Assalamualaikum semua,
Pagi ni hari Ahad (12hb.Januari 2014) saya berada di Selangor Darul Ehsan. Kenapa saya di sini? Haa.. itu yang kita nak tahu.. Saya sebenarnya dah berpindah atau sebutan sekarang berhijrah ke sini. Dah bukan di Langkawi lagi dah. Sedih sangat nak tinggal Langkawi tu. Mana tidaknya, dah hampir 20 tahun saya disana. Sama dengan umur Sophie.
Saya berpindah kesini pada 5hb.Januari. Bertolak dari Langkawi jam 11pagi dan sampai ke Kuala Perlis jam 12:00 macam tu. Saya tak bawa banyak barang sangat sebab rumah yang saya nak duduki tu dah lengkap jadi kami cuma bawa keperluan harian macam tilam bantal, pakaian, bahan-bahan masak untuk blog saya dan peti sejuk. Yang lain semuanya saya tinggal diLangkawi. Lagi pun kedua-kedua anak teruna saya, Ariff dan Soffian masih disana. Jadi dia orang masih boleh gunakan mesin basuh dan keperluan harian yang lain yang saya tinggalkan tu.
Sedihnya hati tak tau nak cakap macam mana. Satu, sebab tinggalkan Langkawi, lagi satu, sebab tinggalkan anak-anak lelaki saya. Walaupun keduanya dah bekerja dan umurpun dah cukup kalau nak jadi bapa orang, tapi saya tak pernah berpisah dengan kedua-duanya sebelum ni. Saya peluk keduanya semasa dia orang hantar saya kat jeti tempoh hari, saya menangis macam budak-budak. Lantak la apa orang nak kata. Arif yang sulung tu pun nangis, mau nya tidak, dah dia tengok mak dia nangis macam tak boleh henti.
Kenapa saya pindah ke Selangor? Sebab anak dara saya, Sophie akan mula membuat latihan praktikal di satu syarikat di Petaling Jaya. Buat internship. Dia belum sempat buat lesen kereta lagi sebab terikat dengan banyak komitmen sebelum ni. Tawaran kerja yang dia dapat tu pun bagus jadi sayang nak tolak. Jadi bila kami sekeluarga duduk berbincang, maka persetujuan di capai (bahasa tinggi tu) yang kami bertiga (Sophie, Sara dan saya) akan berpindah dulu kesana. Selepas semuanya dah settle, suami saya pulak akan ikut kami dalam masa terdekat ni. Jadi macam tu lah kiranya. Kami dah selamat sampai dan dah mula menyesuaikan diri di sini.
Dah masuk hari ketujuh kami disini, baru hari ni saya ada masa nak berehat sikit dan menarik nafas lega walaupun letihnya tu masih ada lagi. Tu pasal blog saya terdampar macam tak bertuan untuk seminggu dua ni. Maafkan saya. Cuba nak tulis tapi memang tak cukup masa. Siapa kata menulis tu senang. Payah cik ooi..Kadang-kadang tu seminggu juga baru nak siap satu entri/penulisan! Bak kata orang putih, writer's block. Idea tak mai.
Alamat saya sekarang ialah di Kundang. Kenapa saya pilih Kundang? Sebab suasana kampungnya yang masih ada. Walaupun jaraknya ke Kuala Lumpur lebih kurang 40 minit saja, tempat tinggal baru saya ni buat saya rasa macam di Langkawi lagi. Cuma yang kurangnya ialah laut. I am missing Langkawi for it's ocean! Haa..cakap orang putih lagi. Di kiri kanan susur keluar dari rumah saya adalah kampong melayu. Jadi kuih muih melayu pun banyak dijual disekeliling kawasan ni. Dua pagi yang lepas, saya keluar nak cari breakfast, saya nampak satu pak cik ni pakai kain pelikat lagi duduk minum kat kedai kopi. Hilang sat rasa rindu kat Langkawi bila tengok macam tu.
Ada satu perkara yang saya suka disini, iaitu orang-orangnya. Orang-orangnya sangat ramah dan muka manis. Dia orang tegur kita macam dah lama kenal. Suami saya yang pendiam macam ada emas dalam mulut tu pun boleh bersembang dengan orang disini macam kawan-kawan. Penjaja makanan pun sangat ramah. Bab ni saya puji orang Kundang, sangat sopan. Seharusnya peniaga bersikap macam ni baru orang nak masuk ke kedai kita. Ini tak, muka ketat, layan macam mau tak mau ja, mana kedai nak maju. Itu yang kurang kat Langkawi. Kita masuk kedai nak makan, kita pulak tercangak-cangak nak panggil dia orang mai.
Satu perkara yang pasti buat hidup saya tak senang ialah ikan. Haha..lawak kan? Betul, saya ni penggemar ikan tegar. Kalau bukak balik entri lama saya (To Leave or Not to Leave) , saya dah tulis, kalau pindah, saya nak cari tempat yang berdekatan dengan laut. Sampai ketahap tu, tapi apalah daya kita kan, kita hanya merancang, Dia juga yang menentukan. Okay berbalik pada ikan, dah banyak hari saya tak beli ikan sebab ikan kat sini tersangatlah teruknya. Kalau kat pasar di Langkawi, ikan macam tu dah tentu2 buat baja ataupun tak dapat dijual langsung. Sedihnya saya nak beli pun.Kemarin saya ke Bandar Utama, ada kerja sikit, terus saya fikir untuk cuba check ikan kat One Utama. Nasib saya baik, ada ikan yang lima kali lebih segar dari tempat-tempat lain yang saya pergi. Bayangkan, beli ikan di shopping mall instead of pasar awam.
Tapi saya dah buat keputusan, setiap minggu sekali saya akan ke Kuala Selangor dan cari ikan disitu. Saya dapat tau ikan kat situ agak segar. Saya jangkakan harganya mungkin tak semurah Langkawi tapi tak pa, asalkan ikan segar.
Itu bab ikan, sekarang masuk bab kesesakan pulak. Yang membuatkan saya berfikir berpuluh kali sebelum berpindah kesini adalah disebabkan oleh traffic congestion atau kesesakan lalu lintas. Saya memang tak punya kesabaran dalam bab-bab menunggu ni. Dua hari lepas saya ke Sungai Buloh. Ikutkan jaraknya tak jauh sangat, lebih kurang 8 km macam tu saja. Tapi saya tersangkut lebih dari 1/2 jam disitu. Ahhh..stress.
Hari ni dah genap seminggu dah saya di tempat baru. Saya tak tahu samada saya dapat menyesuaikan diri di sini. Segala kemudahan ada disini dan tempat yang saya pilih untuk bermastautin pun cantik tapi hati saya masih di Langkawi. Saya sangat berharap saya dapat menyesuaikan diri disini nanti. Doakan saya ya!
Okaylah. Sampai disini dulu. Nanti bila dah settle down saya mula balik dengan blog masakan saya tu. Tunggu ya.
Salam dari saya,
Rose
12th.Jan 2014.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete