Blogger templates

Tuesday 18 June 2013

Ketam Sos Kentang

Assalamualaikum buat semua teman-teman pembaca,

Cik-cik dan puan-puan diluar sana, masak apa lah agaknya hari ni ya? Bulan puasa pun dah dekat. Kaum ibu mula pening kepala nak masak apa nanti.

Baru baru ni saya kat dapur sorang2 mencuba resipi sendiri kat rumah. Kira resipi ni original dari dapur saya.
Saya gunakan bahan2 yang siap ada dalam dapur kita.
Kalau ada sesiapa yang nak copy and paste resipi ni, silakan, tapi mohon beri credit kepada blog saya.



Jom kita mulakan dengan bahan-bahannya:

* 2 ekor ketam (dibelah dua)
* 1 sudu besar rempah kari daging
* 1/2 sudu besar serbuk cili (chili flakes)

* sikit halia
* 1 biji kentang direbus hingga empuk (kalau utk 4 org makan pakai separuh kentang saja)
* 4 hirisan nenas  (spt gambar di atas) / 3 biji tomato ceri
   (semua bahan ni di kisar sekali )

* 1 biji bwg besar di mayang & 3 ulas bwg putih juga di mayang
* 1 1/2 sudu teh udang kering yang di kisar halus
* 1 1/2 sudu teh bwg goreng yang di ramas kasar
* 1 sudu besar stok ayam (maggi dalam botol)
* 1 biji terung saiz sedang dipotong seperti diatas  
* sikit daun kari




Kita mula masak.
Seperti biasa, kita mula dengan menumis bwg besar dan bwg putih biar wangi dan daun kari.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tambah air setengah cawan. Biarkan sehingga pecah minyak.
Kalau sos menjadi terlalu pekat (disebabkan ubi kentang tadi), bolehlah ditambah air sikit lagi.
Bila dah pecah minyak, masukkan ketam, lebihan hirisan nenas dan hirisan terung kita tadi. Gaulkan biar sekata dan tutup periuk sebentar supaya semua bahan masak elok.

Boleh di buka semula selepas 4 minit. Sekarang tambahkan stok ayam kita tadi beserta dengan udang kering dan bwg goreng.

Disebabkan udang kering dan stok ayam tadi, kuahnya dah agak masin. Tapi bolehlah ditambah sikit garam kalau agak tawar. 


Dah siap. Mesti cuba. Anda orang pertama yang mencuba resipi terbaru ni.
Resipi ni boleh juga dimasak menggunakan udang atau sotong. 

Salam hormat dari saya,
Rose
19th.June '13





No comments:

Post a Comment