderaan nya seperti Hyundai yang semakin diminati, juga surgeri kosmetik yang menjadi kegilaan ramai baik wanita mau pun lelaki.
credit to : Google images
Sekarang ni pulak anak-anak muda kita ramai sangat yang minat habis dengan kumpulan penyanyi-penyanyi muda dari Korea. Kumpulan penyanyi ni di panggil K-Pop. Dah jadi macam trend pulak. Kat mana-mana saja semua remaja bercakap tentang boy band atau girl's group. Yang menariknya kadang-kadang dalam satu kumpulan itu ada sampai lapan, sembilan orang. Mai aii ramainya! Tak bergaduh ke dia orang nanti. Pulak tu, dari apa yang saya tahu ( info dari anak perempuan saya, Sara, salah seorang dari remaja yang menggilai kumpulan K Pop ini) kebanyakan kumpulan penyanyi ni tinggal dalam satu rumah ataupun dormitori. Kalau yang lelaki tu okay la sikit. Tapi kalau perempuan macam mana ya? Silap hari bulan dok lawan tarik rambut pulak nanti.
Kalau di tanya pada saya, saya akan kata memang hebat negara Korea ni dan juga orang-orangnya. Kalau dibandingkan dengan negara maju yang lain ataupun jumlah penduduknya (lebih kurang 49 juta orang), Korea ni tak la besar sangat (kecik lagi Korea ni daripada negara kita) tapi ia mempunyai penduduk yang hebat dan berwawasan.
Saya ada juga menonton dokumentari mengenai Korea ataupun orangnya, mereka ini sungguh beradab sopan, menghormati orang yang lebih tua dari mereka dan juga bersifat kekeluargaan. Kesopanan mereka terhadap orang tua kadang-kadang melebihi kita orang melayu yang dikatakan mempunyai adab sopan yang tinggi.
Si Sara (anak perempuan saya) ni, setiap hari memaksa saya menonton dengan dia klip-klip nyanyian budak-budak Korea ni. Sebelum K Pop ni, ada juga saya dengar sekali sekala lagu-lagu Korea ni, sedap-sedap juga. Sekarang ni pun ada juga lagu-lagu dia orang yang sedap tapi di sebabkan kumpulan penyanyi ini lebih terarah ke tarian dan wajah yang cantik dan comel, maka suara dah jatuh ke tangga ke dua.
Kumpulan SNSD ataupun Girls' Generation salah satu kumpulan yang tengah meledak sekarang ni dikenali bukan saja di negara mereka tetapi juga di Amerika(negara yang bukan calang-calang orang dapat tembusi pasaran mereka), di Perancis selain China dan Jepun.
Jom kita analisa sikit kenapa kumpulan anak-anak muda ni boleh berjaya hampir ke serata dunia.
Pertama: Latihan tarian mereka yang ketat mengambil masa hampir lima tahun.
Kedua : Mereka di pilih melalui kepakaran dalam sesuatu seperti hebat dalam tarian, boleh menguasai bahasa asing dengan fasih dan pakej seterusnya adalah rupa paras.
Ketiga : Disiplin yang tinggi. Harus patuhi dan mengikut disiplin yang di tetapkan. (Terfikir pulak saya, bolehkah anak anak muda kita mahu berusaha sehebat mereka ini?)
Rasanya, apa yang membuatkan group Korea ini hebat ialah tarian mereka, koreografi yang agak kompleks tetapi cantik di pandang, tidak terlalu berunsurkan seks dan menarik hati untuk terus menonton.
Kalau teman-teman (terutamanya yang sebaya dengan saya) tengok rancangan hiburan Korea, cuba tengok kumpulan penyanyi lelaki nya. Ya Rabbi, sebijik macam perempuan. Muka dia orang di mekap penuh, betul-betul mekap perempuan, lepas tu tengok pulak gerak tarian dia orang. Dengan kenyit mata nya, dengan gerakan badan dan kaki, betul-betul macam perempuan. Kalau kita tak tahu yang kumpulan itu adalah kumpulan "all-boys band", memang kita akan ingat yang salah sorang dari mereka tu perempuan. Tak tau lah apa nak jadi dengan budak-budak lelaki sekarang!
Okay. cukuplah tentang K Pop. Sekarang jom cakap pasal siri variety mereka pulak. Ada sesapa pernah tengok The Running Man dak? Kalau belum, cuba curi masa sikit dan tonton siri ni. Syok dan menghiburkan. Dalam rancangan ni ada tujuh orang ahli tetap kumpulan yang terdiri drp pelakon, MC dan juga penyanyi. Setiap minggu akan ada satu atau lebih artis jemputan yang akan beraksi dengan 7 orang ni. Pengarah akan bagi clue untuk mereka memulakan carian. Game ni bukan yang jenis boleh menghentikan jantung kita ataupun makan makanan yang tak boleh di terima oleh tekak ataupun duduk dalam kotak penuh dengan lipas. Game dia orang biasa ja macam jenis budak-budak main. Kadang-kadang dia orang bertujuh bekerjasama tapi kadang-kadang pulak kena khianati sesama mereka tapi dengan cara yang lucu.
Cubalah tengok cerita ni, selalunya hari Jumaat pukul 8malam atau 11:45malam.
Saya masih lagi tertunggu-tunggu pengarah Hollywood buat rancangan yang macam ni tapi tak pernah nampak lagi. Malaysia? Tak berani nak kata apa. Tak tau pun samada kita akan ada penerbit yang boleh menerbitkan rancangan yang menarik seperti ini. Kalau adapun yang berlatarkan nyanyian ja.
Secara logiknya, pada pandangan saya, rancangan seperti ini tak perlu banyak sangat belanja ataupun seorang yang bergeliga otaknya, cukup dengan menjadi kreatif dan pandai mencari sumber-sumber untuk membuat rancangan seperti itu menarik perhatian ramai. Itu saja.
Ada beberapa rancangan variety seperti ini yang berbaloi di tonton seperti Hello Counselor ( anda mesti terkejut dengan pendedahan cerita peribadi atau apa saja oleh peserta yang terpilih) di tambah pulak dengan iringan ayat yang lucu atau witty drp hos rancangan ini dan juga The Invincible Youth (kumpulan penyanyi K Pop dan juga artis lain) mewarnai rancangan ini. Kumpulan ini harus tinggal di kawasan ladang atau perkampungan di Korea dimana mereka harus bekerja di ladang dan juga memasak makanan sendiri.
Rancangan2 ini sungguh menghiburkan, lucu dan disertai dengan nilai-nilai murni yang diterapkan untuk kita menonton bersama dengan anak anak yang di bawah umur.
Jadi, itulah serba sedikit tentang Korea atau pun orang Korea. Walaupun dah di dalam arus kemodenan, mereka tetap menerapkan nilai-nilai murni dan kekeluargaan ini dan dapat diterima dengan baik hampir diseluruh pelusuk dunia.
Kepada penerbit-penerbit di luar, tak payah lah terlalu nak menggunakan bentuk badan perempuan untuk menarik perhatian ataupun membuat duit.
Itu lah saja untuk hari ni. Baca ya! Harap tak boring sangat tulisan hari ni.
Rose
7th.Februari '13
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOREA MANIA
Lately, we've heard a lot about Korea, South Korea. From it's cell phone (Samsung) to it's Hyundai car which is breaking the wave in Malaysia and not forgetting the best cosmetic surgery that can be found there.
And now, currently, the Korean music or best known as K-Pop, be it the boy band or girl's group is sending waves into our society especially among the teens. What's interesting is that, these singing groups sometimes consist of eight or nine people in one group. Don't they get into a verbal fight or things like that? From what I know (info from my daughter, Sara, one of the teenagers that is so crazy over the K-Pop group) they live together in a dormitory under the supervision of their management.
If I were to be asked about Korea, I would say this country and it's people were an awesome lot. If we were to make a comparison between this little country to other developed countries, I'd say they were a force to be reckoned with. Not to be taken lightly. Watching some documentaries and their TV products has left quite a good impression about these people. They are the type that were taught to respect the elders better than us here in Malaysia, very modest and family oriented. I have some Korean readers so please correct me if I am wrong. Their stage dressing was not too over-whelming or in other words too much of flesh being exposed or revealing.
credit to : Google images
There's this all girls group, SNSD or Girls' Generation that Sara loves. Currently,they are at their prime and are well known through out Asia. Let us analyse a little as to what contribute to the success of these Korean singing group. First, their dance regime were as tight as an army battalion. Before their first debut in public, they were to take roughly about five years of rehearsals and preparations.
Second, they were chosen according to their expertise, such as, one person is great in dancing,one person got a better voice than the rest (even though each and everyone of them must possess a singing voice) and the next person speaks fluently in foreign language. These attributions, help these groups rise to stardom and and earned them a world wide acclaim.
Third, discipline : They had to have and maintain a sense of high discipline.
I guess what makes these Korean groups famous was the choreography of the dance steps. Hard yet feminine, complex moves yet sexy, and not forgetting their sweet faces. All these done without much of insinuating sexual gestures. (Yes, we do get sick of watching too much video clips full of sexual innuendos)
There's a little thing I am unhappy with the boy's group. They resemble too much of a girl. Watch it and you know what I mean. Their dance moves with the eyes winking make me shocked. Now plus their hair dos and face dolled up, OMG! That is too much. Why did they have to go to that extend? It's like they're confuse with their own identities whether to be a boy or a girl.
I might be bashed harshly by their avid fans but I am just stating my thoughts.
Enough about their singing sensations, let's talk about their variety show. How many of you guys have watched "The Running Man"? If you haven't, take some time and watch it. It is fun and entertaining. I don't know how to begin to narrate the concept of this show but I try. There were seven fixed members. They themselves are top Korean celebrities such as actors, singers and TV host. Every week they will invite a guest or guests to appear in the show. The race begins when they were given clues of the day. The game given were not the kind that makes your heart stop or eating an inedible food or confined in a box filled with roaches. Their games were straight forward and simple and sometimes child like games. They sometimes had to gang up together and at times they had to back stab each other in a humorous way.
Just try and watch this show. In no time you'll be like me, glued to the TV watching them making fools of themselves by not being slapstick.
I have yet to see Hollywood version of these kind of variety show. Malaysia? I dare not think if we'll ever come up with one. Logically, from my view, it doesn't have to involve a lot of money producing this show or a super genius person to create it but one has to be creative and resourceful. That's all it takes.
There were a few other variety shows that is worth watching namely Hello Counselor ( one will be shocked with revelation from selected participants about their personal lives) filled with witty remarks from the hosts and The Invincible Youth ( artists involved) where they had to live at a farm house or at a village for sometimes and working together with the villagers at the farm and cook on their own food during their length of stay.
These shows are informative yet funny, filled with moral values and entertaining for the whole family to watch.
So, there, something about Korea/Korean. Liberated as they are in today's world, they instilled their fine moral values coupled with wittiness and voila! still acceptable throughout the world.
For movie or TV producers, you don't have to exploit women flesh too much to make money.
Okay, enough for today. Have a safe day and stay healthy people!
Rose
No comments:
Post a Comment