Salam semua,
Dah agak lama saya tak update blog masakan dan blog article saya. Tangan dah terasa gatal nak menulis dan memasak tapi saya tersangatlah sibuk sejak berpindah sehingga ke hari ni. Terlalu banyak kerja remeh temeh yang perlu di lakukan. Hari ni saya curi juga sikit masa dengan meninggalkan semua kerja dan hal lain dan saya duduk untuk menulis walaupun pendek.
Mungkin dalam masa seminggu lagi saya dah boleh mula memasak dan meng updatekan blog saya. Masaalah pertama yang saya hadapi ialah masih banyak perkakas dan bahan masakan saya ada di Langkawi. Hari tu tak bawa semua sebab takut tak muat lori. Padan muka saya, sekarang nak buat apa pun tak boleh.
Masaalah kedua, tak ada printer dan PC saya. Tinggal disana juga untuk kegunaan kerja pejabat, suami saya perlu untuk meng updatekan kerja-kerja harian dia. Jadi yang ada dengan saya sekarang hanyalah laptop saja, of which saya tak berapa gemar pakai sebab saya rasa macam tak selesa tengok screen yang lebih kecil daripada selalunya.
Lagi satu masalah, walaupun setiap hari ke Bandar Utama untuk menghantar dan mengambil anak-anak saya pergi kerja, saya masih tak dapat nak cari barang dan bahan yang diperlukan. Walaupun segalanya ada disini tapi saya masih tercari-cari kedai yang senang saya nak masuk dan park kereta. Ini tak, nak park kereta pun nak kena buat satu pusingan padang bola sepak baru dapat masuk! Argg..rindunya Langkawi.
Ada sekali tu, saya redah juga kesesakan dan masuk ketempat letak kereta di One Utama. Saya pergi kebahagian basah (Aeon). Memang syurga bagi orang macam saya. Namakan saja apa yang kita nak, semuanya ada. Dari udang kecil sampai keudang galah, dari ikan kembung sampai ke ikan siakap, dari sayur kangkung sampai ke daun dill, dari sayuran siap dipotong dan ready untuk digoreng sehingga ke salad yang siap ada croutonnya bersama sos, ready untuk dimakan, dari herba biasa hingga ke herba yang mat salleh selalu guna dalam masakan dia orang. Saya dah jadi kelam mata, ikutkan semua saya nak ambik tapi disebabkan bahan untuk kegunaan dapur saya masih tiada disini, saya pendamkan saja hasrat nak beli semua tu. Tapi tunggu ya, nanti bila samada suami atau anak2 lelaki saya datang sini, saya akan minta dia orang bawa barang-barang saya, bolehlah saya mula memasak lagi.
Kalau kat Langkawi saya dah tahu tempat mana nak beli sour cream atau phyllo pastry sheets, ataupun kat mana nak cari kacang dhal yang cepat empuk untuk saya masak dan muatkan dalam entri saya. Kalau kat pasar basah, ada satu mak cik tu gerai dia jual semua jenis ulam. Nak ulam raja, pucuk janggus, jantung pisang, ubi kayu, ubi kemili atau apa saja semua ada kat gerai dia.
Tapi disini saya masih tercari-cari kedai yang sesuai dan senang untuk saya singgah pada bila-bila masa saya memerlukannya. Memang la banyak kedai disepanjang jalan menuju kerumah saya tapi tak memenuhi kehendak saya.
Dua hari lepas Sophie teringin nak makan tepung bungkus tapi steamer saya tak ada di sini. Saya buatkan juga dengan memakai kuali dan tutup dengan penutup biasa. Memang la boleh masak tapi lambat dan terganggu disebabkan ketiadaan perkakas yang diperlukan.
Tapi yang seronoknya disini, tempat tinggal saya tidak terlalu jauh daripada rumah kakak saya. Jadi bila senang, saya boleh kesana dan ambik sikit daun pisang atau daun pandan, daun kari, serai, lengkuas dan banyak lagi daun-daun kegunaan dapur saya. Saya ambik serba sedikit sebab kat sini kami bertiga saja.
Disebabkan dah lama tak memasak untuk blog entry, saya rasa macam tak ada idea nak masak apa pulak. Nantilah, saya cuba cari resipi yang agak lain dari makanan kita tapi tetap di sukai oleh orang kita. Boleh dak macam tu?
Sebelum saya mengakhiri tulisan hari ni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya yang tetap mengikuti perkembangan saya walaupun dah hampir dua minggu tak menulis. Saya juga ingin merakamkan terima kasih banyak-banyak kepada pembaca dari Indonesia kerana mereka sekarang berada di kedudukan ketiga setelah Malaysia dan Amerika.
Terima kasih semua kerana sudi melawat blog saya dan saya akan buat sebuat mungkin untuk menulis dengan lebih dedikasi lagi selepas ni.
Salam hormat dari saya,
Rose
25th.January '14
Boleh saya tau puan beli sour cream dekat mana di langkawi?penat saya cari tapi x jumpa
ReplyDeleteCik boleh cari kat satu kedai kek ni dekat Pokok Assam. Kalau tak silap nama kawasan tu Arked Pokok Assam.
DeleteNama kedai kek tu saya dah lupa..maaf