Mohon maaf Mak Cik Rose dah lama tak update post untuk masakan ni. Agak sibuk sikit kebelakangan ni.
Apa pun hari ni jom kita buat cookies yang amat senang dan sedap di makan. Anak-anak atau sesapa pun suka makan cookies ni.
Bahan-bahan yang kita perlukan pun tak banyak. Sila tengok:
250gm gula icing
250gm mentega kacang (peanut butter)
220gm minyak jagung
chocolate chips (ikut hati nak masukan sebanyak mana)
500gm tepung kek ( dalam separuh plastik tepung yg selalu kita beli tu)
Tu saja bahan bahan dia. Senang dak?
Mak Cik Rose tak payah tunjuk step by step nak buat cookies ni sebab semua bahan tadi dicampur dan di adun sekali harung (bahasa kampung).
Bila dah elok adunan nya, kita guna tangan untuk membentuk cookies ni. Ikut hati masing-masing nak buat macam mana.
Nak bagi cantik, taburkan sikit keatas cookies tadi cokelat chips dalam 2 ~ 3 butir. Dah pun ready nak di bakar.
Pasang oven 170 degree dan biarkan panas sekejap. Selepas tu bolehlah dibakar cookies kita dalam jangkamasa lebih kurang 15 ~ 20min.
Cubalah. Kalau sedap boleh puji mak cik Rose, kalau tak salahkan anak mak cik Rose, Ariff sebab resipi ni dari dia. Dia commis chef dalam pastry kitchen.
Selamat mencuba..
Gambar di ambil oleh anak mak cik Rose, Ariff |
Picture taken by my son, Ariff |
Ini lah hasilnya. Senang kan.
Salam,
Rose
21hb.April '13
Virus Reports - Little bugs can be rather a distraction in order for any application.
ReplyDeleteEstablish wholesale and retail prices for one's own jewelry pieces.
my homepage: biuro detektywistyczne warszawa