Blogger templates

Sunday 19 October 2014

Roti Pisang Ringkas



Hari tu saya ada menonton masterchef Australia. Tengok dia buat roti pisang ataupun kek pisang. Senang sangat. Dah dua kali saya buat dan dua kali juga jadi elok. Banyak cara penyediaannya  dan ini adalah salah satu caranya.
Nak cuba?

Jom tengok bahan-bahan yang di perlukan :

125gm butter ( suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
2 sudu besar susu pekat manis (ini saya tambah sendiri)
2 biji telur
5 biji pisang emas (masak ranum)-- kalau pisang agak besar boleh kurangkan ke 4 biji
1  3/4 cawan tepung
1 sudu teh soda b.
secubit garam
Pisang emas
Kalau tak ada pisang emas, boleh pakai pisang lain seperti pisang berangan.


Pukul mentega dan gula sehingga warna agak keputihan. (saya pakai hand whisk saja)
Tuangkan pula susu pekat manis dan pukul lagi.


Pecahkan telur dan masukkan satu persatu kedalam adunan tadi bersama dengan pisang yang di lenyek.
Bila semua dah sekata, masukkan pula tepung, soda b dan garam.


Gaul lagi sampai semuanya menjadi mesra.
Panaskan oven pada suhu 180 C dan bakar selama lebih kurang 40~ 50 minit.

Saya letakkan sikit grated butter diatas kepingan roti pisang untuk menyedapkan lagi

Cuba cucuk dengan garfu atau lidi, sekiranya tidak melekit, bermakna dah masak roti pisang kita tadi.


** Kalau anda menggunakan salted butter, then tak payah masukkan garam lagi dah.

Kek pisang kita di sini selalunya tak menggunakan butter, rasanya memang sedap, tapi saya sengaja nak cuba cara yang ada butter pulak. Sama juga, rasa tetap sedap. Jadi anda boleh pilih nak cuba cara mana.

Masa penyediaan : 30 minit
Masa memasak    : 40 ~ 50 min

Anggaran Kos     : Pisang              : RM 2.50
                             Butter separuh :  RM 4.40
                             Telur                : RM 0.80
                             Lain lain           : RM 1.50

Jumlah Kos                                   : RM 9.20 untuk 6 orang

Salam dari saya,

Rose
20th.Oct '14

No comments:

Post a Comment